Memaparkan catatan dengan label muhasabah diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muhasabah diri. Papar semua catatan

Isnin, 23 Jun 2014

Kisah anak OKU..

Dalam pada mengupdate kisah perjalanan kami di Spain.. sambil2 mengikuti kisah remaja OKU (Firdaus) yg diabaikan ibunya.. Aku tonton satu persatu video kisah terjumpanya Firdaus.. menitik airmata seorang ibu melihatkan kedhaifan dan keadaan beliau..  Hatiku mengutuk org yg meninggalkan dan mengabaikan Firdaus..

Tapi.. bila aku baca lagi.. baca lagi dan lagi.. macam2 komen org bagi.. ada yg mengutuk2 ibu Firdaus.. ada yg mengecam kezaliman beliau.. mcm2 lagilah.. Sambil membaca aku menilai.. arghh kata hatiku.. apa kata aku ditempat ibunya, melahirkan anak cacat.. ditinggalkan suami.. berkahwin lain.. dan apa pula dugaan dgn suami kedua?? Adakah firdaus diterima oleh suami kedua?? Terpaksa memilih anak atau suami?? Memikirkan perkara itu aku jadi kaku... ya allah..  terkedu aku memikirkannya.. bukan mudah menjalani hidup sebagai ibu tunggal.. dgn anak cacat.. perlu menyara hidup.. dan perlu 'menyara' hati..

Ramai yg menyelar.. kalau kesempitan hidup sekali pun xkan biarkan anak begitu.. takkan boleh pakai tudung liplap..hmm.. aku bukan menyokong ibu firdaus.. malah aku sgt marah padanya kerana mungkin xcukup kuat dlm mengharungi liku hidupnya sehingga membuatkan anaknya terseksa tapi kalau jadi kat kita, cukup kuatkah kita?? Mampu kah kita menghadapinya.. dengan anak yg sempurna, dgn suami yg sentiasa berada disisi pun kdg2 kita rasa down,, kdg2 fikiran celaru.. kdg2 geram kat suami anak pun kena marah.. apatah lagi tanpa sokongan suami, tanpa kasih syg keluarga, tanpa kehidupan yg sempurna.. kemungkinan anak jadi mangsa mmg amat tinggi.. Tanpa fikiran yg waras.. tanpa iman di dada.. mmg sukar mengawal amarah.. 

So.. bagi aku.. sebagai ibu, aku berdoa agar  Allah tidak uji aku seberat ibu Firdaus sebab aku sendiri tak pasti apakah aku cukup kuat utk menghadapinya.. Entah2 aku lagi teruk jika dlm keadaan sedemikian...

Dalam hati aku berdoa moga Allah pulihkan firdaus, berikan kesihatan yg baik, kurniakan padanya insan2 yg menyayangi dan mampu menjaganya dengan baik...

Aku doakan ibu firdaus diberi taufik dan hidayah.. dipanjangkan akal.. berjumpa insan yg boleh menyayangi beliau seadanya supaya beliau tahu dugaan itu datang bersama nikmat.. kalau bukan sekarang, insyaallah diakhirat nanti.. Jika beliau dihukum, kita juga perlu merasakan tempias hukuman itu sbb kita sbg masyarakat selalu menjadi penyebab kepada penyakit hati pd ibu2 sebegini.. 

Sebabnya???

Fikir2 kanlah.. 

Apa2 pun moga Allah teguhkan keimanan kita, supaya sentiasa waras dal am setiap tanduk kita... Marilah kita muhasabah diri... Amin..

~mel


Rabu, 9 Februari 2011

Perempuan..

This week aku mmg sgt3 busy..ditambah dengan kepenatan balik dari KL tempohari.. mmg everyday balik kerja mmg kepenatan melampau.. nak update blog apatah lagi..mmg tak sempat langsung walaupun teringin sgt nak update.. Anyway.. dlm pada aku sibuk2 tu.. aku terlibat dgn satu adegan yg membuatkan aku rasa nak muntah darah sikit.. huhu.. Adegan anak2 muda yg sedang bercinta.. dan akhirnyer....

Actually aku mmg tak pernah amik tahu pasal cinta org ni..tapi entah mcm mana boleh terjebak dan tiba2 di label sbg pengacau.. actually aku dan kakak aku yg dilabel cenggitu...so aku pun ada rasa terbengangla jugak.. dah la minah ni sgt muda lagi.. baru grad jer.. kerja baru 4-5 bulan.. dllg.. So ntah mcm mana ter 'bermsge' di fb dgn minah ni.. Aku awal2 nasihatkan dia.. please be matured. tak de sape yg nk tau psl kisah cinta dia pun..lgpun dia dh clash dgn pakwe dia. Entah mcm mana dia hntr message yg panjangnya boleh buat highway PLUS sampai ke Bangkok.. Tetiba dia citer kat aku mcm2 (yg aku tak ingin nak tau).. dan yg sebenarnya mendedahkan dia dan mentalitinya sendiri..

Antara yg diceritakan pd aku pasal keburukan2 pak we dia.. tapi sebab 'kasih'nya pada pakwe dia dia turutkan saja... walaupun dia merana. Lepas tu dia cakap.. dia tak macam kawan2 dia yg lain yg berkepit 24jam, tapi dia nak pak we dia ada masa utk keluar dgn dia, gi minum dgn dia mcm pakwe dia treat kawan2 dia yg lain. Dia juga seorg perempuan yg tak suka meminta2.. dia xde mintak kat pak we dia brg mahal2 dllg. Dia cuma nak pakwe dia beri perhatian pd dia. Dan dia sgt tak suka pakwe dia merokok. Tak suka pakwe dia lepak sampai pkl 3-4pg. Dan yg paling best.. dia nak pak we dia BOLEH jd IMAM. Dan dia siap cerita..pd satu ketika, ada event ape ntah.. budak2 lelaki termasuk pakwe dia ni bertolak2 xmo jd imam.. last2 one of her fren la yg jadi imam.. dia sgt3 terkilan dgn pakwe dia sbb tak jadi imam time tu..

Bila baca pasal imam tu.. terus aku mengucap.. bagi aku budak ppuan ni mmglah tak matang.. ishhh.. perempuan mana yg tak ingin pakwe/suami/adik/abang yg berupaya mengimamkan sembahyang. Sape yg tak nak?? Orang yg tak nak itu sbb hati dah karat la tu kan. Tapinya nak jadi imam tu bukannya mudah. Bukan boleh tetiba diminta jadi imam dlm keadaan tak besedia boleh jadi imam. Diri sendiri mesti dah cukup yakin, yakin pada diri.. yakin pada amalan sendiri. Kalau tak yakin dan bisa mengundang dosa dan menanggung dosa.. baiklah tak payah. Jangankan nak jadi imam utk event spt di atas.. nak jadi imam utk keluarga pun sukar dilakukan dan perlukan kekuatan dan keyakinan diri yg tinggi.. Budak perempuan ni nak terus2 gitu pakwe nyer berubah.. Pasal rokok pun sama.. ppuan mana suka lelaki merokok? tapi kalau nak suruh pakwe benti merokok kenalah slow2.. bukan siap tepek kat wall fb yg mengaibkan pakwe sendiri..

Last2 aku sound minah tu balik.. ko tu.. nak suh org jadi imam.. dah tengok diri sendiri tak. Aku tak pernah jumpa minah ni.. tp gmbr2 dia mmg aku bnyk kelebet. Aku cakap dia.. kalau nak minta org berubah.. ubahlah diri sendiri dulu.. kalau dah bergambar dgn pakwe tu rapat2.. seluar yg dipakai pun ketat.. tudung pun ala kadar tak tutup dada.. jgn expect too much from org lain. Perbetul diri sendiri dulu..tunjukkan contoh dan baru org segan. Even pakwe pun akan ada rasa segan bila makwe nyer sopan. Dan aku sound dia gak.. tak perlu paksa org berubah ikut kehendak kita sbb kalau terpaksa perubahan itu hanya sementara.. contoh klu dia benti merokok sebab kita paksa (konon2 sygkan kita) nnt bila ada sesuatu berlaku..rokok tu la yg akan jadi isu dan dia akan kembali kepada rokok tu.. So aku cakap.. apa2 yg dia nak pakwe dia lakukan tu perlu dibentuk perlahan2 dan paling penting dah jadi muhrim nanti bolehla kalau nak buat permintaan lebih2.. belum jadi muhrim lg ni.. jgn demand bnyk2.. nk deman pun biar perkara logik.. contohnya.. kalau pakwe nyer tak solat.. perlulah demand supaya solat.. kalau tak solat xmo kawan..buat yg wajib dulu.. barulah yg lain akan menyusul...

So, bagi akula.. perempuan2 yg terlalu demanding ni.. perlu muhasabah diri.. kalau kita nak yg baik.. kita perlu jadi baik.. kalau kita jahat/kurang baik.. Allah akan beri kita yg sekufu dgn kita.. Sebenarnya apa2 yg Allah berikan itu adalah yg terbaik buat kita.. kalau Allah tak redha.. maksudnya itu buka jodoh kita... bersykur saja dgn apa yg ada.. Paling penting.. utk jd imam bukan satu perkara yg mudah.. mulakan dgn keluarga sendiri.. insyaallah...suatu hari nanti kekuatan dan keyakinan itu akan muncul..


~mel
muhasabah diri...