Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Rabu, 7 November 2012

Maaflah...

 Aku baru terima email kat bawah ni.. dari seorang student aku di Sarawak. Tajuk email.. "Maaflah...". Perkara yang diutarakan kan kat bawah ni bagi aku perkara biasa berlaku di universiti atau di institusi pengajian di mana bila lecturer minta pelajar buat kerja berkumpulan... ada saja masalah yang berlaku terutama ahli kumpulan tak mahu berkerjasama. Aku pun pernah mengalaminya dulu.. Masa berlaku kat aku, aku abaikan aje ahli kumpulan yg nak jadi penumpang tu.. aku buat kerja sendiri.. siapkan sebaik mungkin..dan hantar. Dia dapat markah tinggi sama cam aku?? Ya.. of course, tapi aku halalkan je lah yer.. sebab yang penting aku dapat markah tinggi dan walaupun dia dapat markah tinggi.. dia mungkin xdapat ilmu yg aku dapat.. tapi tulah kan.. setiap org lain pendekatannya... mamat kat bawah ni ngadu kat aku... :P
 
"A'kum Dr. Apa yang hendak saya luahkan adalah sesuatu yang di luar kehendak saya. Setelah memikirkan kerjaya dan ketenangan jiwa saya maka terpaksa juga saya luahkan untuk perhatian, tindakan dan makluman dr. Saya adalah Pen. Kanan HEM di sekolah yang besar. Walaupun sibuk saya tetap mahu belajar, masalahj yang timbul telah membebankan otak saya untuk berfikir secara rasional.

Saya juga turut mewakili rakan kumpulan saya iaitu P...  ak. ... dan J... ak T...(nama dirahsiakan)  Kami bertiga telah menghantar Pwer Pnt Interaktif secara individu kerana sikap dua orang rakan kumpulan iaitu AR b. AP dan O...  b. N. (nama dirahsiakan) yang tidak pernah menepati janji sejak dari sem.1 lagi. Saya telah arahkan semua ahli supaya mengumpul pwr pt tersebut untuk di burn dlm satu cd. Tetapi kedua2 mereka belum menyiapkan lagi kerja mereka sehingga memaksa kami bertiga mnghantar secara individu pada perjumpaan ke3 lepas.

Projek video dan story board pula menghadapi masalah yg sama. Sya dgn rela telah membeli sebuah handycam semata2 utk memudahkan kerja kump.  AR bersetuju untuk edit dan upload video tersebut. Sehingga sekarang belum ada apa2 berita dpd beliau.

Apa yang merisaukan saya ialah kelewatan tersebut akan menjejaskan 'markah' kami akibat dpd sikap dua org ahli kump tersebut. Saya amat mementingkan masa, setiap saat amat berharga bagi saya.

Apa harus saya buat? Hanya luahan ini yang mampu saya lakukan... "
 
 
Anyway.. aku ada bagi solution kat mamat ni.. hopefully dia dapat melakukannya...
~mel

1 ulasan: