Isnin, 25 April 2016

Bertugas baik kampung..

This week aku ada tugasan MQA di Unitar International University. Waktu diberi tugasan dan pilihan hari utk lawatan ke Unitar awal-awal aku dah pilih hari Khamis & Jumaat 21-22 April. Sebabnya dah lama benar tak balik Gombak. Bukannya tak nak balik tapi aral melintang.. since aku jatuh masa team building hari tu, kaki kiri aku sakit dan tak baik2.. boleh baca ceritanya kat sini..actually memang ada plan nak balik tapi tak jadi sebab sehari dua nak balik tu kaki kiri aku bengkak hanya ketika drive dari rumah ke ofis.. so aku takut juga nak drive ke KL, takut kaki tak ok.. so tak jadi balik. Masa tu kesian kat hubby sebab dia kena kerja di JB, so kalau aku ke KL kuranglah letih dia drive balik Penang on the same day.. tapi nak buat macam mana, keadaan aku tak mengizinkan utk drive jejauh sendirian.. So bila dapat tugasan MQA ni aku plan nak balik Gombak sekalilah, walaupun sebenarnya hari sabtu tu tetiba ada banyak tugas... tetiba upsi nak dtg audit PPG, aku sebagai Penyelaras patutnya ada..tp bila fikir2 balik.. arghh.. asyik aku je yang kena hempuk dak upsi, baik bagi can kat boss aku pulak kena.. huhu.. lagipun kerja aku habis jumaat petang.. upsi nak dtg sabtu pagi.. eh... bila masanya aku nak balik penang? Then tetiba ada kolokium posgrad pulak.. ada 2 prospektus dan 1 pre-viva aku kena nilai..aduss.. so aku decide nilai prospectus dan pre-viva kat KL dan hantar report je la... Then baru teringat malam sabtu ada kelas... adehh... tak pe.. my assistant jadi penyelamat.. ganti kelas aku..huhu.. Macam-macam..

Tugasan di Unitar biasalah.. bila buat akreditasi memang time kerja full.. dari temubual student, lecturer, check dokumen dllg.. Kebetulan kakak ipar aku kerja kat Unitar.. tp tak sempat pun nak berjimba2 dgn dia.. busy je.. Masa mula2 sampai ke unitar, terserempak dgn dia kat lift, then bila dah habis aku gtau nak balik sempat la jumpa kejab kat lobby bawah unitar tu.. huhu..

Selesai kerja di Unitar aku balik Gombak. Eryna tinggal di Gombak 2 hari, aku dok Armada Hotel. Drive je ke Armada kali ni sebab malas fikir cari teksi.. selamat je pergi balik drive kat KL. haha.. kadang2 perlu keyakinan sebab dah lama tak drive di KL. Memula cadanga bila balik Gombak nak ke KL mencari baju raya pada hari Sabtu. ENcik hubbylah dok ajak cari baju raya.. huhu.. Semangat pula mamat ni nak raya :P. Yelah kat KL mungkin lebih banyak pilihan dgn harga yang berpatutan. Hubby pula balik dari Tg Malim tumpang housemate dia, so tak delah dua2 kereta dibawa balik ek Gombak.

Pagi2 Sabtu dah siap2 dan breakfast tetiba mak mentua ku cakap kat hubby ajak ke Hospital Seremban melawat pak chek (adik mak mentuaku) yang admit hospital awal pagi tu. Hubbyku buat muka blur.. haha.. serba salah lah tu, maklumlah dah berhari2 dah plan nak beli baju raya. Seperti biasa aku terus buat decision yg tidak memeningkan kepala encik hubby.. aku cakap jomlah ke Seremban.. mak mentua tanya boleh ke.. aku cakap tak pe boleh jer.. baju raya bila2 boleh beli.. lagipun kami jarang2 balik, apa salahnya menyenangkan hati orang tua sekali-sekala balik.. Then mak mentuaku pun siap2, hubby ajak pak mentuaku yg memang agak susah nak ikut kalau nak gi mana2... Macam biasa kalau encik hubby ajak, abah tak menolak... bak kata mak.. abah tu kalau ijal ajak nak pulak dia.. huhu.. So kami pun berangkat lah ke hospital Seremban untuk melawat pak chek..

Sampai Seremban dalam pukul 12 tengahari, sempat kami singgah ke Giant beli buah-buahan sikit sementara tunggu waktu melawat pukul 12.30thari. Kesian pak chek keseorangan, masa tu tiada siapa yang melawat beliau. Kaum keluarga katanya nak dtg petang, Kami stay sampai pkl 2, then gerak balik. Kami singgah makan di RnR Seremban, masa tu decide nak singgah rumah along, kaka iparku di Sepang. Abah pun dah lama tak gi rumah along.. hubby pulak cakap, nanti along merajuk pulak tak gi rumah dia.. haha.. okla apa2lah kan.. aku tak kisah..asal tak disuruh bawak kereta. Aku nak simpan tenaga utk drive balik Penang :P. Dah lepak rumah along, solat dllg, pkl 6 kami gerak gi makan. Along beria ajak makan luar dulu.. so kami makan di Medan Selera Bandar Baru Salak Tinggi. Actually aku pun tak dapat makan banyak sebab still kenyang. 

Namun begitu, rezeki jangan ditolak.. aku hanya makan 2 ketul sate je pun.. kalau makan lebih takut terkeluar balik..




Selfie satu family, macam biasalah kan.. aku kalau tak selfie tak sah.. :P
Selesai makan kami pun gerak balik Gombak. Sempat dukung Naeem.. hubby cakap..larat yer mommy dukung naeem.. huhu..
Sampai Gombak kepenatan, terus zzz jer.. tak ingat ape dah.. 


Pagi2 ni tadi kami balik.. dalam perjalanan singgah hantar hubby ke Tg Malim.. aku terus balik Penang,  Abah sempat beli pecal dan aku pun sempat belasah sikit before balik. Sampai rumah gtau mak mentua aku dah sampai.. pkl 6 dibalasnya cakap terima kasih bawa mereka ke seremban. Aku cakap no problem, kami bukannya selalu balik pun.. baju raya bila2 boleh beli.. Kesian mak dan abah..

Bagi aku hidup ni mudah bila ada give and take.. hidup suami isteri mesti ada tolak ansur bila tiba urusan keluarga.. Jgn berat sebelah. Memanglah dalam diri masing2 sedikit sebanyak nak utamakan keluarga sendiri tp jgn sampai ada yang terasa.  Dalam situasi aku mungkin lebih mudah sebab aku anak yatim piatu, sudah tiada ibubapa. Tapi still aku ada adik beradik. So tang raya still ada giliran. Seboleh2nya cuba adil dalam apa jua.. Suami/isteri jgnlah penting kan diri sendiri sahaja.. kdg2 aku pun sedar dalam keadaan sekarang aku banyak pentingkan diri.. maklumlah suami duduk jauh, so tiap minggu dia kena balik penang. Walaupun Tg Malim dekat dgn KL tp dia jarang balik sebab tiap minggu balik Penang. Aku sbg isteri pula memanglah nak suami balik tiap2 minggu.. kesian pula kat diri sendiri dan anak.. tugas suami mendidik anak, aku ni tak cukup kudrat utk mendidik anak dgn baik. .  tp terfikir juga situasi mak dan abah yg anaknya tak balik.. tapi nak buat mcm mana.. that's why bila ada peluang balik Kl aku akan balik.. cuma nak drive ke KL tu sekarang ni perlu sedikit kekuatan.. kdg rasa mcm tak larat jer.. :|

Entahlah..doa2 jelah moga hubby dapat pindah ke Penang.. lebih mudah merancang hidup.. moga Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga.. 

~mel
penat tapi xleh tidur...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan