Memaparkan catatan dengan label perempuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perempuan. Papar semua catatan

Khamis, 27 Julai 2017

PMS..

Hari ni ada bengkel untuk menyiapkan modul atas talian. Sebelum bengkel my friend ajak bfast bersama, so saya pun setujulah sebab belum bfast. Dlm perjalanan balik dari tempat makan berdua, my friend cakap dia perlu balik rumah sekejab sbb dia rasa tak selesa.. dia rasa dia ABC. So dia cakap jomlah ikut dia balik rumah sekejab. Then otw ke rumah dia, dia cakap.. hmm.. dah berumur ni tak de alert apa2 terus je ABC.. tak mcm waktu lebih muda dahulu.. tapi.. katanya.. patutlah minggu lepas mood dia tak bagus, malam tadi disebabkan benda kecil habis anak2 dia kena marah.. 😁😀😁 rupanya2nya hari ni dia ABC. Masa marahkan anak mmg tak rasa apa2.. memang terus rasa nak marah tanpa ada kompromi. 

Lantas saya cakap... ehhh.. ko pun mcm aku juga ya.. aku pun sama.. time2 gitu aku mmg langsung tak boleh kontrol.. dan aku sendiri tak pasti kenapa walaupun aku usaha nak kontrol tp emosi aku mmg tak akan stabil walaupun aku sedaya upaya senyap dan tidak bercakap. Kadang2 rasa geram pada diri sendiri tp it is uncontrollable dan saya cakap masa saya lebih muda, sy adalah seorg yg sgt sabar..  sy tiada PMS dan saya boleh bertahan mcm2 cubaan tanpa jadi emo. My friend pun ckp.. samalah kita..makin lama makin teruk PMS dia.. every time akan jadi punca pergaduhan antara dan suami dia.. Aduss.. aku pun sama.. kami pun terus bercerita ttg PMS dan sama2 tak tahu how to deal with it.. kdg2 ok.. kdg2 mampu deal tetapi ada ketikanya we just tak boleh nak kontrol.. sgt2 tak boleh.. tak tau mcm mana perasaan sedmikian..

Dan kesimpulannya... it is just a mystery kenapa perempuan jadi begitu bila ada tanda2 ABC. Tapi yang sgt penting.. ianya sgt mempengaruhi kehidupan. Kdg2 rasa kenapa aku jadi begini.. ingatkan saya sorang tapi terma PMS tu ada sebab ianya wujud.. Time dah ABC jiwa makin kacau.. hanya boleh berzikir.. Astarafirullah.... tenangkanlah hatiku.. tenangkanlah hatiku... dan bila ABC.. badan memang sakit..badan mmg lemah dan tak berdaya tp sebagai wanita kami cuba utk bangun dan mengurus dan melakukan apa saja... 

Allah... hidup ini penuh ujian... dan PMS merupakan salah satu ujian hebat.. 

~mel
I just don't know how to deal with it..

Jumaat, 18 Mac 2016

Bulan Berbisik

Buku ni aku capai ketika otw nk masuk pintu Mydin.. ada pameran buku. Seperti biasa sbg peminat buku, pantang aku nmpk buku.. selalunya beli untuk Aliff Zachary yg ada library buku sendiri dan sgt suka membaca. Entah kenapa bila baca sinopsis kat belakang terasa nk beli.. harga offer RM8. Sebelum nk ke Kota Kinabalu pagi tadi, aku capai buku ni letak dlm henbeg...Naik je flight aku start membaca walaupun niat asal naik je flight nak tidur..

Dari mula baca aku dah tertarik. Bukunya bukan buku cintan cintun anak muda tapi berkisar kpd masalah seorang perempuan, masalah seorang isteri yang tidak punya apa2 kecuali keluarga. Beliau tidak berkerja dan kehidupan sehariannya sgt 'dull'. Yg menarik hati adalah cerita ttg dirinya yg mndpt tahu suaminya mencintai studentnya sendiri (suami lecturer hehe).. dan bagaimana dia mengawal rasa marah, cemburu dan ingin mengamuk dari hari ke sehari semata2 kerana ketaatannya pada suaminya. Berlinang2 airmataku membacanya sebab membayangkan jika ianya terjadi pdku, aku tak mungkin jafi seperti itu.. Cuma yg paling terkesan dihatiku adalah apabila kita dlm kesusahan buku ini memberikan panduan kembalilah padaNya. 

Aku memandang diriku sendiri.. aku tak mampu sekuat itu. Tapi sedikit sbnyk buku itu cuba memperlihatkan padaku utk lebih bersabar dlm kehidupan... hmm.. entahlah kan.. utk aku menarik buku ini, bnyk pngajaran...

Selama 2.5 jam dlm flight & 1.5 jam kat bilik hotel.. selesai aku baca buku ini.. lepas baca if course.. mata bengkak sbb menangis... :P


~mel
Moga Allah berikan ku kesabaran dan ketabahan dlm mengharungi kehidupan...

Jumaat, 11 November 2011

111111.. oppss...

Rata-rata hari ni aku tengok semua dok gihtlight pasal date 11.11.11... ada yang dok cakap tentang event yg akan dilalui hari ni.. ada yang cakap tentang mengagung2kan tarikh ni... dan macam2.. For me.. today is a usual day with a slight special date yang tidak memberikan apa2 makna... cuma mungkin dalam hidup kita.. sekali ni je la kita akan menghadapi tarikh 11.11.11... kan.. sememangnya setiap hari yg kita lalui tu pun hanya sekali jer dalam hidup kita ni.. mana ada dua kali.. just mungkin ada yang ingin merakam sesuatu yang bersejarah pada hari ni.. bagi aku takde hal.. asalkan tidak terlalu taksub.. tu jer..

Bagi aku.. hari ni hari Jumaat dan aku tak sabar-sabar nak tunggu weekend.. sebab nak berehat.. nak lipat kain.. mop lantai.. baring-baring, layan gelagat eryna.. sangat nikmatnya.. huhu... So, hari ni adalah hari yg menggembirakan... Hubby balik dari solat Jumaat tadi bawak voucher restoran Western di Bayan lepas... kalau dapat makan western malam ni pun ok jugak kan!

gambar ni diambik di bandar KB 2 minggu lepas.. :P

Kejab tadi baru dapat reminder email dari one of my friend.. dia suruh balik cepat2 coz kalau dok lama kat office pun kerja takkan abis.. which is very true.. Kesian my friend ni, baru2 ni kena sound dgn Boss.. which aku rasa tak patut sgt boss sound dia, sebab for me she is a very hardworking lecturer.. dia mengajar mmg sgt bagus.. tapi apa nak buat, kita ni lecturer cabuk jer.. 
I always reminding my self tentang who am I.. walaupun mungkin org tengok I as a somebody... but for me I'm nobody... I'm just seorang hamba allah... yang penting, aku dah tak sabar2 nak masuk rumah baru.. haha.. (releven tak?)

~mel
Happy Weekend Everyone!!

Rabu, 9 Februari 2011

Perempuan..

This week aku mmg sgt3 busy..ditambah dengan kepenatan balik dari KL tempohari.. mmg everyday balik kerja mmg kepenatan melampau.. nak update blog apatah lagi..mmg tak sempat langsung walaupun teringin sgt nak update.. Anyway.. dlm pada aku sibuk2 tu.. aku terlibat dgn satu adegan yg membuatkan aku rasa nak muntah darah sikit.. huhu.. Adegan anak2 muda yg sedang bercinta.. dan akhirnyer....

Actually aku mmg tak pernah amik tahu pasal cinta org ni..tapi entah mcm mana boleh terjebak dan tiba2 di label sbg pengacau.. actually aku dan kakak aku yg dilabel cenggitu...so aku pun ada rasa terbengangla jugak.. dah la minah ni sgt muda lagi.. baru grad jer.. kerja baru 4-5 bulan.. dllg.. So ntah mcm mana ter 'bermsge' di fb dgn minah ni.. Aku awal2 nasihatkan dia.. please be matured. tak de sape yg nk tau psl kisah cinta dia pun..lgpun dia dh clash dgn pakwe dia. Entah mcm mana dia hntr message yg panjangnya boleh buat highway PLUS sampai ke Bangkok.. Tetiba dia citer kat aku mcm2 (yg aku tak ingin nak tau).. dan yg sebenarnya mendedahkan dia dan mentalitinya sendiri..

Antara yg diceritakan pd aku pasal keburukan2 pak we dia.. tapi sebab 'kasih'nya pada pakwe dia dia turutkan saja... walaupun dia merana. Lepas tu dia cakap.. dia tak macam kawan2 dia yg lain yg berkepit 24jam, tapi dia nak pak we dia ada masa utk keluar dgn dia, gi minum dgn dia mcm pakwe dia treat kawan2 dia yg lain. Dia juga seorg perempuan yg tak suka meminta2.. dia xde mintak kat pak we dia brg mahal2 dllg. Dia cuma nak pakwe dia beri perhatian pd dia. Dan dia sgt tak suka pakwe dia merokok. Tak suka pakwe dia lepak sampai pkl 3-4pg. Dan yg paling best.. dia nak pak we dia BOLEH jd IMAM. Dan dia siap cerita..pd satu ketika, ada event ape ntah.. budak2 lelaki termasuk pakwe dia ni bertolak2 xmo jd imam.. last2 one of her fren la yg jadi imam.. dia sgt3 terkilan dgn pakwe dia sbb tak jadi imam time tu..

Bila baca pasal imam tu.. terus aku mengucap.. bagi aku budak ppuan ni mmglah tak matang.. ishhh.. perempuan mana yg tak ingin pakwe/suami/adik/abang yg berupaya mengimamkan sembahyang. Sape yg tak nak?? Orang yg tak nak itu sbb hati dah karat la tu kan. Tapinya nak jadi imam tu bukannya mudah. Bukan boleh tetiba diminta jadi imam dlm keadaan tak besedia boleh jadi imam. Diri sendiri mesti dah cukup yakin, yakin pada diri.. yakin pada amalan sendiri. Kalau tak yakin dan bisa mengundang dosa dan menanggung dosa.. baiklah tak payah. Jangankan nak jadi imam utk event spt di atas.. nak jadi imam utk keluarga pun sukar dilakukan dan perlukan kekuatan dan keyakinan diri yg tinggi.. Budak perempuan ni nak terus2 gitu pakwe nyer berubah.. Pasal rokok pun sama.. ppuan mana suka lelaki merokok? tapi kalau nak suruh pakwe benti merokok kenalah slow2.. bukan siap tepek kat wall fb yg mengaibkan pakwe sendiri..

Last2 aku sound minah tu balik.. ko tu.. nak suh org jadi imam.. dah tengok diri sendiri tak. Aku tak pernah jumpa minah ni.. tp gmbr2 dia mmg aku bnyk kelebet. Aku cakap dia.. kalau nak minta org berubah.. ubahlah diri sendiri dulu.. kalau dah bergambar dgn pakwe tu rapat2.. seluar yg dipakai pun ketat.. tudung pun ala kadar tak tutup dada.. jgn expect too much from org lain. Perbetul diri sendiri dulu..tunjukkan contoh dan baru org segan. Even pakwe pun akan ada rasa segan bila makwe nyer sopan. Dan aku sound dia gak.. tak perlu paksa org berubah ikut kehendak kita sbb kalau terpaksa perubahan itu hanya sementara.. contoh klu dia benti merokok sebab kita paksa (konon2 sygkan kita) nnt bila ada sesuatu berlaku..rokok tu la yg akan jadi isu dan dia akan kembali kepada rokok tu.. So aku cakap.. apa2 yg dia nak pakwe dia lakukan tu perlu dibentuk perlahan2 dan paling penting dah jadi muhrim nanti bolehla kalau nak buat permintaan lebih2.. belum jadi muhrim lg ni.. jgn demand bnyk2.. nk deman pun biar perkara logik.. contohnya.. kalau pakwe nyer tak solat.. perlulah demand supaya solat.. kalau tak solat xmo kawan..buat yg wajib dulu.. barulah yg lain akan menyusul...

So, bagi akula.. perempuan2 yg terlalu demanding ni.. perlu muhasabah diri.. kalau kita nak yg baik.. kita perlu jadi baik.. kalau kita jahat/kurang baik.. Allah akan beri kita yg sekufu dgn kita.. Sebenarnya apa2 yg Allah berikan itu adalah yg terbaik buat kita.. kalau Allah tak redha.. maksudnya itu buka jodoh kita... bersykur saja dgn apa yg ada.. Paling penting.. utk jd imam bukan satu perkara yg mudah.. mulakan dgn keluarga sendiri.. insyaallah...suatu hari nanti kekuatan dan keyakinan itu akan muncul..


~mel
muhasabah diri...