Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sabtu, 2 November 2013

Insaf...

Sejak kebelakangan ini bnyk peristiwa yg sedikit sebanyak menginsafkan diriku.. Hari Selasa hari tu, sedang aku sibuk diaudit utk PPG.. rupanya salah org pelajar ku, seorg guru di SK Pokok Sena meninggal dunia akibat kanser paru2 .. dalam usia 39 thn arwah meninggalkan suami dan 4 org anak perempuan berusia 6 hingga 15 tahun.. Dalam kesibukan tak sempat menziarahi keluarga arwah hinggalah pagi tadi aku, hubby & eryna bersama2 dgn ofis mate Fadzilah sekeluarga, serta 3 org guru ppg telah berpeluang menziarahi keluarga arwah...

Sedih tak terkata, kami disambut ansk2 arwah, suaminya bekerja.. anak sulung arwah berusia 15 tahun melayan kami dgn ramah.. Terserlah ketabahan anak itu bercerita ttg tatkala ibunya di diagnose kanser hinggala ke akhir hayat arwah.. Pertanyaan2 kami dijawab dgn penuh sabar.. dgn perasaan hormat dan nampak penuh tanggungjawab seorg kakak walaupun baru lepas pmr..

Satu yg aku kagum.. walaupun tanpa ayah di rumah.. anak2 perempuan arwah yg berumur 9, 12 dan 15 tahun itu lengkap bertudung menerima kdtgan kami.. rasa insaf terasa didikan ibubapa mereka sgt baik kpd anak2 ini.. 

Sebelum balik cepat2 kakak nya meminta adik2 bersalam dgn kami.. serius aku cuba dgn bersungguh2 menahan airmata dari gugur.. keinsafan muncul.. ya allah sedih dihatiku tidak terkira.. moga arwah di tempatkan dalam kalangan hambaNya yg soleh dan anak2 arwah dalam lindungaNya sentiasa.. Al-Fatihah...

~mel

1 ulasan: