Memaparkan catatan dengan label jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jepun. Papar semua catatan

Isnin, 27 Jun 2016

Penang - KL - Osaka - Kyoto - Tokyo (Part 4)

Nara Park
Ya Allah lama sungguh nak update blog tentang travel ke Jepun ni.. huhu.. kebisian kerja yang melampau.. di samping macam2 perkara yang mengekang kehidupan.. cewah.. anyway..hari ni ngantuk sgt so mari kita sambung penulisan cerita kat Jepun tempohari. Di Osaka kami ke Nara.. iaitu satu tempat pelancongan yang amat menarik dan terkenal dengan taman rusa yang dibiarkan berlegar-legar tanpa pagar. Kami mengambil train dari  Kintetsu Namba ke Kintetsu Nara Station melalui Kintetsu Nara Line (rapid express). Agak mudah berjumpa dengan station yg diperlukan terutama bila ada encik google membantu... huhu

Jsham & Jiyah sesampainya kami di station Nara.
Ada tourist map... so boleh refer untuk berjalan2..
Sesampai di Nara memang aku agak teruja juga.. sebab bandar ni bandar pelancongan so memang nampak menarik compare to Osaka. Kami berjalan kaki melalui pekan Nara untuk ke Nara park untuk beramah mesra dengan rusa2 yang menanti di sana. 



Kedai kain di pekan Nara memang sangat menarik! Kain-kain cotton memang membuatkan aku rasa nak beli semuanya tapi bila memikirkan entah bila aku nak menjahit so tak jadilah membelinya.. Namun begitu kami sempat merembat blouse custom-made yang sgt cantik dengan cutting yg kami suka... maklumlah berjalan sesama pompuan ni.. hihi... banyak pengaruh bab2 membeli ni..


Disepanjang jalan di pekan nara memang ada banyak kedai2 menarik.. dari kedai makan ala ala sushi ke kedai souvenir. Kedai barangan souvenir memang agak murah berbanding di tempat lain.. so kalau korang ke nara belilah souvenir di sini sebab kalau gi tempat lain.. Osaka ke Tokyo ke.. Kyoto ke.. barang souvenir lagi mahal.. mujurlah time gi sini aku beli juga sikit2 barang souvenir.. :P


Di samping kedai2 pemandangan on the way ke Nara park juga sangat cantik.. dan ada kuil2 jepun yg unik. 


Sesampai je kami di Nara Park, memang teruja bila diintai2 oleh rusa yang berkeliaran. Beria-ria kami nak ambil gambo.. ingatkan tu je yang ada rupanya bila sampai di Park yang betul siap kena kejor dengan rusa lagi.. huhu..



Di Nara park ni memang dah ada jual makanan rusa yang boleh dibeli dgn harga 1000 yen. Tapi masalahnya rusa2 ni dah jemu makan biskut yang dijual kat situ. Bila kami duduk nak makan, kami diserang dak rusa2 tu sebab dia nak rampas makanan kami. Yang kesiannya sampaikan rusa2 ni makan je kertas2 dan plastik dari dalam tong sampah...

Lagi satu semua rusa2 ini telah dipotong tanduknya untuk tidak membahayakan pengunjung agar tidak ditanduk oleh rusa... jadi semuanya tanduk berwarna putih je...

Aku dan rusa... sebenarnya takutlah juga.. kadang2 rusa-rusa ni nampak macam agak agresif juga...



Aktiviti shopping memang aktiviti yang wajib bagi perempuan. Tapi disebabkan kami masih jauh lagi nak berjalan masa tu jadi shopping pun slow2 je la..

Ok.. akhirnya selesai mengembara di Nara.. memang tempatnya best dan mengagumkan...



~mel
bersambung lagi lah kot... huhu..

Isnin, 11 April 2016

Penang - KL - Osaka - Kyoto - Tokyo (Part 3)

Perjalanan kami berjalan kaki dari stesen bawah tanah Morimoyo ke Osaka Castle memang menarik. Dari berjumpa pokok sakura, melalui penjual2 pokok bunga hinggalah melalui kawasan forest yang sangat cantik. Kawasan park tersebut adalah kawasan di mana ramai orang bersiar2. Kebetualn di hari Ahad waktu kami datang ada acara lumba lari dan macam2 acara lain. Walaubagaimanapun ramai orang bawa anjing (tapi cantik2 dan pelik2), so kena hari2 takut accident terlanggar anjing. Satu perkara yang kami dapati sepajang berjalan kaki itu adalah tiada tong sampah tepi jalan.. adehh susah pula nak buang sampah.. so terpaksalah kami buang sampah dalam pokot jaket dulu.. huhu...

Pemandangan cantik ke Osaka Castle
Banyak tangga yang kami bertiga kena panjat utk ke Osaka Castle ni.. mencabar sungguh! huhu

Pelbagai aktiviti berlaku di kawasan Park sekitar Osaka Forest Park ini

Kubu lama sebelum sampai ke istana

Pandangan Osaka Castle dari kawasan yang macam tempat mengawal kot.. Kawasan tinggi ini dikelilingi air mngkin utk memastikan orang tak boleh masuk senyap2 ke kawasan istana.. kira macam security measures.. macam dalam cerita perang zaman dulu2...Memang sangat menarik dan mengkagumkan.

Selfie dgn Cik Yah
Selfie sowang2...



papan tanda nak ke castle


Jauh juga perjalanan (kaki) untuk naik ke atas istana osaka ni. Jenuh juga berjalan.. perut pulak agak lapar :P
Dah sampai pun di pintu gerbang Istana Osaka


Kat pintu masuk ke Castle ini ada sebuah perigi yang airnya di pam secara otomatik. kat situ diletakkan sebuah cawan buluh bertangkai panjang. Fungsinua mungkin utk minum air lah kot.. airnya memanglah sejuk kan sebab cuaca pun sangatlah sejuknya...

Diorang ni tak ajak mengambil gambar.. jadi aku jugak yang kena wefie.. huhu

Ini macam bangunan parlimen dulu2 kot. letakkan di sebelah osaka castle
Cik Yah dan Jsham bergaya di depan Osaka Castle

Di sekitar Osaka Castle. Memang menarik tempat ni. Betul2 di sebelah istana ada bangunan tempat jual souvenir dan kedai makan. Tapi of course jangan la pi makan kat sana.. tengok pun tak lalu... huhu... Kedai souvenir dia ada macam2 tapi kami tak beli apa2 pun sebab baru first day dan tak reti lagi nak guna duit.. sebenarnya belum tau mahal atau tidak masa ini.. kalau convert memang mahal giler... :P

Dari Osaka Castle kami terus naik train ke tengah bandar. Masih belum check-in hotel. Ramai kawan2 rekemen suh gi bandar Osaka dan bershopping di Tokyu Center.. tapi kami ni sebenarnya dah keletihan, sampai kat bandar terduduk kejab sebab letih.
Entah macam mana dalam perjalanan kami terjumpa Kedai Halal Pakistan (Kedai Ali) betul2 di tengah bandar Osaka... apalagi hati pun berbunga2 sebab tengah lapar.. jadi kami ambil keputusan untuk makan di kedai Ali ni. Letak kedai Ali ni berdekatan dengan UNIQLO Osaka.. ada 4 tingkat kalau tak silap Uniqlo ni.  Aku macam biasa tak berapa  minat makan nasi, so aku makan roti nan dan kari kamping.. memang sedap.. ke aku yg lapar.. huhu

Itu dia menu yang aku makan, roti nan dan kari kambing.. memang berselera. Lepas selesai makan kami ke Uniqlo berjalan2 meninjau uniqlo. Memang uniqlo sini jauh lebih besar dari uniqlo malaysia. hati dah tekad, nanti kena beli uniqlo utk hubby yang merupakan peminat tegar uniqlo.. :P

Kemudian kami ke Daiso pula..huhu.. ni semua tempat feveret kat Malaysia. Daiso kat Jepun ni memang lagi murah dari Malaysia, harga barang 108 yen sahaja.. dalam 3 ringgit lebih. kat Malaysia Daiso RM5 + gst lagi.. huhu...

Dah keletihan berjalan, barulah kami balik ke Hotel Shin-imamiya tempat kami melepak utk hari tersebut.
Satu yang bagusnya wifi dikebanyakan hotel jepun adalah percuma... so gembiralah hati kami dengan kewujudan wifi percuma tersebut.


~mel
Hubby dah bising blog tak update since balik dari jepun... :P