Memaparkan catatan dengan label USM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label USM. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Disember 2018

Keynote Speaker #CIIDT2018

Alhamdulillah dijemput sebagai #Keynote Speaker untuk International Conference on Creativity, and Invention in Digital Technology (CIIDT 2018) pada  11/12/2018. Sharing session ini adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui sebagai practitioner yang menggunakan pelbagai digital tools. Yang penting adalah saya ingin menyakinkan para pendidik dengan penggunaan digital tools yang betul dan di rekabentuk dengan baik, ianya akan membantu menjadikan pengajaran sebagai satu pembelajaran sepanjang hayat, bukan hanya sekadar persediaan untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. 




~mel
#AkakMoncong

Selasa, 23 Oktober 2018

Anugerah Ketokohan 2017

#Alhamdulillah menerima Anugerah Ketokohan dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Syed Jamalullail, Sultan Perlis 22 Oktober 2018. Harap-harap lepas ni dapat Dato’ lah pulak #BeranganTuFree 😂😂😂 #USMStyle #WeLead #sulongselalu

~mel

Rabu, 26 Oktober 2016

Konvokesyen USM 2016



Pada 24-27 November 2016 adalah hari konvokesyen USM yang ke 54 di Dewan Tunku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia. Sebelum2 ini saya memng selalu hadir konvokesyen dan beberapa orang pelajar saya telah pun bergraduat. Tetapi kali ini agak special sebab 5 orang graduan ijazah kedoktoran (Doktor Falsafah dan Doktor Pendidikan) adalah di bawah penyeliaan saya (3 Penyelia Utama dan 2 Penyelia Bersama. Selain itu terdapat 4 orang pelajar Sarjana Pendidikan yang bergraduat yang juga di bawah penyeliaan saya dalam konvokesyen kali ini.

Tahniah kerana mendapat title 'Dr" dari USM, kepada:
  1. Nur Kaliza Khalid (Pensyarah KUIS)
  2. Gerard Boey Kong Hoong (Taylors College)
  3. Nurhanim Saadah Abdullah (Pensyarah UTHM)
  4. Jayaron Jose (Pensyarah di University of Oman)
  5. Siti Zuraidah Md Osman (Pensyarah Politeknik Sultanah Bahiyah)
Juga Tahniah kepada graduan2 Sarjana Pendidikan, USM di bawah penyeliaan saya:

  1. Fadliyana Fathil (juga mendapat A dalam thesis beliau - bangga saya!)
  2. Ruzaina Abd Jabbbar
  3. Wan Zarimi Wan Ismail
  4. Ayub Mat

Pada hari pertama konvokesyen, (24 November) Sidang Pertama saya pergi menghadiri atas jemputan Jayaron Jose yang beria2 meminta saya hadir. Cerita tentang Jayaron ada dalam entry ini. 

Saya hadir konvo ni sesi pagi ditemani oleh pembantu saya Molli
Jayaron menerima ijazah kedoktoran beliau
Siti Zuraidah menerima ijazah kedoktoran beliau

Bersama-sama dengan pelajar-pelajar Ijazah Kedoktoran (Doktor Pendidikan) di bawah seliaanku.
Gerard Boey, Nurhanim Saadah, aku dan Nur Kaliza

Yang ni tambah Thenmolli, pembantu dan bakal pelakar PhD saya

Yang hujung sekali tu bonda Nurhanim Saadah

Sefie dengan NurKaliza, perserverance beliau dalam  proses mendapatkan segulung ijzah  kedoktoran adalah sangat tinggi.. Alhamdulillah akhirnya berjaya

Selfie dengan Gerard, a very good professional man.. teringat saya panggit dia dan Nurkaliza.. kedua2nya mengadap saya untuk pembetulan akhir.. kedua2nya ada problem dalam menulis Bab 5.. aakhirnya kedua2 bergraduat bersama-sama.. walaupun kaliza bermula lebih awal dari Gerard.

Saya dan Nurhanim Saadah.  Beliau adalah seorang pelajar yang sgt berdisiplin. Banyak cabaran di akhir pengajian memandangkan biasiswa beliau tamat dan bermacam dugaan yang perlu ditempuh. Dihujung2 tu masing2 berdebar juga bagi pihak beliau, tapi alhamdulillah akhirnya berjaya. Lepas ni beliau perlu berkorban utk suami beliau pula... jgn lupa tu Hanim.. Ismail masih lagi perlu selesaikan perjuangan.

Ucapan terima Kasih dari Hanim. Alhamdulillah semoga lebih ramai lagi yang berjaya. Semua ini bukan untuk apa2.. hanya untuk bekalan saya di akhirat nanti.. Moga segala ilmu dimanafaatkan.. InsyaAllah. 
 Hari kedua saya bertugas untuk perarakan akademik. Kebetulan bertugas bersama Izzal Asnira, rakan FB yg mula2 tidak dikenali last2 rupa2nya dia masuk USM sebagai pensyarah juga.



Suka sangat gambar ni... rasa macam perempuan melayu terakhir pulak :P

Bersama2 lecturer lain dari pusat pengajian yang sama dengan saya
 Setelah habie bertugas (25 November) Sidang Ketiga, bertalu2 telefon berbunyi.. pelajar2 sibuk mencari untuk ambil gambar.. huhu.. Alhamdulillah.. semuanya ingat kat saya yang kerdil ini.. :D

Saya, Fadliyana & Izyani Raiha
Saya dan Ruzaina. Ruzaina dulu memang selalu kena marah dgn saya. Sampai dia pernah cakap dia tak sukakan saya sebab asyik serba tak kena jer.. huhu.. selamba je dia sound saya.. tapi kan saya marah sebab nak bagi awak buat betul2 Ruzaina.. haa.. tengok siapa yang happy.. 
Wan Zarimi, Naiematon, Ayub, saya, Suhaimi dan Ruzaina
Akhirnya korang berjaya... ada rasa nak marah saya lagi tak sebab asyik kena bebel?? :P

Saya dan Fadliyana. Alhamdulillah dia salah seorang dari 2 pelajar yang dapat A untuk tesis. Dia memang rajin dan berdisiplin. Kejab2 muncul minta bantuan. Selalu minta clarification. Ada potensi untuk sambung PhD


ALHAMDULILLAH... more to go...

~mel





Isnin, 24 Oktober 2016

Jayaron..

Kisah konvokesyen lagi...

Selain dari tiga pelajar iajazah kedoktoran di bawah penyeliaan saya sebagai Penyelia, ada 2 orang lagi pelajar ijazah kedoktoran yang bergraduat pada hari ini di mana saya adalah Penyelia Bersama. Salah seorang antaranya adalah Jayaron Jose, seorang graduan PhD berasal dari Karalla, India dan kini bertugas sebagai seorang pensyarah Bahasa Inggeris di Universiti of Oman. Sebenarnya dia lah yang paling beria meminta saya hadir ke konvokesyen sampaikan sanggup memberikan kad jemputan khas utk saya hadir. Disebabkan kesungguhan tersebut saya berjanji untuk hadir sesi pagi tadi walaupun saya akan bertugas pada hari esok.

Jayaron dalam proses menerima ijazah kedoktorannya.


Setelah selesai upacara konvokesyen saya berjumpa dgn Jayaron dan kawannya Raj, seorang pelajar PhD dari Sri Lanka. Jayaron beria2 mengucapkan terima kasih kepada saya dan saya cakap it's my job, Jayaron. Kejayaan awak adalah usaha awak sendiri.. kata saya..  "No no no, Dr. I'm here because of you.. if not because of you i don't think I am able to finish my finish my PhD. You are the turning point in my PhD, you helped me to get through my troubles. I almost gave up my study if not because of you. I really owe you that much!" kata Jayaron. Ok saya agak terharu ketika itu. Si Raj pula menyampuk, "It's true Dr. jayaron kept on telling me you are the one who help him, he always said that he owe you. I wish I also got you as my supervisor". Oh.. aku speechless... aku tak lah rasa bantuan aku sebesar mana... tapi ianya sgt besar rupanya pada Jayaron.

Alkisah.. Jayaron sebenarnya bukan student saya. Entah macam mana, pada satu hari Jayaron muncul di pintu ofis saya, meminta izain utk berjumpa. So asaya pun cakap ok. Masuk ofis dia menceritakan bahawa dia baru gagal dalam pembentangan proposalnya pada hari tersebut. Dia kena sangat teruk semasa proposal dan dia dikehendaki melakukan pembentangan semula. Salah seorang penilai memberitahu beliau agar pergi berjumpa saya dan minta beliau bertanya agar saya jadi penyelia bersama dan menukar peyelia bersama sedia ada sebab apa yang beliau ingin lakukan lebih kepada kepakaran saya. Masa tu Jayaron  betul2 merayu supaya saya menerima beliau sebagai student saya. Kerana simpati kepada beliau, saya cakap ok. Terus jam2 tu sy tengok apa dia nak buat, memang kelam kabut dan tidak fokus. Setelah itu saya cakap, ok dia kena ikut cakap saya dan revamp research dia. Alhamdulillah, 3 bulan selepas itu dia re-propose dan lulus dgn jayanya. Dan seterusnya saya banyak bantu dia (tapi jarang jumpa sbb dia di Oman).. kebanyakkannya melalui email. 

Dan dipendekkan cerita akhirnya beliau berjaya dalam viva dan akhirnya berkonvokesyen pada hari ini. Actually sy agak terharu bila bantuan yang saya rasa tidak seberapa dan semata2 atas dasar tanggungjawab saya sebagai seorang 'guru' diingat oleh 'anak murid saya'...

Syukur ke hadrat Allah.. semoga ilmu yg sy curahkan menjadi bekalan di akhirat nanti... Amin..

~mel
241016


 

Selasa, 30 Jun 2015

Konvo PPG 5 Jun 2015

 Dah lama tulis post ni.. tp tak siap...so sambung pagi ni untuk diselesaikan :P

5 Jun adalah konvokesyen kohort 1 Program Pensiswazahan Guru (PPG) kerjasama USM dan UPSI di mana aku diberi tanggungjawab sebagai Penyelaras Program sejak tahun 2012. Sebanyak 2 bas USM digunakan untuk membawa seramai 62 orang staf akademik dan staf sokongan ke Tg Malim. Alhamdulillah, dengan bantuan encik suami, dapatlah kami menginap di Instun semalaman. Kalau tiada bantuan suamiku tak taulah mana aku nak tempatkan lecturer yang ramai2 ni... dan mujurlah lecturer ni semua sporting belaka, walaupun masing2 level tinggi tapi tak kisah kena naik bas beramai2.







Kami dalam bas. Seperti biasa Eryna tak ketinggalan, naik bas sekali. Maklumlah nak pi kat rumah papa... :P

Kami bawa jubah dari USM untuk digunakan dalam perarakan akademik. Ini untuk menghighlightkan bahawa pasukan kami dari USM...  Gambar di atas adalah sesi distribusi jubah kepada pensyarah yang dibuat di Kafe Instun. 

Kami adakan majlis makan malam utk meraikan pensyarah yg banyak membantu dari tahun 2011-sekarang.. aku bagi taklimat sikit untuk keesokan hari as well as ucapkan terima kasih atas kerjasama semua pensyarah.

Dalam bas nak ke UPSI... masing2 bergaya dengan kot bagai tapi naik bas.. keh3.. respek!

 Sebaik saja turun dari bas... happy masing2 dah sampai :P

Kami di UPSI sebagai franchaiser di mana program ini kami guna sepenuhnya kurikulum UPSI dgn membayar beberapa percent. Sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja dijalankan oleh USM.
Perarakan utama masuk ke dewan konvokesyen. First time dlm perarakan utama.. remember.. sy pensyarah cabuk sahaja... teruja betul.. takut pun ada.. :P

Nun... di atas pentas..

Mukaku dalam buku konvokesyen UPSI..  yg depan2 tu semua bos2.. aku ni seorang je pensyarah cabuk huhu... jgn terpedaya dgn gambar di atas ya.. aku insan biasa sahaja..


Di atas pentas konvokesyen... gabra giler aku...

Gambarku yang diambil oleh wakil graduan yang duduk dibelakang aku :P

Pelajar2 yang bergraduat


Perarakan keluar setelah selesai konvo.. 


 
 Me and my lovely friends...
 Gambar tak boleh blah... mcm kami pulak yg konvo.. padahal dok kat pentas menengok je pun :P



 Bergambar dgn students... masing2 berebut nak tangkap gambar.. rasa cam retis pulak :P

Selfie dgn Jiross...

Dengan graduan dari Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu..
Dihantar balik ke INSTUN oleh bas USM... huhu.. tenkiu pak driver yang sudi menghantar dan bersusah payah pusing bas kat dalam INSTUN tu.. :P

Satu perkara yang aku tak boleh lupa tentang konvokesyen ini adalah permintaan seorang anak untuk mengambil ijazah bagi pihak bapanya yang meninggal dunia dua minggu sebelum upacara konvokesyen. Isteri kpd arwah kamarulzaman juga adalah pelajar ppg yang bergraduat pada hari yg sama telah menghubungi aku menyatakan permintaan anaknya itu. Sebak hati aku bila mengenangkan anak2 yg kehilangan bapa dlm usia yg masih kecil akibat masalah jantung. Jadi untuk memenuhi permintaan tersebut aku telah cuba arrangekan sesi 'Anumerta' buat arwah dan anak Nurul Aliah yg mengambil ijazah tersebut. Alhamdulillah... walaupun arrangement dlm masa yg singkat dan hingga ke saat akhir aku terpaksa minta org UPSI pastikan ianya berlangsung, akhirnya aku dpt melakukannya dan sesi tersebut berjalan lancar... menitis airmata aku bila mana Nurul Aliah naik ke pentas mengambil ijazah arwah bapanya... Alhamdulillah.. dapat aku tunaikan hajat seorang anak yg kehilangan ayah.. Semoga Allah berikan kehidupan yang baik kepada merekea dan tempatkan arwah dalam kalangan hambaNYA yang soleh...


Alhamdulillah... kohort 1 seramai 979 graduan telah bergraduat.. Tinggal lagi 4 kohort berjumlah lebih kurang 2 ribu pelajar.. moga Allah permudahkan urusanku menyeleras program ini, InsyaAllah.. Amin..


~mel