Isnin, 23 Jun 2014

Kisah anak OKU..

Dalam pada mengupdate kisah perjalanan kami di Spain.. sambil2 mengikuti kisah remaja OKU (Firdaus) yg diabaikan ibunya.. Aku tonton satu persatu video kisah terjumpanya Firdaus.. menitik airmata seorang ibu melihatkan kedhaifan dan keadaan beliau..  Hatiku mengutuk org yg meninggalkan dan mengabaikan Firdaus..

Tapi.. bila aku baca lagi.. baca lagi dan lagi.. macam2 komen org bagi.. ada yg mengutuk2 ibu Firdaus.. ada yg mengecam kezaliman beliau.. mcm2 lagilah.. Sambil membaca aku menilai.. arghh kata hatiku.. apa kata aku ditempat ibunya, melahirkan anak cacat.. ditinggalkan suami.. berkahwin lain.. dan apa pula dugaan dgn suami kedua?? Adakah firdaus diterima oleh suami kedua?? Terpaksa memilih anak atau suami?? Memikirkan perkara itu aku jadi kaku... ya allah..  terkedu aku memikirkannya.. bukan mudah menjalani hidup sebagai ibu tunggal.. dgn anak cacat.. perlu menyara hidup.. dan perlu 'menyara' hati..

Ramai yg menyelar.. kalau kesempitan hidup sekali pun xkan biarkan anak begitu.. takkan boleh pakai tudung liplap..hmm.. aku bukan menyokong ibu firdaus.. malah aku sgt marah padanya kerana mungkin xcukup kuat dlm mengharungi liku hidupnya sehingga membuatkan anaknya terseksa tapi kalau jadi kat kita, cukup kuatkah kita?? Mampu kah kita menghadapinya.. dengan anak yg sempurna, dgn suami yg sentiasa berada disisi pun kdg2 kita rasa down,, kdg2 fikiran celaru.. kdg2 geram kat suami anak pun kena marah.. apatah lagi tanpa sokongan suami, tanpa kasih syg keluarga, tanpa kehidupan yg sempurna.. kemungkinan anak jadi mangsa mmg amat tinggi.. Tanpa fikiran yg waras.. tanpa iman di dada.. mmg sukar mengawal amarah.. 

So.. bagi aku.. sebagai ibu, aku berdoa agar  Allah tidak uji aku seberat ibu Firdaus sebab aku sendiri tak pasti apakah aku cukup kuat utk menghadapinya.. Entah2 aku lagi teruk jika dlm keadaan sedemikian...

Dalam hati aku berdoa moga Allah pulihkan firdaus, berikan kesihatan yg baik, kurniakan padanya insan2 yg menyayangi dan mampu menjaganya dengan baik...

Aku doakan ibu firdaus diberi taufik dan hidayah.. dipanjangkan akal.. berjumpa insan yg boleh menyayangi beliau seadanya supaya beliau tahu dugaan itu datang bersama nikmat.. kalau bukan sekarang, insyaallah diakhirat nanti.. Jika beliau dihukum, kita juga perlu merasakan tempias hukuman itu sbb kita sbg masyarakat selalu menjadi penyebab kepada penyakit hati pd ibu2 sebegini.. 

Sebabnya???

Fikir2 kanlah.. 

Apa2 pun moga Allah teguhkan keimanan kita, supaya sentiasa waras dal am setiap tanduk kita... Marilah kita muhasabah diri... Amin..

~mel


6 ulasan:

  1. Kita setuju dgn kak mel..ini bkn ujian tuk ibu dia je..ini ujian utk semua..ujian tuk jiran2..masyarakat setempat..ujian utk kita jugak..wlupun kita jauh..Allahuakbar..semoga Allah dan malaikat sntiasa melindungi adik firdaus...kita smpi ke ari ni..masih xtgk lg vid tu..kita rs kita xckup kuat nak tgk vid tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xyah tgk kalau tak tahan ain... tp tula.. masyarakat kita suka sgt menunding jari kat org.. kalau kita fikir2kan.. ibu tunggal jadi sengsara pun sbb masyarakat.. nak kawen kang org kata mcm2.. nak nya ada anak.. anak oku pulak tu.. tekanan sebegini lah yg kdg2 buatkan tekanan makin menjadi2 pd ibu tunggal...

      Padam
  2. Sedihkan ... Bila baca entry Mel, sayu hati, sebak dada, meleleh air mata ... Terbayang-bayang camner Firdaus menjalani hidup dia ... Memula kes nih, marah tu mmg lah kan ... Tapi byk pihak yg terlibat kan ... Haisshh, tak tau nk ckp ape ... Semoga aku dan keluarga aku diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan yang amat mencabar nie ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg kita marah atas apa yg terjadi.. tp selama ini apa org sekeliling buat.. sedangkan kalau kita nmpk ibu bapa dgn anak kurang upaya pun kita jeling2 pandang2 je, kdg2 ada yg senyum sinis pun ada.. betul tak?

      Padam
  3. Terbayang-bayang adik ipar kat kg ... Alhamdulillah, MIL dapat menjaga nyer dgn sempurna ... Semoga Firdaus kembali pulih dan dapat kehidupan yang menggembirakan dia ... Semoga ibu Firdaus dipermudahkan segala urusan ...

    BalasPadam
  4. Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ...

    BalasPadam