Memaparkan catatan dengan label work. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label work. Papar semua catatan

Selasa, 12 Januari 2016

Boss baru..

Kami ada bacaan yassin tadi di samping tazkirah dari Dekan baru kami. Sangat janggal bila mana Dekan aka Boss memberi tazkirah tentang nikmat bekerja, nikmat kesihatan dan nikmat Islam, dan sangat janggal bila seorang bos membacakan ayat2 Al-Quran semasa tazkirah. Dekan baru kami bukanlah seorang Ustaz. Katanya, kita kenalah selalu menerapkan nilai2 islam dalm keluarga kita, bercakap yang baik dan berbuat baik terutamanya dalam keluarga. 

Di akhir tazkirah beliau, beliau mengucapkan terima kasih kerana memilih beliau dalam pilihanraya lepas... yg mengharukan kami.. beliau berkata, saya baru je nak adapt dengan gelaran 'Professor' yg didapati hujung tahun lepas.. kemudian tiba2 dipanggil Dekan pula.. dan katanya kalau tidak pagi2 terpaksa berebut parking sesama staf, sekarang dia masih terlupa beliau ada parking sendiri... sambil itu beliau menitiskan airmata.. Katanya beliau bersyukur dgn nikmat yg Allah beri, walaupun bersama nikmat itu munculnya tanggungjawab yang berat... 

Dalam hati saya berkata.. Kalaulah semua pemimpin macam ni kan bagus.. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk beliau dalam segala urusan pengurusan Pusat Pengajian kami.. 

~mel
Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk diriku juga... Amin..

Jumaat, 25 November 2011

November & Disember 2011

Bulan November dah nak abis.. Disember dah nak muncul.. bila aku dok kira2 hari.. ehh...aku ni cam dah xde weekend yg boleh tido2 untuk tahun ni... huhu.. semua weekend aku penuh daa...

Weekend ni 25-27 November 2011 - aku kena berbengkel di Park Ave, Sg. Petani utk Semakan Kurikulum Pusat Pengajian aku... (kerja..kerja..kerja).. Mujurla Isnin cuti.. tp kalau Jumaat, Sabtu, Ahad berbengkel.. Isnin sure tak relaks sebab nak basuh kain, kemas rumah.. dllg..

Weekend 2-4 Disember 2011 - aku akan ke Kota Kinabalu utk kelas PPG.. wokeh.. ini mmg kerja la kan... Hari Sabtu 3 Dis tu mengajar selama 6 jam.. fuhh.. mmg mengah jugak dibuatnya...

Weekend 9-11 Disember 2011 - Family day utk keluarga aku di Port Dickson... time ni kira cuti utk kami adik beradik berkumpul.. rasanya dah lama dah kami tak bercuti bersama2.. last sekali time eryna masih dlm perut baru beberapa bulan je masa tu.. kami berkumpul di A Famosa time tu.. kali ni di Port Dickson.. sebenarnya msing2 nak buat family day jauh2 tp sebab kekangan masa..PD udahla.. mujur gak kat PD kalau tak jenuh aku nak cari time yg sesuai utk join... hubby lak dah abis cuti.. :P

Weekend 17-19 Disember - Nak ke Kuching.. aku ada kelas PPG lagi di Kuching.. this time aku tak pi sorang.. hubby & co akan ikut.. mmg dah plan trip ke Kuching kali ni nak bawak hubby coz nak jalan2 jugak. Last time aku pergi aku gi sorang jer dan pergi hari sabtu balik ahad... ngeee....

Weekend 24-26 Disember - Pindah ke rumah baru/ kemas rumah dllg... okeh.. aku tak tau cam ne nak kemas rumah & pindah dlm keadaan weekend aku yg sgt sibuk.. tp alhamdulillah mujurlah cuti aku mmg berlambak2.. so lepas family day aku amik cuti seminggu sampaila pergi Kuching.. time tu aku berhajat nak kemas barang2.. kalau ada masa aku hantar sket2 brg kecik2 ke rumah baru... tak jauh sgt tu..

28-30 Disember - aku akan ke India insyaallah, ada jemputan konference di sana & aku mewakili Pusat Pengajian utk bentang paper kat sana...

So... ada sape2 boleh challenge my tight schedule tak? haha...
 :P

Anyway.. ini semua rezeki aku.. sementara larat & sihat aku buat la..

~mel






Jumaat, 11 November 2011

111111.. oppss...

Rata-rata hari ni aku tengok semua dok gihtlight pasal date 11.11.11... ada yang dok cakap tentang event yg akan dilalui hari ni.. ada yang cakap tentang mengagung2kan tarikh ni... dan macam2.. For me.. today is a usual day with a slight special date yang tidak memberikan apa2 makna... cuma mungkin dalam hidup kita.. sekali ni je la kita akan menghadapi tarikh 11.11.11... kan.. sememangnya setiap hari yg kita lalui tu pun hanya sekali jer dalam hidup kita ni.. mana ada dua kali.. just mungkin ada yang ingin merakam sesuatu yang bersejarah pada hari ni.. bagi aku takde hal.. asalkan tidak terlalu taksub.. tu jer..

Bagi aku.. hari ni hari Jumaat dan aku tak sabar-sabar nak tunggu weekend.. sebab nak berehat.. nak lipat kain.. mop lantai.. baring-baring, layan gelagat eryna.. sangat nikmatnya.. huhu... So, hari ni adalah hari yg menggembirakan... Hubby balik dari solat Jumaat tadi bawak voucher restoran Western di Bayan lepas... kalau dapat makan western malam ni pun ok jugak kan!

gambar ni diambik di bandar KB 2 minggu lepas.. :P

Kejab tadi baru dapat reminder email dari one of my friend.. dia suruh balik cepat2 coz kalau dok lama kat office pun kerja takkan abis.. which is very true.. Kesian my friend ni, baru2 ni kena sound dgn Boss.. which aku rasa tak patut sgt boss sound dia, sebab for me she is a very hardworking lecturer.. dia mengajar mmg sgt bagus.. tapi apa nak buat, kita ni lecturer cabuk jer.. 
I always reminding my self tentang who am I.. walaupun mungkin org tengok I as a somebody... but for me I'm nobody... I'm just seorang hamba allah... yang penting, aku dah tak sabar2 nak masuk rumah baru.. haha.. (releven tak?)

~mel
Happy Weekend Everyone!!

Khamis, 19 Mei 2011

Digital Camera..

Tengahari tadi aku ke admin office.. first nak hantar borang claim, dan second seperti biasa utk check pigeonhole aku.. tgk kot2 ada surat.. Bila aku jenguk dlm pigeon hole nampak satu envelope besar.. tau dah.. tentu dari IPS.. thesis PhD utk disemak.. so, aku terus turun bawah utk hantar borang claim dulu, sebelum ambil mende tu..

Bila dah siap, aku naik atas balik dan bukak pigeonhole.. bila angkat jer sampul surat besar tu, nampak satu kotak kecil warna putih... ehhh.. pelik pulak rasa.. rasanya hari ni tak expect poslaju dari mana2 online shopping.. hehe... esok ada kot.. :P. So dgn rasa terujanya, dan bila tgk pengirimnya macam pelik la pulak... dan tulis kat situ "Gift", aku pun rasa sgt tak sabar2 nak bukak... Haa.. kotak tu kat bawah ni...


Dig Cam

Dengan tak sabar2 aku pun try nak bukak... selotep dia sgt kuat.. adehh.. terduduk aku kat kerusi terdekat.. puas try... last2 berjaya gak bukak dgn menggunakan kunci (kalau bawak balik ofis kan senang, ada gunting/pisau boleh bukak.. :P)

Dig Cam

Bila bukak jer tgk2 ada digital camera gift dari "National Geographic".. hehe.. cute jer digital camera tu.. yg mahal nya ada lambang National geographic tu... Actually aku ni subscriber NatGeo tp bagi pihak hubby aku la... coz dia pembaca setia NatGeo.. dan dah dua tahun berturut2 hadiah besday utknya adalah subcription NatGeo.. tak taulah tahun depan aku nak adiahkan lagi ke idak... tp kalau nak senang sambung jer la subscription ni.. keh3...

~mel