Hari ini adalah hari ke 30 Ramadhan.. hari terakhir umat Islam berpuasa utk tahun ini... Sayu rasanya hati meninggalkan Ramadhan.. namun hati sedikit terubat.. alhamdulillah banyak kejayaan yg mampu kucapai Ramadhan kali ini..
Aku mulakan mengaji pada 1 Ramadhan dgn hanya sedikit keyakinan aku mampu khatam di akhir Ramadhan. Namun dgn kesungguhan dan bnyk pengorbanan, akhirnya aku berjaya khatam pada 27 Ramadhan. Yg paling indah, sebenarnya aku selesaikan pembacaan Al-Quran itu dlm masa 21 hari kerana Allah beri cuti 6 hari. Syukur sgt2. Dan aku bersyukur kerana dipertengahan Ramadhan aku dipanggil utk temuduga Anugerah Akademik Negara tapi dlm masa seminggu lebih yg patut aku prepare utk temuduga itu, aku lebih habiskan bnyk masa utk mengaji. Aku rasa lebih yakin dgn adanya usaha aku utk mengaji.. urusan duniaku itu ku sokong dgn mengaji lebih banyak dan lebih konsisten.Alhamdulillah.. moga ianya membawa berkat pd usahaku..
Selain dari khatam Al Quran, aku berjaya juga tanpa gagal berterawih setiap mlm walaupun sendirian di rumah. Dengan kakiku yg masih belum baik dari kecederaan aku solat terawih di kerusi. Kemudian sedikit2 aku cuba atasi kesakitan kaki, mula2 boleh solat fardu mcm biasa tp xdpt nk teruskan utk solat terawih sbb sakit kaki.. Then buat mcm biasa sedaya mampu, sambung di kerusi.. di akhir2 Ramadhan akhirnya aku berjaya solat fardu dan solat terawih secara keseluruhan secara biasa. Walaupun selepas tu lutut akan berdenyut2 sakit tp aku puas hati.
Namun begitu.. tahun ni langsung tak buat kuih raya.. semua kuih tunjuk. Yg aku buat cuma kek buah kukus shj. Mood utk buat kuih raya tak de tahun ni.. huhu..
Apa2 pun.. Tahun ini raya 1&2 di Gombak, 3&4 di Phg..
Selamat Tinggal Ramadhan.. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bersua dgn Ramadhan pada tahun hadapan. Semoga segala usaha ku Ramadhan ini beroleh rahmat dan keberkatan dariNya.
~mel
p/s Set alas meja baru beli utk raya hihihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan