Isnin, 11 Julai 2016

Eryna berpuasa (Ramadhan 1437H)


 Saya puasa!!
16 Jun 2016 bersamaan 11 Ramadhan, Eryna Zulaikha Anastasia Puteri Princess Pertama kalinya berpuasa sehari penuh. Syukur Alhamdulillah. Oleh yang demikian beliau telah melangkah ke satu tahap lagi dalam kehidupannya.. pada hari pertama tersebut Eryna bangun sahur dan makan dengan banyaknya mi goreng. Berselera sungguh. Tapi aku memang tak expect dia akan puasa pun, bagi aku umur 6 tahun masih terlalu awal untuk eryna berpuasa sehari suntuk. Kalau sekerat hari tu oklah.


Pagi tu eryna tak nak bawa botol air ke sekolah. Puas dipujuk tapi dia taknak. So aku pun ikutkan ajelah. Bila aku ambil dari school pukul 5 ptg, aku tanya yina puasa ke? Dia cakap yina puasa... betul ke.. betul.. then dia cakap dia haus sgt.. aduss.. hari memanglah agak panas. 

Setelah bertungkus lumus sebelum waktu berbuka akhirnya eryna berjaya juga berpuasa buat pertama kali nya dalam hidupnya. Mommy dan papa of courselah sgt bangga dan suka dengan pencapaian yina. Mommy sendiri pun darjah 1 baru puasa.. itupun sehari.. yina lagi kuat dari mommy nampaknya.. Moga anak mommy dan papa terus istiqamah ya sayang..
Seterusnya Yina terus berpuasa lagi dua hari untuk Ramadhan 1437H, bermakna tahun ini yina berjaya puasa selama 3 hari. Alhamdulillah.


Tahniah Eryna Zulaikha bt. Muhammad Faizal! 

~mel
Encik suami selalu ingatkan untuk blogkan peristiwa ini.. baru berkesempatan nak tulis.. ya.. aku berblog sebagai diari kehidupan dan dulu hingga kini... insyaallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan