Post ni adalah sambungan dari post2 kat bawah ni...
- From KL-Amsterdam-Madrid
- Madrid 1st Day
- Madrid - 1st day (contd)
- Madrid to Granada (day 2)
- Cortijo del Alcazar
Alhamdulillah.. kami sampai di Alhambra sebelum pkl 8 pagi. Mula-mula terpinga2 juga bila sampai.. tengok orang dah beratur panjang.. alamak.. jenuh pulak nak menunggu.. tapi tgh2 beratur tu aku terasa nak gi bertanya kat kaunter.. so aku suh hubby jaga tempat dan aku pergi tanya kat ofis yang berdekatan sambil tunjuk tiket booking yang aku buat secara online... org kat kaunter tu cakap aku tak perlu beratur panjang, pergi ke satu lagi barisan belah kanan yang ada 2 org je beratur.. aku pun apa lagi cepat2 ajak hubby beratur kat situ.. hihi.. bila sampai kat kaunter mmg cepatla sebab prioriti untuk org yg buat booking awal.. tapi rupa-rupanya booking tu ada silap.. yg aku booking harganya Euro10.40 kena tambah lagi Euro5 sebab tiket masuk adalah Euro15.40. Aku masa booking tu pun agak keliru sebab ada diskaun gitu gini... klik je la.. tapi tak pe.. tambah je duit dapatlah tiketnya... :D . Masa kitorg dah dpt tiket dah beratur nak masuk Alhamra, tetiba ada satu family melayu dtg kat ak dan hubby dan tanya.. kalau tiket dah booking nak beratur kat mana? hihi.. dgn konfidennya aku tunjuk tempat beratur.. huhu.. ngadelah tu kejab kan :P
Alhambra ni adalah tempat yang umat Islam tak patut miss apabila ke Spain.. terletak di Granada ianya memang tempat yang paling unik untuk dijejaki.. Istana2 di Alhambra ni katanya berasal dari abad ke 9... bayangkan masih kukuh hingga kini... Post tentang Alhambra ni aku bahagikan kepada dua sebab banyak perkara yang boleh dihighlightkan.. Pertama tentang perkara am di Alhambra (di Generalife dan castle2 yang berdekatan), kedua adalah tentang Nasrid Palaces. Kalau korang ke Spain, aku cadangkan pergi ke Generalife dan castle2 lain dulu sebelum ke Nasrid Palaces. Sebabnya kalau korang dah ke Nasrid palaces korang akan rasa Generalife dan castle lain tu xde apa2 sangat.. tapi kalau gi generalife dan castle lain dulu... nasrid palaces tu akan jadi kemuncak lawatan korang ke Alhambra... u all akan terpegun... betull... tak tipu..
Masa aku beli tiket... aku pilih Nasrid Palaces utk lawatan pkl 1.30tghari.. sebabnya masa tu booking untuk waktu awal dah abis.. mujur jugak..memang sesuai waktu tu.. So mula-mula kami masuk ke arah garden (generalife).. memang cantik gardennya... so kami pun apa lagi.. bergambor je la tak puas2..
Aksi2 kami di Generalife Alhambra... masuk sini dah rasa stunning sgt.. bila pi kat castle2 memang rasa wahhh... cantiknya... kagumnya...
Even tombol pintu pun menarik...
Me & hubby .. selalu travel berdua jadi tak banyak gambar berdua.. kali ni ada tukang amik gambar.. huhu.. so banyaklah posing sama2.. :P. Dari atas castle ni view dia boleh nampak seluruh Granada.. pandai betul pahlawan islam zaman dulu2.. memang canggih pembikinan kota2 di sini.. kira macam bangunan pencakar langit zaman dulu2...
Sisters..
Di atas salah satu castle... view dia sgt breathtaking..
Anyway.. gambar memang banyak tapi nak letak semua kat sini tak terletaklah kan... the first part jalan dalam Alhambra memang buat kami letih.. dati satu taman ke castle then ke castle lain.. setiap tempat yang kami pergi tu ada keistimewaannya yang tersendiri... walaupun panas berdesing sampai aku bukak payungla.. (mmg bawak spare payung dlm henbeg)... tapi still nak explore jugak semuanya.. Namun begitu kekaguman kami di sini sikit sahaja berbanding dengan perjalanan di nasrid palaces... tunggu.... diepisod seterusnya.. :P
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan