Hampir setiap minggu aku travel hari Kuala Lumpur ke Penang. 'Hampir' sebab ada sekali dua yang tak balik disebabkan ada event hari Sabtu-Ahad, tetapi mostly setiap minggu akan balik ke Penang. Biasanya aku ambil flight Malaysia Airlines jam 6.35 pagi Isnin PEN-KUL(sekarang flight ni dah bertukar lebih awal jam 5.50 pagi) dan Jumaat malam aku akan ambil flight 11.35 malam. Tapi sebab sekarang dah ada penjadualan flight Malaysia Airlines, dah ada flight 9.05 malam, maka aku dah naik jam 9.05 which lebih convenient sebab aku akan terus jer drive dari ofis ke Putrajaya Sentral, park kat situ then ambil erl ke KLIA1. Kalau flight pukul 11.35 malam aku terpaksa balik rumah sebab masa yang panjang after balik kerja... lepas Isyak baru aku gerak ke airport.
Isnin, 9 September 2024
Travel...
Kalau orang tanya aku tak penat ke... aku akan jawab okla.. penat memang penat tapi bila balik Penang aku banyaklah juga rehat. Dan waktu aku bekerja di Putrajaya ni aku akan bekerja office hour, kadang-kadang sampai malam, tapi bila balik rumah aku di Cyberjaya aku memang kan berehat semata-mata. Masak pun jarang-jarang. Aku balik memang lepak semata-mata. Aku ada beli mesin jahit kecil kunun nak menjahit sikit-sikit, setakat ni hanya alter baju/kain yang perlu alter.. which berbaloilah aku belik mesin jahit kecil tu.
Orang ada tanya juga, tak mahal ke berulang alik dengan flight.. memanglah mahal. Cuma aku ada advantage sebab kalau flight ke mana-mana untuk bekerja, aku diberi Business Class.. aku memang Enrich Member since 2017. Maka bila naik Business Class mata berganda-ganda. So aku kumpul mata untuk kemudahan aku balik Penang. Biasanya kalau ada mata terkumpul tu, flight aku pergi-balik KUL-PEN-KUL adalah RM80.80 pergi balik.. alhamdulillah. Lebih murah dari naik ETS. Naik bas pun lebih kurang RM100 pergi balik. Cuma adalah kos-kos parking, erl dan lain-lain yang aku tak kira sangat. Kadang-kadang aku dapat jemputan dari USM untuk event dan ceramah, dapatlah juga aku cover tambang balik Penang. Alhamdulillah dah setahun aku di Putrajaya ni, aku rasa boleh survive.
Lagi satu, disebabkan aku adalah weekly traveller, aku dah level Platinum untuk Enrich, maka aku boleh lepak di MAS Golden Lounge setiap kali travel. So dapatlah makan dan minum secara percuma. walaupun lounge local ni takdelah variety sangat makanannya, tapi okla. Aku tak payah fikir nak makan kat mana kalau di airport. Dah jimat kos. Cuma kalau flight pagi pukul 5.50 tu memang perut aku belum ready nak makan, jadi aku jarang-jarangla singgah lounge di Penang Airport. Lagipun makanan dia taklah best sangat.
Cuma disebabkan flight Isnin jam 5.50 pagi tu awal sangat, maka kena bangun dalam 3.50am, then mr hubby bangun, siap-siap, jam 4.30 dah gerak ke airport. Sampai dalam 4.50-5.00am. Disebabkan aku biasanya lenggang kangkung jer, so tak jadi masalah sangat nak cepat-cepat. Aku biasa check-in online, cumanya sampai airport aku pi kaunter untuk print boarding pas, senang sikit. Kalau tak sempat aku tak pi kaunter, guna boarding pass dalam Apple Wallet Apps jer. Dan disebabkan bangun awal Isnin pagi memang akibatnya Isnin hari mengantuk sedunia. Kadang-kadang tengahri aku tutup pintu ofis dan tidur kejab lepas Zohor. Itupun kalau tak busy sangat. Kalau busy aku memang tak sempat lah nak tidur.
Oklah stop kat sini sebab meeting dah nak start. Menulis ni bila sempat.. selalu tak sempat. Hari ni rasa nak menulis kena cepat-cepat tulis.. nanti lupa..
~Mel 9/9/2024
Label:
ENRICH. MAS,
Frequent Traveller,
Penang,
putrajaya,
Traveller
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan