Selasa, 4 Oktober 2011

Selamat Pengantin Baru Shakina & Shaifuddin

Hari Jumaat lepas kami sekeluarga ke Kuantan untuk meraikan majlis perkahwinan anak saudaraku yang pertama.. Shakina Farhan bt. Norazman & suaminya Shaifuddin di Kompleks Dagangan Mahkota. Actually mula2 kami ingat malas nak drive sebab agak jauh... tp Fireflyz dari penang-kuantan hanya ada selang-selang hari.. dan hari jumaat xde la pulak.. begitu juga hari ahad.. do terpaksalah kami drive.. penatnya toksah cakap.. huhu.. hari jumaat tu pula hubby kerja half day.. so kami gerak dlm pkl 2.30 dan sampai ke kuantan 10.30 mlm... dekat2 nak sampai tu pulak eryna membuang.. huhu... terpaksalah benti & mandikan dia terus..bagi wangi.. haha.. Anyway.. kenduri tu berjalan dgn meriahnya.. Abgku sewa homestay utk kami berdekatan dgn rumah dia.. so agak selesa jugala... Shakina ni puteri sulung abg aku.. tapi bukan anak sedara yang pertama... anak sedara no. 1 lelaki.. Hafiz.. bila ntah nak kawen.. rakan2 cintanya dah banyak add aku kat facebook tp sorang pun tak lekat.. mungkin sebab mak sedara dia garang sgt kot.. haha..

Utk Pengantin baru Shakina & Shaifuddin: Selamat Pengantin Baru.. Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga.. Hidup berkeluarga ini bukan mudah.. banyak rintangannya dalam mengenali hati budi pasangan masing2.. Apa yg penting sabar dan tabah dan saling cuba memahami antara satu sama lain... perjalanan bersama harus ditempuhi dengan tolak ansur dan saling sayang menyayangi.. insyaallah.. semoga bersama hingga ke syurga...


Keluarga abangku.. Kiri sekali Shakira Nabila, abg man (abgku no. 2), pengantin Shakina Farhan, Umar aka Kucuk & kakak iparku kak zah..


Bergambar bersama keluarga... cari ler mana aku yer.. haha.. muka boss mmg nampak jelas.. :P


Actually seperti biasa aku mmg agak busy... weekend pun kurang.. this week harap dapat rehat sikit walaupun ada jemputan kawen kawanku di Alor Star... 15 hb iaitu minggu seterusnya aku akan ke Kuching utk kelas PPG yg pertama.. then.. every two weeks akan bergilir2 di KB, Kota Kinabalu & Penang. So.. selamat mengembara buat diriku.. huhu... kesian hubby kena tinggal jer.. :( ... anyway.. kalau dia tak busy sgt boleh la ikut kan!



~mel

1 ulasan: