Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Ahad, 22 Jun 2014

Coltijo del Alcazar..

Post ni adalah sambungan dari post2 kat bawah ni...

  1. From KL-Amsterdam-Madrid
  2. Madrid 1st Day
  3. Madrid - 1st day (contd)
  4. Madrid to Granada (day 2)
Perjalanan yang mengambil masa berjam-jam memang sangat memenatkan kami... dan sesampainya kami ke cottage rasa macam nak pengsan... sebabnya..
  1. sebab jauh sangat
  2. sebab perjalanan dicerun pergunungan yang menyeramkan
Dan kami dok fikir camne nak turun dari pergunungan ni keesokan harinya... huhu.. Plan kami hari esoknya adalah ke La Alhamra.. tempat peninggalan Islam yang telah dikuasai kristian sekarang ni... tiket dah book awal2 jadi kami perlu berada di Alhambra pada pukul 8 pagi.. dah duduk kat atas pergunungan ni memang sgt risau kalau2 tak berjaya sampai di Alhamra pukul 8 pagi... huhu... kakak2 aku cakap.. terus tido je la.. esok bangun time subuh terus gerak.. hubby yg keletihan memang tertido di atas kerusi sesampainya kami kat cottage tu.. aku plak menumpang sempit atas kerusi tu merengkuk tepi hubby jadi tak le selesa utk tido lama2.. makanan kami pulak terhad.. kelengkapan dalam cottage entah apa2.. elektrik kettle pun tak de.. mujur ada periuk RM7 kakak aku buat masak air dan rendam megi.. huhu.. 

Dalam pkl 7 lebih gitu aku dan hubby bangun... lapar.. makan megi dan crips yg kami ada.. then hubby ajak gi jalan2 keluar.. time summer ni mahgrib dalam pukul 9.45mlm... so ada banyak masa utk jalan2 dan waktu masih siang.. Bila kami keluar dari cottage nampak ler adik aku dan adik ipar aku tgh berdating di kerusi tepi gunung.. huhu.. best betul honeymoon atas gunung..  

Bila derang tgk kami berdua berjalan naik ke atas lagi pergunungan.. derang pun ikutla.. apa yg kami lihat kat pergunungan hutan simpan tu memang menakjubkan... disebabkan matahari dah nak jatuh.. kami nampak slow2 matahari tu hilang di tepi bukit... dengan nampak rumah2 di bawah gunung... pergh it was worth the journey... tak sangka kami dapat melihat permandangan seindah itu...


Pergunungan dan lembah yang curam... tapi sgt cantik..
 

Encik hubby seronok bergambar tepi gunung

Kasut yang dah berjalan merata dunia... 

Di tepi banglo kami.. huhu

Kereta orang banglo sebelah... kereta cam ni pun mampu naik gunung punyalah tinggi ni..

pengantin baru berjalan kat tepi gunung..

Cantik gila time ni...


Bunga-bunga liar macam lalang ni pun cantik... kawasan ni memang tidak tercemar dari apa2 pencemaran sekali pun... 

Me & hubby... best ambil angin kawasan pergunungan ni..

Bebas... my brother Fatah bergambar di atas pergunungan... it was breathtaking... really.. Allah mengurniakan kami pengalaman yang tak mampu dilupakan...  mula2 rasa tension sebab tersilap, tapi setelah menikmati keindahan alam ciptaan Allah ni.. rasa sungguh bertuah.. mungkin kami takkan sampai ke sini tanpa perancangan dari Allah... Subhanallah.. 

My hubby's proposal kali yang ke nampuloh di atas pergunungan Alcaucin.. lomatik sungguh.. huhu..

Bunga2 liar ni pun sangat cantik...rasa nak amik tanam kat rumah jer.. huhu

Cari angle utk amik gambar honeymoon... huhu

Seumur hidup sekali je la kot datang sini... precious experience... antara hidup dan mati rasanya.. :P

Apa2 pun syukur.... amik bunga sejambak..

Hubby amik angin di hutan simpan... :D

tak terkata tengok hari hampir senja..

Sessi photography... si isteri jadi tukang amik gambar suami... suami sibuk berposing jer...

Apa2 pun pengalaman pergi dan balik ke Cortijo de Alcazar memang priceless. Tak sangka jauh betul sesat kami. Lain kali check betul2 iteneri tu.. dah la bila aku forward booking xde sorang pun yg check tmpt tu.. hehe..

Keesokan harinya kami gerak dari Cortijo de Alcazar sebaik saja lepas subuh...lebih kurang pkl 5.30pagi.. memula mmg seram gila.. maklumlah turun bukit.. al kisah hubby pulak xjumpa cari kekdah menyalakan spotlight.. puas try tapi xboleh.. huhu.. so terpaksa guna tgn utk 'lekatkan' spotlight utk menyala.. teringat mula2 jalan tu aku siap sound hubby jgn laju sgt.. takuttttt!! walaupun dia bukannya laju pun. Bila lepas jalan kecik kat satu persimpangan hubby cakap... aduhh tak larat nak kena pegang stering sebelah tgn sambil kawal spotlight.. so dia godek2 button kat kereta... laa..rupanya lampu kereta tu tak boleh dlm keadaan auto utk nyalakan spotlight.. kena on manual.. lepas tu baru la berjaya on spotlight dgn mudah..

Bagi akula.. memula mmg takut bila turun tu tapi last jadi tak takut sgt sebab gelap dan tak nampak cerun2 kat belah kanan aku yg seram... so tak lah seseram time datang hari sebelumnya.. Dan paling respek kat en hubby yang berjaya bawak kami turun naik pergunungan dengan selamat.. di samping suara2 latar yang mengiring.. huhu.. kejab gitu kejab gini.. tapi berjaya gak.. memang boleh dapat International Professional Driving License lah ni... hehe...kalau ikutkan mula2 memang hubby tak plan nak drive teruk2.. ingatkan akan drive berdua.. last2 dia drive sorang.. last2 kena turun naik gunung.. aku rasa pengalaman tu lebih priceless pada en hubby.. hopefully bertambah2 konfiden dia..

Kami sampai di La Alhambra pada pukul 7.30 pagi lebih kurang... alhamdulillah... tepat timing dan tanpa sebarang kemudaratan dalam perjalanan...

To be continued.... Pengalaman di La Alhamra... 

~mel


Tiada ulasan:

Catat Ulasan