Ahad, 22 Jun 2014

Madrid to Granada (Day 2)

Post ini adalah sambungan dari post2 kat bawah ni... kena baca yang sebelum2 ni dulu untuk memahamkan kisah perjalanan :P

  1. From KL-Amsterdam-Madrid
  2. Madrid 1st Day
  3. Madrid - 1st day (contd)

Sewaktu adik aku mengajak kami menyertai dia berbulan madu di Madrid... hahaha.. ada ke patut.. kami merancang untuk menjejaki peninggalan islam di Sepanyol.. Actually al kisahnya adik ipar aku menang cabutan bertuah company derang (adik & adik ipar kerja satu company) time dinner awal tahun 2014.. tp hadiah tu hanya untuk penerbangan, so derang kena book hotel dllg sendiri... so that's why derang ajak aku & hubby... sbb kami ni biasa travel berdua.. Bila kakak aku tahu yg kami nak ke Madrid dia pun nak ikut tapi hubby dia xde cuti, so dia ajak kakak aku lagi sorang sbg partner.. huhu.. tu yg jadi enam orang..

So dalam plan kami, dari madrid kami akan ke Granada untuk menziarahi La AlHamra, then ke Sevill, Cordoba dan ke Madrid semula... that's why kami sewa kereta...

Hari kedua di Madrid, kami keluar dr Santa Ana Apartmentos dlm 10 pg. Encik Hubby drive.. jalan dari apartment ke hiway agak mudah.. xdela sesat.. hubby cam dah konfiden memandu belah kiri.. hihi.. Hari tu kami plan untuk ke Granada.. Tujuan kami dari awal adalah utk menjejaki sejarah tamadun islam di Andalusia.. So nak pi melawat Al-Hamra di Granada, kemudian ke Seville & Cordova; last kembali ke Madrid utk final shopping..


Perjalanan ambil masa dlm 4 jam.. yg peliknya bila aku contact tuan punya apartment di Granada (Cortijo de Alcazar) yg akan kami duduk.. aku ckp kami akan smpi earlier than expected.. ada ke patut dia ckp dia xde kat apartment tu tp akan tinggalkan kunci dlm pasu tepi tingkap.. huhu.. mcm org zaman dulu2 pulak!





Sepanjang jalan di hiway dari Madrid ke Granada jalannya ok. tapi pemandangan hanya gurun kuning meluas yg kami nampak. Lebih kurang setiap 2km akan ada 'zona de servicios' (R&R la konon2nya) yg ada sekurang2nya satu restoran dan stesyen minyak. Kami benti kat satu rnr ni utk beli air dan makanan, cashier mmg xpandai ckp english.. so mcm ayam dgn itik la aku cakap dgn dia.. aku tnya makanan tu vegetarian ke idak.. dia ckp no animal.. hahaha.. so dptla beli makanan yg simple utk mngalas perut musafir2 ni..

dalam perjalanan nampak kincir-kincir angin yang menarik perhatian.. 
 
Ada kawasan gurun dan ada juga berpokok2 renek..

 Gurun.. ada juga tanaman gandum diusahakan di kiri kanan jalan..

Berhenti sebentar di R&R.. lapar gila masa ni..
 

Ada tempat2 yg menarik dlm perjalanan spt 3 terowong berturut2.. mula2 terowong kecil, pastu terowong pjg dan terowong kecil semua.. best juga...

terowong... ada tiga terowong berturut2..


Dlm 127km ke Granada sigboard dah start tulis dwi alphabet.. Ada huruf biasa dan tulisan jawi.. Dalam hati dah mula rasa best sangat..  Bangunan2 dah mula berbentuk kubah seperti masjid.. lambang keislaman tu dah mula jelas..


Bila kami sampai ke Granada.. aku mula mencari lokasi di mana tempat kat menginap iaitu Cortijo de Alcazar di area Granada tapi tak jumpa.. ehh.. mana pulak apartment ni.. seingat aku ni lah apartment yang macam banglo, paling murah iaitu Euro74 per night utk 6 orang satu malam.. Bila aku bukak email dari empunya apartment, dia cakap apartment ni di Alcaucin.. aku pun google la Alcaucin.. ehh.. sejam lebih dari Granada.. biar betul.. seingat aku masa aku book tu (dari booking.com) ianya xsmpi setengah jam dari Granada... tapi dari google maps ni mmg nampak betul sgt.. ehhh.. pelik2.. bila tanya hubby dia cakap betulla la tu kot.. Seingat aku mmg dekat betul dgn Granada... bila aku belek2 semula.. baru aku perasan... ehh.. agaknya time aku book tu aku tersilap... ada satu tempat berdekatan dgn Alcaucin tu namanya Alhama de Granada... mungkin aku tersilap tengok jadi Alhambra de Granada... dan sememangnya betul aku silap...

Perjalanan ke apartment tu.. yang sebenarnya lebih kepada cottage tu ambil masa 1 2/2jam dari Granada.. tgh2 jalan hubby cakap nak cari tempat lain tak.. jauh sgt ni dari Alhambra.. tapi aku teringat yg bila aku book macam credit card aku dah di swipe terus.. aku cakapla rugi la duit aku nanti.. so, kami teruskan je la perjalanan.. Yang tak aku sangka perjalanannya memang sungguh mencabar.. sampai dari satu bandar ke satu bandar tak jumpa2 jugak cottage Cortijo de Alcazar ni.. ehh...masing2 dah pening.. aku lagi la pening.. tp google maps aku menunjukkan kami belum sampai.. so ikut je la... dari ladang ke pergunungan... dari hiway ke jalan biasa.. jalan curam.. penuh gaung.. real betul kami lalui... mencabar gila... rasa cam naik roller coaster... hubby pulak mmg betul2 tercabar.. dah ler bawak belah kiri.. mujur la kereta auto yg power.. perghh... last2 kami lalu di Alhama de Granada.. betullah aku silap.. Alhama de Granada ni macam bandar perladangan gitu.. sangat cantik tapi sebab time lalu kat situ perut dah berkecamuk.. gambar pun xbnyk amik.. huhu... 


Alhama de Granada... ini baru separuh dari perjalanan kami ke Coltijo de Alcazar.. huhu.. Walaubagaimanapun Alhama de Granada ni adalah salah satu dari peninggalan bagi kota Andalucia (Andalusia) iaitu kota-kota Islam di Sepanyol. Dan Alhama de Granada ni memang tidak di 'spoil' dengan bandar2 besar.. ianya unik dan cantik...



 
Akhirnya perjalanan kami turun naik  pergunungan sampai lah di tempat penginapan kami di Coltijo de Alcazar...  Journeynya sgt mencabar... bak kata kami.. xde org melayu sampai ke sini kot.. hahaha.. letaknya di hutan simpan kebangsaan sepanyol... dan di puncak paling tinggi... mmg adventure  gila.. Anyway.. alhamdulillah kami sampai.. dan berjaya naik ke atas.. dan berjaya turun balik... huhu.. 


Pandangan dari Cortijo de Alcazar sesampainya kami di sana...kami datang dari pergunungan seberang sana.. percaya tak? huhu.. macam tak percaya tapi itulah yang kami lalui.. hihi..

 Inilah kedudukan Alcaucin :P


to be continued.... on Cortijo de Alcazar...

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan