Memaparkan catatan dengan label refleksi diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label refleksi diri. Papar semua catatan

Rabu, 20 November 2024

The Journey of Love

 Bebrapa bulan lepas aku unsubscribe Netflix atas sebab aku merasanya Netflix banyak membuat aku lebih lagha dan aku sendiri jua sebenarnya tiada masa untuk menonton movies disebabkan kesibukan aku. Aku sebenarnya hanya subscribe Netflix untuk mobile devices iaitu digunakan dalam iPhone dan iPad. Entah macam mana, aku terbaca status beberapa orang teman tentang satu movie Indonesia, aku macam tertarik sebab tajuknya macam ingin ku lihat... maka aku ambil keputusan untuk subscribe semula. Setelah aku menonton kisah tersebut (yang tidak sebagaimana aku jangka kan jalan ceritanya),  Netflix aku keluarkan pelbagai saranan movie Indonesia lain. Ada yang aku muat turun dan tonton, dan aku dapati banyak movie Indonesia yang sangat Islamic dan menarik perhatian aku... Subhanallah... jauhnya beza movie Indonesia dengan movie Malaysia...


Malam tadi, disebabkan aku masih MC dan duduk saja di rumah, maka aku pun mencari movie Indonesia untuk ditonton. Aku klik movie bertajuk 'The Journey of Love'.. mungkin nampak macam cerita ini tentang cerita cinta.. ya dan tidak, Selepas menonton movie ini banyak kesedaran tentang hati.. dan tentang cinta pada Allah yang sebenarnya menjadi tonggak dalam movie ini. Kisah tentang seorang Hafizah dan seorang ustazah dipaksa berkahwin sebagai isteri kedua.. dan akhirnya terkorban dalam patuh kepada bapanya dan pegangan kepada Allah. Bila aku tonton, aku rasa banyak pengajaran kita sebagai hamba Allah yang patut aku ambil teladan.. aku tersedar dari lamunan bahawa dugaan yang Allah beri kepada diriku ini sebenarnya adalah tanda kasihnya Allah kepada aku.. tanda kasihnya Allah kepadaku.

 Suatu yang aku sangat kagum dengan movie ini adalah betapa movie ini sangat menjaga akhlak Islam, Tiada adegan yang walau sedikit membuka aurat wanita, tiada adegan bukan mahram.. malahan.. banyak yang tersirat tentang syarat berhubungan dalam Islam. Sangat bagus untuk anak-anak kita melihatnya. 

Dan kisah ini juga membuatkan aku rasa sangat-sangat bersyukur dengan kurniaan Allah kepadaku. 15 thaun perkahwinanku dengan suamiku.. dari kejahilan hidupku, dari dosa-dosa silam... Allah berikan hidayahnya dan rahmatnya yang sangat luas. Dengan ujian dan dugaan kami tempuhi dan semakin dekatnya kami kepada Allah.. semakin bahagia kehidupan kami. Itulah yang telah Allah tunjukkan. Tanpa Allah hidup selalu berantakan, selalu bergaduh.. dan paling penting hidup makin bahagia bila ada ALlah dalam kehidupan. Banyak yang aku pelajari dari kehidupan ini.. perjalanan yang jauh dari Allah ke arah perjalanan kepada redhonya.. 

Allahu.. aku bersyukur bila aku tengok movie ini. Sebab ia membuka hatiku dan membantu meyakinkan aku bahawa setiap ujian dariNYA adalah untuk menyediakan aku ke arah kebaikan. 15 tahun hidup bersama suamiku.. aku bersyukur.. 15 tahun yang penuh pengajaran tentang siapa kita dan ke mana pengakhiran kita..


Sesungguhnya.. rencana Allah itu selalu indah.. selalu... dan Allah itu Maha Lembut (Al-Latif) sehinggakan kita kadang kala kita terlupa akan Allah. Terima Kasih Allah.. kerana tidak pernah melupakanku...😭

أَفَلَمْ يَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌۭ يَعْقِلُونَ بِهَآ أَوْ ءَاذَانٌۭ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى ٱلْأَبْصَـٰرُ وَلَـٰكِن تَعْمَى ٱلْقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ ٤٦

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

Al-Hajj : 46

Semoga Allah tidak menjadikan kita buta...buta hati terhadap nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada kita...

~mel

Isnin, 23 Jun 2014

Kisah anak OKU..

Dalam pada mengupdate kisah perjalanan kami di Spain.. sambil2 mengikuti kisah remaja OKU (Firdaus) yg diabaikan ibunya.. Aku tonton satu persatu video kisah terjumpanya Firdaus.. menitik airmata seorang ibu melihatkan kedhaifan dan keadaan beliau..  Hatiku mengutuk org yg meninggalkan dan mengabaikan Firdaus..

Tapi.. bila aku baca lagi.. baca lagi dan lagi.. macam2 komen org bagi.. ada yg mengutuk2 ibu Firdaus.. ada yg mengecam kezaliman beliau.. mcm2 lagilah.. Sambil membaca aku menilai.. arghh kata hatiku.. apa kata aku ditempat ibunya, melahirkan anak cacat.. ditinggalkan suami.. berkahwin lain.. dan apa pula dugaan dgn suami kedua?? Adakah firdaus diterima oleh suami kedua?? Terpaksa memilih anak atau suami?? Memikirkan perkara itu aku jadi kaku... ya allah..  terkedu aku memikirkannya.. bukan mudah menjalani hidup sebagai ibu tunggal.. dgn anak cacat.. perlu menyara hidup.. dan perlu 'menyara' hati..

Ramai yg menyelar.. kalau kesempitan hidup sekali pun xkan biarkan anak begitu.. takkan boleh pakai tudung liplap..hmm.. aku bukan menyokong ibu firdaus.. malah aku sgt marah padanya kerana mungkin xcukup kuat dlm mengharungi liku hidupnya sehingga membuatkan anaknya terseksa tapi kalau jadi kat kita, cukup kuatkah kita?? Mampu kah kita menghadapinya.. dengan anak yg sempurna, dgn suami yg sentiasa berada disisi pun kdg2 kita rasa down,, kdg2 fikiran celaru.. kdg2 geram kat suami anak pun kena marah.. apatah lagi tanpa sokongan suami, tanpa kasih syg keluarga, tanpa kehidupan yg sempurna.. kemungkinan anak jadi mangsa mmg amat tinggi.. Tanpa fikiran yg waras.. tanpa iman di dada.. mmg sukar mengawal amarah.. 

So.. bagi aku.. sebagai ibu, aku berdoa agar  Allah tidak uji aku seberat ibu Firdaus sebab aku sendiri tak pasti apakah aku cukup kuat utk menghadapinya.. Entah2 aku lagi teruk jika dlm keadaan sedemikian...

Dalam hati aku berdoa moga Allah pulihkan firdaus, berikan kesihatan yg baik, kurniakan padanya insan2 yg menyayangi dan mampu menjaganya dengan baik...

Aku doakan ibu firdaus diberi taufik dan hidayah.. dipanjangkan akal.. berjumpa insan yg boleh menyayangi beliau seadanya supaya beliau tahu dugaan itu datang bersama nikmat.. kalau bukan sekarang, insyaallah diakhirat nanti.. Jika beliau dihukum, kita juga perlu merasakan tempias hukuman itu sbb kita sbg masyarakat selalu menjadi penyebab kepada penyakit hati pd ibu2 sebegini.. 

Sebabnya???

Fikir2 kanlah.. 

Apa2 pun moga Allah teguhkan keimanan kita, supaya sentiasa waras dal am setiap tanduk kita... Marilah kita muhasabah diri... Amin..

~mel