Perjalanan kami berjalan kaki dari stesen bawah tanah Morimoyo ke Osaka Castle memang menarik. Dari berjumpa pokok sakura, melalui penjual2 pokok bunga hinggalah melalui kawasan forest yang sangat cantik. Kawasan park tersebut adalah kawasan di mana ramai orang bersiar2. Kebetualn di hari Ahad waktu kami datang ada acara lumba lari dan macam2 acara lain. Walaubagaimanapun ramai orang bawa anjing (tapi cantik2 dan pelik2), so kena hari2 takut accident terlanggar anjing. Satu perkara yang kami dapati sepajang berjalan kaki itu adalah tiada tong sampah tepi jalan.. adehh susah pula nak buang sampah.. so terpaksalah kami buang sampah dalam pokot jaket dulu.. huhu...
|
Pemandangan cantik ke Osaka Castle |
|
Banyak tangga yang kami bertiga kena panjat utk ke Osaka Castle ni.. mencabar sungguh! huhu |
|
Pelbagai aktiviti berlaku di kawasan Park sekitar Osaka Forest Park ini |
|
Kubu lama sebelum sampai ke istana |
Pandangan Osaka Castle dari kawasan yang macam tempat mengawal kot.. Kawasan tinggi ini dikelilingi air mngkin utk memastikan orang tak boleh masuk senyap2 ke kawasan istana.. kira macam security measures.. macam dalam cerita perang zaman dulu2...Memang sangat menarik dan mengkagumkan.
|
Selfie dgn Cik Yah
|
|
Selfie sowang2... |
|
papan tanda nak ke castle |
Jauh juga perjalanan (kaki) untuk naik ke atas istana osaka ni. Jenuh juga berjalan.. perut pulak agak lapar :P
|
Dah sampai pun di pintu gerbang Istana Osaka |
Kat pintu masuk ke Castle ini ada sebuah perigi yang airnya di pam secara otomatik. kat situ diletakkan sebuah cawan buluh bertangkai panjang. Fungsinua mungkin utk minum air lah kot.. airnya memanglah sejuk kan sebab cuaca pun sangatlah sejuknya...
|
Diorang ni tak ajak mengambil gambar.. jadi aku jugak yang kena wefie.. huhu |
|
Ini macam bangunan parlimen dulu2 kot. letakkan di sebelah osaka castle |
|
Cik Yah dan Jsham bergaya di depan Osaka Castle |
Di sekitar Osaka Castle. Memang menarik tempat ni. Betul2 di sebelah istana ada bangunan tempat jual souvenir dan kedai makan. Tapi of course jangan la pi makan kat sana.. tengok pun tak lalu... huhu... Kedai souvenir dia ada macam2 tapi kami tak beli apa2 pun sebab baru first day dan tak reti lagi nak guna duit.. sebenarnya belum tau mahal atau tidak masa ini.. kalau convert memang mahal giler... :P
Dari Osaka Castle kami terus naik train ke tengah bandar. Masih belum check-in hotel. Ramai kawan2 rekemen suh gi bandar Osaka dan bershopping di Tokyu Center.. tapi kami ni sebenarnya dah keletihan, sampai kat bandar terduduk kejab sebab letih.
Entah macam mana dalam perjalanan kami terjumpa Kedai Halal Pakistan (Kedai Ali) betul2 di tengah bandar Osaka... apalagi hati pun berbunga2 sebab tengah lapar.. jadi kami ambil keputusan untuk makan di kedai Ali ni. Letak kedai Ali ni berdekatan dengan UNIQLO Osaka.. ada 4 tingkat kalau tak silap Uniqlo ni. Aku macam biasa tak berapa minat makan nasi, so aku makan roti nan dan kari kamping.. memang sedap.. ke aku yg lapar.. huhu
Itu dia menu yang aku makan, roti nan dan kari kambing.. memang berselera. Lepas selesai makan kami ke Uniqlo berjalan2 meninjau uniqlo. Memang uniqlo sini jauh lebih besar dari uniqlo malaysia. hati dah tekad, nanti kena beli uniqlo utk hubby yang merupakan peminat tegar uniqlo.. :P
Kemudian kami ke Daiso pula..huhu.. ni semua tempat feveret kat Malaysia. Daiso kat Jepun ni memang lagi murah dari Malaysia, harga barang 108 yen sahaja.. dalam 3 ringgit lebih. kat Malaysia Daiso RM5 + gst lagi.. huhu...
Dah keletihan berjalan, barulah kami balik ke Hotel Shin-imamiya tempat kami melepak utk hari tersebut.
Satu yang bagusnya wifi dikebanyakan hotel jepun adalah percuma... so gembiralah hati kami dengan kewujudan wifi percuma tersebut.
~mel
Hubby dah bising blog tak update since balik dari jepun... :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan