Jumaat, 6 Jun 2014

Jumaat..

Aku dah beberapa hari di Tg Malim.. specifically kat Instun di kuarters suamiku...  semalam schedule aku agak ketat.. Pagi2 ada student aku dtg untuk tunjuk progress tesis doktorate dia.. dia mengajar di KUIS, so aku ckp xyah la pi Penang, jumpa aku kat sini pun ok.. so dia pun dtg sini (baikkan supervisor macam aku ni :P)... Lepas jumpa student tu di Kafeteria Instun (yela nak ajak naik rumah kerusi pun xde.. huhu).. aku terus gerak ke rumah kawan aku, Fathiyah di Bkt Beruntung.. dah banyak kali dia ajak gi rumah dia, so aku pesan kat dia aku nak lunch kat rumah dia... hehe.. so dia masak laksa dan nasi berempah yg sedap.. Lepas borak2 dgn dia dalam 3 jam... aku terus ke Kapar rumah kakak aku untuk hantar baju raya dia dan anak dia.. 9 pasang gitu.. huhu.. jenuh aku angkut naik flight dari KB minggu lepas.. :P. Aku sampai rumah semalam dalam pukul 6.45ptg.. sempatlah encik suami bermain ping pong sementara tunggu isterinya ni balik...

Hari ni Jumaat aku lepak2 kat rumah aje.. pagi2 gi beli bfast then basuh baju.. jemur baju... mop lantai sikit... pastu baring2.. sambil baca majalah (sebenarnya konon nak baca dokumen MQA yang tebal2 tu.. tp kemalasan tahap gaban).. sambil2 tu jugak intai Whatsapp... aku sebenarnya jarang layan WA ni.. xde masa sebenarnya.. tp bila dah berbaring2 ni tgk2lah jugak.. lagipun banyak grup WA yg ada.. dari sekolah..uni..kerja.. sosial dllg..

Tgh tengok2 WA ni terbaca lah satu post sorang kawan dlm one of the WA group. tentang Al-Quran.. ada perdebatan tentang apps Al-Quran dalam smartfon.. sama ada boleh ke bawak telefon tu ke toilet sbb ada apps Al-Quran.. Utk memudahkan.. aku print screen WA tu.. hihi.. malas nak taip :P












Ok... basically... aku rasa kawan aku si Rafis ni cara pemikiran dia tentang apa itu Al-Quran berbeza dgn apa yg aku fikirkan.. bagi aku Al-Quran bukan satu 'naskah' tapi ianya adalah ilmu atau panduan.. tak semestinya ia perlu ada dalam bentuk buku.. tapi ianya boleh didapatkan dari pelbagai perkara... that's why bagi aku tak de salahnya kita ada apps Quran dalam smartfon kita...

Anyway.. nak minta suamiku ulas lebih lanjut di faizalr.com boleh? Rasanya dia boleh berbicara dengan lebih kritikal dalam perkara ini... Wallahualam..



~mel

1 ulasan:

  1. Okay ... Nanti nak baca ...
    Hmmm ... Rase-rase cam nak tanya BigBoss jugak lah ...

    BalasPadam