Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 19 Oktober 2010

Histeria..

Sejak akhir-akhir ni banyak perkara misteri pulak berlaku.. huhu.. actually yang ni tak berlaku pada aku laa tapi terjadi kat school aku semalam.. walaubagaimanapun student yg terlibat ni di bawah jagaan aku.. meaning tinggal di blok kediaman aku...

otw balik ke pejabat after lunch semalam.. terjumpa dgn kak maznah lecturer satu school dok kat ofis sebelah aku. Aku agak rapat gakla dgn kak maznah ni walaupun dia sgt2 senior kat sini. Dia tgh tergesa2 nak ke Makmal Biologi coz katanya ada pelajar sedang histeria/mengamuk!!. Bila aku tanya dia sape yg 'kena' tu.. dia cakap student yg namanya Zakiah. Ohh.. aku tahu siapa student tu.. Oleh sebab aku sendiri masih dlm keadaan xberapa kuat lagi in terms of fizikal & spiritual, aku ambil keputusan tak mahu ikut dia ke makmal biologi tu. Takut gak nnt aku yg pengsan..

Anyway.. cerita apa yg berlaku masa kejadian yg aku dpt dari kak maznah adalah.. waktu Dr. Ali sedang mengajar dlm lab.. si Zakiah ni tiba2 mengamuk.. habis equipment utk eksperimen pecah plus yg paling hebat sekali meja lab yg besar tu PECAH kerana disiku oleh pelajar berkenaan. Bayangkan lah kuatnya pelajar ni masa tu.. Dia hentak siku kat meja lantas meja tersebut tak dapat diselamatkan lagi.. Yang paling best.. tangan dia tak de apa2.. tak cedera @ patah.. dan normal seperti biasa jer..

~gambar hiasan saja..nak tunjuk besarnya meja makmal yg dipecahkan~

Utk memulihkan zakiah ni.. kak maznah suruh semua pelajar baca surah Al-Insyirah.. dan dia baca ayat2 lain utk pulihkan.. Alhamdulillah ok sket.. then zakiah ni dibawa ke Pusat Islam utk berjumpa dgn UStaz Man.. Ustaz Man ni mmg pakar dlm hal2 mcm ni.. dan mmg kalau ada student jd cenggini kami akan cari ustaz man ni.. Bila sampai kat ustaz man.. ustaz man nak bg zakiah ni minum air jampi.. dia tutup mulut xmau minum.. meleleh jer air tu keluar dari mulut dia.. Kata Ustaz Man dia ni dah teruk.. coz ada SAKA dalam badan dia.. mende tu dah sebati dalam diri dia.. Kalau nak ubat mesti menggunakan cara bagaimanana mende tu dimasukkan ke badan dia..

Hmm..kesian student ni.. dia ni boleh dikatakan 'bright' student. CGPA dia 3.5++. Bukan senang nak dapat tu..tapi tulah.. pelajaran selalu terganggu sebab mende ni.. Time aku cuti hari tu banyak kali dia terjerit2 di blok aku.. hmm.. kesian kan.. rasanya dia kena balik kampung.. ambil cuti belajar dulu satu semster ke.. and then bila dah settle semua baru sambung belajar baik kan..

Pasal SAKA ni pun susah jugak nak describe.. hanya Allah yg tahu.. tak faham kenapa perlu ada mende2 cenggini.. mungkinkah kerana dengki? cemburu? irihati? hmm...


~mel
misteri..misteri..

4 ulasan:

  1. menakutkan pula kejadian yg Mel alami seminggu dua nih....

    orang dengki pun mungkin penyebabnya..

    BalasPadam
  2. tula.. mmg menakutkan..

    mungkin juga kwan.. org dengki tu.. atau saka yg tiada tuan mencari tempat utk menetap..

    BalasPadam
  3. itu pasal kiter janga leka..wlaaupun semakin moden...bende bende macam nie masih banyakdi sekeliling kita... tujuan..wallahualam...ader yg bawa ke arah yg baik...ader juga yg bawa ke arah sebaliknya....

    BalasPadam
  4. Saka nih biasa nyer turun temurun ... Org lame2 bese yg ada saka nih coz nak jaga kebun ... Kena berubat betul2 ... Better Mel cite kat parents budak tu ... Suruh ler bawak berubat, kalau tak suruh ustaz man tu ubat kan (kalau dia sanggup)...

    BalasPadam