Memaparkan catatan dengan label PPG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPG. Papar semua catatan

Selasa, 30 Jun 2015

Konvo PPG 5 Jun 2015

 Dah lama tulis post ni.. tp tak siap...so sambung pagi ni untuk diselesaikan :P

5 Jun adalah konvokesyen kohort 1 Program Pensiswazahan Guru (PPG) kerjasama USM dan UPSI di mana aku diberi tanggungjawab sebagai Penyelaras Program sejak tahun 2012. Sebanyak 2 bas USM digunakan untuk membawa seramai 62 orang staf akademik dan staf sokongan ke Tg Malim. Alhamdulillah, dengan bantuan encik suami, dapatlah kami menginap di Instun semalaman. Kalau tiada bantuan suamiku tak taulah mana aku nak tempatkan lecturer yang ramai2 ni... dan mujurlah lecturer ni semua sporting belaka, walaupun masing2 level tinggi tapi tak kisah kena naik bas beramai2.







Kami dalam bas. Seperti biasa Eryna tak ketinggalan, naik bas sekali. Maklumlah nak pi kat rumah papa... :P

Kami bawa jubah dari USM untuk digunakan dalam perarakan akademik. Ini untuk menghighlightkan bahawa pasukan kami dari USM...  Gambar di atas adalah sesi distribusi jubah kepada pensyarah yang dibuat di Kafe Instun. 

Kami adakan majlis makan malam utk meraikan pensyarah yg banyak membantu dari tahun 2011-sekarang.. aku bagi taklimat sikit untuk keesokan hari as well as ucapkan terima kasih atas kerjasama semua pensyarah.

Dalam bas nak ke UPSI... masing2 bergaya dengan kot bagai tapi naik bas.. keh3.. respek!

 Sebaik saja turun dari bas... happy masing2 dah sampai :P

Kami di UPSI sebagai franchaiser di mana program ini kami guna sepenuhnya kurikulum UPSI dgn membayar beberapa percent. Sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja dijalankan oleh USM.
Perarakan utama masuk ke dewan konvokesyen. First time dlm perarakan utama.. remember.. sy pensyarah cabuk sahaja... teruja betul.. takut pun ada.. :P

Nun... di atas pentas..

Mukaku dalam buku konvokesyen UPSI..  yg depan2 tu semua bos2.. aku ni seorang je pensyarah cabuk huhu... jgn terpedaya dgn gambar di atas ya.. aku insan biasa sahaja..


Di atas pentas konvokesyen... gabra giler aku...

Gambarku yang diambil oleh wakil graduan yang duduk dibelakang aku :P

Pelajar2 yang bergraduat


Perarakan keluar setelah selesai konvo.. 


 
 Me and my lovely friends...
 Gambar tak boleh blah... mcm kami pulak yg konvo.. padahal dok kat pentas menengok je pun :P



 Bergambar dgn students... masing2 berebut nak tangkap gambar.. rasa cam retis pulak :P

Selfie dgn Jiross...

Dengan graduan dari Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu..
Dihantar balik ke INSTUN oleh bas USM... huhu.. tenkiu pak driver yang sudi menghantar dan bersusah payah pusing bas kat dalam INSTUN tu.. :P

Satu perkara yang aku tak boleh lupa tentang konvokesyen ini adalah permintaan seorang anak untuk mengambil ijazah bagi pihak bapanya yang meninggal dunia dua minggu sebelum upacara konvokesyen. Isteri kpd arwah kamarulzaman juga adalah pelajar ppg yang bergraduat pada hari yg sama telah menghubungi aku menyatakan permintaan anaknya itu. Sebak hati aku bila mengenangkan anak2 yg kehilangan bapa dlm usia yg masih kecil akibat masalah jantung. Jadi untuk memenuhi permintaan tersebut aku telah cuba arrangekan sesi 'Anumerta' buat arwah dan anak Nurul Aliah yg mengambil ijazah tersebut. Alhamdulillah... walaupun arrangement dlm masa yg singkat dan hingga ke saat akhir aku terpaksa minta org UPSI pastikan ianya berlangsung, akhirnya aku dpt melakukannya dan sesi tersebut berjalan lancar... menitis airmata aku bila mana Nurul Aliah naik ke pentas mengambil ijazah arwah bapanya... Alhamdulillah.. dapat aku tunaikan hajat seorang anak yg kehilangan ayah.. Semoga Allah berikan kehidupan yang baik kepada merekea dan tempatkan arwah dalam kalangan hambaNYA yang soleh...


Alhamdulillah... kohort 1 seramai 979 graduan telah bergraduat.. Tinggal lagi 4 kohort berjumlah lebih kurang 2 ribu pelajar.. moga Allah permudahkan urusanku menyeleras program ini, InsyaAllah.. Amin..


~mel




Sabtu, 2 November 2013

Insaf...

Sejak kebelakangan ini bnyk peristiwa yg sedikit sebanyak menginsafkan diriku.. Hari Selasa hari tu, sedang aku sibuk diaudit utk PPG.. rupanya salah org pelajar ku, seorg guru di SK Pokok Sena meninggal dunia akibat kanser paru2 .. dalam usia 39 thn arwah meninggalkan suami dan 4 org anak perempuan berusia 6 hingga 15 tahun.. Dalam kesibukan tak sempat menziarahi keluarga arwah hinggalah pagi tadi aku, hubby & eryna bersama2 dgn ofis mate Fadzilah sekeluarga, serta 3 org guru ppg telah berpeluang menziarahi keluarga arwah...

Sedih tak terkata, kami disambut ansk2 arwah, suaminya bekerja.. anak sulung arwah berusia 15 tahun melayan kami dgn ramah.. Terserlah ketabahan anak itu bercerita ttg tatkala ibunya di diagnose kanser hinggala ke akhir hayat arwah.. Pertanyaan2 kami dijawab dgn penuh sabar.. dgn perasaan hormat dan nampak penuh tanggungjawab seorg kakak walaupun baru lepas pmr..

Satu yg aku kagum.. walaupun tanpa ayah di rumah.. anak2 perempuan arwah yg berumur 9, 12 dan 15 tahun itu lengkap bertudung menerima kdtgan kami.. rasa insaf terasa didikan ibubapa mereka sgt baik kpd anak2 ini.. 

Sebelum balik cepat2 kakak nya meminta adik2 bersalam dgn kami.. serius aku cuba dgn bersungguh2 menahan airmata dari gugur.. keinsafan muncul.. ya allah sedih dihatiku tidak terkira.. moga arwah di tempatkan dalam kalangan hambaNya yg soleh dan anak2 arwah dalam lindungaNya sentiasa.. Al-Fatihah...

~mel

Rabu, 7 November 2012

Maaflah...

 Aku baru terima email kat bawah ni.. dari seorang student aku di Sarawak. Tajuk email.. "Maaflah...". Perkara yang diutarakan kan kat bawah ni bagi aku perkara biasa berlaku di universiti atau di institusi pengajian di mana bila lecturer minta pelajar buat kerja berkumpulan... ada saja masalah yang berlaku terutama ahli kumpulan tak mahu berkerjasama. Aku pun pernah mengalaminya dulu.. Masa berlaku kat aku, aku abaikan aje ahli kumpulan yg nak jadi penumpang tu.. aku buat kerja sendiri.. siapkan sebaik mungkin..dan hantar. Dia dapat markah tinggi sama cam aku?? Ya.. of course, tapi aku halalkan je lah yer.. sebab yang penting aku dapat markah tinggi dan walaupun dia dapat markah tinggi.. dia mungkin xdapat ilmu yg aku dapat.. tapi tulah kan.. setiap org lain pendekatannya... mamat kat bawah ni ngadu kat aku... :P
 
"A'kum Dr. Apa yang hendak saya luahkan adalah sesuatu yang di luar kehendak saya. Setelah memikirkan kerjaya dan ketenangan jiwa saya maka terpaksa juga saya luahkan untuk perhatian, tindakan dan makluman dr. Saya adalah Pen. Kanan HEM di sekolah yang besar. Walaupun sibuk saya tetap mahu belajar, masalahj yang timbul telah membebankan otak saya untuk berfikir secara rasional.

Saya juga turut mewakili rakan kumpulan saya iaitu P...  ak. ... dan J... ak T...(nama dirahsiakan)  Kami bertiga telah menghantar Pwer Pnt Interaktif secara individu kerana sikap dua orang rakan kumpulan iaitu AR b. AP dan O...  b. N. (nama dirahsiakan).  yang tidak pernah menepati janji sejak dari sem.1 lagi. Saya telah arahkan semua ahli supaya mengumpul pwr pt tersebut untuk di burn dlm satu cd. Tetapi kedua2 mereka belum menyiapkan lagi kerja mereka sehingga memaksa kami bertiga mnghantar secara individu pada perjumpaan ke3 lepas.

Projek video dan story board pula menghadapi masalah yg sama. Sya dgn rela telah membeli sebuah handycam semata2 utk memudahkan kerja kump.  AR bersetuju untuk edit dan upload video tersebut. Sehingga sekarang belum ada apa2 berita dpd beliau.

Apa yang merisaukan saya ialah kelewatan tersebut akan menjejaskan 'markah' kami akibat dpd sikap dua org ahli kump tersebut. Saya amat mementingkan masa, setiap saat amat berharga bagi saya.

Apa harus saya buat? Hanya luahan ini yang mampu saya lakukan... "
 
 
Anyway.. aku ada bagi solution kat mamat ni.. hopefully dia dapat melakukannya...
~mel

Jumaat, 25 November 2011

November & Disember 2011

Bulan November dah nak abis.. Disember dah nak muncul.. bila aku dok kira2 hari.. ehh...aku ni cam dah xde weekend yg boleh tido2 untuk tahun ni... huhu.. semua weekend aku penuh daa...

Weekend ni 25-27 November 2011 - aku kena berbengkel di Park Ave, Sg. Petani utk Semakan Kurikulum Pusat Pengajian aku... (kerja..kerja..kerja).. Mujurla Isnin cuti.. tp kalau Jumaat, Sabtu, Ahad berbengkel.. Isnin sure tak relaks sebab nak basuh kain, kemas rumah.. dllg..

Weekend 2-4 Disember 2011 - aku akan ke Kota Kinabalu utk kelas PPG.. wokeh.. ini mmg kerja la kan... Hari Sabtu 3 Dis tu mengajar selama 6 jam.. fuhh.. mmg mengah jugak dibuatnya...

Weekend 9-11 Disember 2011 - Family day utk keluarga aku di Port Dickson... time ni kira cuti utk kami adik beradik berkumpul.. rasanya dah lama dah kami tak bercuti bersama2.. last sekali time eryna masih dlm perut baru beberapa bulan je masa tu.. kami berkumpul di A Famosa time tu.. kali ni di Port Dickson.. sebenarnya msing2 nak buat family day jauh2 tp sebab kekangan masa..PD udahla.. mujur gak kat PD kalau tak jenuh aku nak cari time yg sesuai utk join... hubby lak dah abis cuti.. :P

Weekend 17-19 Disember - Nak ke Kuching.. aku ada kelas PPG lagi di Kuching.. this time aku tak pi sorang.. hubby & co akan ikut.. mmg dah plan trip ke Kuching kali ni nak bawak hubby coz nak jalan2 jugak. Last time aku pergi aku gi sorang jer dan pergi hari sabtu balik ahad... ngeee....

Weekend 24-26 Disember - Pindah ke rumah baru/ kemas rumah dllg... okeh.. aku tak tau cam ne nak kemas rumah & pindah dlm keadaan weekend aku yg sgt sibuk.. tp alhamdulillah mujurlah cuti aku mmg berlambak2.. so lepas family day aku amik cuti seminggu sampaila pergi Kuching.. time tu aku berhajat nak kemas barang2.. kalau ada masa aku hantar sket2 brg kecik2 ke rumah baru... tak jauh sgt tu..

28-30 Disember - aku akan ke India insyaallah, ada jemputan konference di sana & aku mewakili Pusat Pengajian utk bentang paper kat sana...

So... ada sape2 boleh challenge my tight schedule tak? haha...
 :P

Anyway.. ini semua rezeki aku.. sementara larat & sihat aku buat la..

~mel






Selasa, 4 Oktober 2011

Selamat Pengantin Baru Shakina & Shaifuddin

Hari Jumaat lepas kami sekeluarga ke Kuantan untuk meraikan majlis perkahwinan anak saudaraku yang pertama.. Shakina Farhan bt. Norazman & suaminya Shaifuddin di Kompleks Dagangan Mahkota. Actually mula2 kami ingat malas nak drive sebab agak jauh... tp Fireflyz dari penang-kuantan hanya ada selang-selang hari.. dan hari jumaat xde la pulak.. begitu juga hari ahad.. do terpaksalah kami drive.. penatnya toksah cakap.. huhu.. hari jumaat tu pula hubby kerja half day.. so kami gerak dlm pkl 2.30 dan sampai ke kuantan 10.30 mlm... dekat2 nak sampai tu pulak eryna membuang.. huhu... terpaksalah benti & mandikan dia terus..bagi wangi.. haha.. Anyway.. kenduri tu berjalan dgn meriahnya.. Abgku sewa homestay utk kami berdekatan dgn rumah dia.. so agak selesa jugala... Shakina ni puteri sulung abg aku.. tapi bukan anak sedara yang pertama... anak sedara no. 1 lelaki.. Hafiz.. bila ntah nak kawen.. rakan2 cintanya dah banyak add aku kat facebook tp sorang pun tak lekat.. mungkin sebab mak sedara dia garang sgt kot.. haha..

Utk Pengantin baru Shakina & Shaifuddin: Selamat Pengantin Baru.. Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga.. Hidup berkeluarga ini bukan mudah.. banyak rintangannya dalam mengenali hati budi pasangan masing2.. Apa yg penting sabar dan tabah dan saling cuba memahami antara satu sama lain... perjalanan bersama harus ditempuhi dengan tolak ansur dan saling sayang menyayangi.. insyaallah.. semoga bersama hingga ke syurga...


Keluarga abangku.. Kiri sekali Shakira Nabila, abg man (abgku no. 2), pengantin Shakina Farhan, Umar aka Kucuk & kakak iparku kak zah..


Bergambar bersama keluarga... cari ler mana aku yer.. haha.. muka boss mmg nampak jelas.. :P


Actually seperti biasa aku mmg agak busy... weekend pun kurang.. this week harap dapat rehat sikit walaupun ada jemputan kawen kawanku di Alor Star... 15 hb iaitu minggu seterusnya aku akan ke Kuching utk kelas PPG yg pertama.. then.. every two weeks akan bergilir2 di KB, Kota Kinabalu & Penang. So.. selamat mengembara buat diriku.. huhu... kesian hubby kena tinggal jer.. :( ... anyway.. kalau dia tak busy sgt boleh la ikut kan!



~mel

Isnin, 18 April 2011

membebel...

Haaa... tetiba nak blog satu bebelan.. haha..

Ok.. seminggu dua ni aku mmg totally sgt2 sibuk. terutama utk set-up pengajaran dan teknikal arrangement utk program pensiswazahan guru (ppg). Dan aku juga terpaksa setup web utk 2 konference besar my school iaitu The International Conference on Early Childhood and Special Education (ICECSE) 2011 dan The International Conference on Measurement and Evaluation in Education (ICMEE) So setiap hari mmg tak ada masa untuk berpoya2 sama ada kat ofis atau di rumah. Rasa agak stress tp mujurlah hubby ku sangat memahami (ayat bodek) dan masa rehat sgtlah terhad.

At first utk PPG ingat aku akan bg taklimat & mengajar di kampus induk Penang semata-mata. Tapi last2 minit terpaksa ke Kota Bharu utk bg taklimat + mengajar di sana. So, Jumaat lepas aku terbang ke KB dgn family semua.. bawak semua laa.. kesian kat eryna nnt asyik kena tinggal.

Di KB aku bagi taklimat ttg group utk kursus2 dan ngajar Teknologi. Kalau ikutkan aku punya instruction, aku rasa clear semuanya. Tapi bila dah balik sini.. rasa macam student2 ni ramai yg tak dengar apa aku cakap.. tak follow instruction. Banyak betul email yg aku dpt... rasa annoyed pun ada.. geram pun ada.. huhu..

Ok.. sebenarnya nak bebel pasal tak ikut instruction la ni.. kebanyakan student PPG ni ada yg dah lama berkhidmat.. aku tau ramai yg excited dapat sambung belajar.. ada juga yg 50-50 nak belajar ke idak.. ada yang aku pun tak tahu sebab apa derang mintak nak sambung study. Anyway.. apa2 pun bila dah daftar, dah hantar surat perjanjian.. aku harap mereka fikir tentang tanggungjawab masing2.. belajar PPG ni boleh dikatakan free.. tak yah bayar yuran pengajian.. lebih kurang kerajaan peruntukan seorg guru/pelajar dalam RM42k seorg. Aku tak risau dgn yg mmg semangat nak belajar, tapi risau dgn yg 50-50 nak belajar ke idak tu... Aku hope that semuanya ingat tanggungjawab masing2 terutama kepada duit tax payer yg digunakan utk bayar yuran pengajian mereka ni.

Oleh yg demikian.. diharap mereka juga ikut instruction.. dengar betul2 apa lecturer cakap. Setakat ni mmg ramai yang tak ikut instruction. Jadi email aku mmg penuh dgn email2 yg tak ikut instruction, pastu tanya soalan yg aku dah terangkan dalam kelas dsbgnya. Dan kebetulan masa di KB, aku pinjam kereta kakak aku utk drive dari rumah dia ke USM Kubang Kerian, dan my hubby yg drive. Sementara tunggu aku mengajar, hubby dok blakang dewan kuliah and dengar aku punya lecture. Aku pun tanya dia balik, apa yang aku minta student2 ni buat.. dan hubby terangkan apa yg aku cakap.. tapi yg peliknya ramai student yg tak berapa nak faham/ikut apa yg aku cakap... errr... agaknya aku perlu kecek kelate ke atau perlu cakap Siam. But for me, sebagai guru tentunya mereka faham bahasa aku yang neutral ni walaupun bukan bahasa baku... huhu..

Lagi satu yang aku agak rasa terganggu adalah dgn SMS yg bertalu2 dtg ke henfon aku.. adoiilaa.. aku pun xtau mana derang dpt no henfon aku.. tpnya aku juga perlu privacy. They all sbg guru should know that. Kalau malam2 buta hantar sms tanya itu ini.. sorila aku takkan balas. Student PPG ni bukan sikit.. ada lebih kurang 1200 org. Bayangkan kalau 1/2 drp tu hantar SMS... atau 1/3 je dah cukup utk buat aku jadi gila.. haha... So.. aku harap laa.. cikgu2 PPG ni faham.. walaupun excited JGN SMS saya ya.. apalagi call.. huhu...

Anyway.. apa2 pun.. Selamat Datang semua guru PPG USM.. belajar rajin2.. jgn plagiat kerja2 org.. sy ada plagiarism detector.. huhu... dan yg paling penting, INGAT TANGGUNGJAWAB ANDA. Tiada siapa yg paksa anda belajar.. anda yg apply.. so please be the best!! GOOD LUCK!

~Dr. Mel (ada Dr. pulak kat depan tu.. hahaha)

Selasa, 15 Mac 2011

PPG LAGI..

Actually aku agak bengang juga sebab MOE bila buat sesuatu, perancangannya tak berapa ok.. dan biasanya universiti dapat info tentang kursus pun last minit. Dan jadi mangsanya pensyarah2 cabuk cam aku ni.. dan petugas2 lain yang terpaksa buat kerja last minit juga.. Aku adalah webmaster pusat pengajian aku.. kalau kerja aku hanya sebagai web master aje..oklah jugak.. ni mcm2 mende lain nak buat.. marking, soalan exam, research, dllg.

Anyway.. website tu aku dah settlekan.. so.. sape2 yg dapat offer ke USM boleh buka kat sini.
Informasi tentang pendaftaran semuanya ada kat sini.. Utk yang beralamat di utara, kelantan dan sarawak, pendaftaran adalah pada 19/3/2011, manakala utk yg di Sabah pendaftaran pada 20/3/2011. Utk pengetahuan semua, PPG ni adalah kursus PJJ, di mana lebih kurang 2 minggu sekali perlu ke USM (atau di IPG KB, UniMAS & Akademi Binaan Msia, Sarawak) utk pembelajaran bersemuka. selebihnya P&P akan dijalankan secara online menggunakan LMS (learning management system). So, jgn lupa utk subscribe internet kat rumah yer.

Kat bawah ni aku sertakan link utk sape2 nak download borang utk pendaftaran. Utk borang kad matrik tu, hanya utk yg akan belajar di kampus induk pulau pinang sahaja. Kampus2 lain xperlu isi borang tersebut.

SENARAI nama calon PROGRAM PPG USM 2011

SALINAN SURAT TAWARAN KLIK DI SINI

Senarai Borang untuk pendaftaran pada 19/3/2011 atau 20/3/2011

1. Peraturan dan Syarat Kemasukan

2. Borang pendaftaran

3. Borang Pendaftaran Kursus

4. Senarai Semak untuk pendaftaran

5. Borang Permohonan Kad Matrik



Isnin, 7 Mac 2011

Program Pensiswazahan Guru di USM

Aku baru saja upload nama2 guru yg berjaya memasuki Program pensiswazahan Guru di USM. Baru siap membina pautan di webpage Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. So kepada guru2 yg nak tau sama ada mereka dapat USM ke tidak, boleh la check kat 'segera' yg aku buat tadi.

Kalau nak check boleh pergi ke sini >>>> Program Pensiswazahan Guru (PPG) 2011

Basically USM akan mengendalikan kurus utk guru2 dari Kelantan, Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

OK sila check yer... pendaftaran pada 19 Mac 2011 bagi di Kampus Induk Pulau Pinang, Kota Bharu & Sarawak. 20 Mac 2011 bagi kampus Sabah.

Utk download borang2, dah di update kat blog ni.. di sini..