Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Isnin, 24 Oktober 2011

UTP...

Hari Khamis dan Jumaat lepas aku berada di UTP utk mewakili MQA bg akreditasi beberapa program Bachelor di sana. Seawal 5pg aku dah gerak dari penang ke Ipoh. Supposed aku nak gerak mlm sebelumnya tp hujan sgt lebat.. so tak jadila.. lgpun nak drive malam aku tak berapa confident sekarang ni sbb mata kurang nampak... Aku sampai di hotel Heritage Ipoh dlm pkl 7 pg, check-in & bfast, then pkl 8 bersama kumpulan MQA naik bas yg disedikan ke UTP.. Ada 7 org semuanya wakil dr beberapa universiti di Malaysia..

library UTP yg canggih manggih!





Sampai UTP.. adalah beberapa program sebelum start audit.. Mula2 bila sampai tu agak pelik bila bas yg kami naiki disambut oleh guard dan diiringi sampai ke Main Building Registry. Bangunan UTP ni terbahagi kpd dua bahagian.. 1) main building yg canggih manggih 2)bangunan ex-USM.

Anyway... just enjoy this photo from UTP.. kalau nakbandingkan dgn IPTA mmg jauh lebih canggih... librarynya mmg first class... during audit kami ada interview ramai gak la student UTP.. haa... semuanya English bagus2 (kami interview in English).. mmg tak dela yg cakap English berterabur.. kira respek la.. kalau IPTA? hmm... yg kelas kena guna ENglish pun kena cakap melayu pasal ada yg tak faham.. bukan nak ngutuk..tp tang ni budak2 melayu IPTA kena really tengok betul2.. Aku teringat time aku jaga exam English last year bg program PPG... ada sorang cikgu ni jawab soalan dgn kata2.. "Saya tak pandai english, jadi sy tak jawab apa2".. Kalau ginilah guru2 yg mengajar anak2 kita.. apalah nak jadi dgn anak2 kita...

Apa2 pun.. hasil dari lawatan audit aku ke UTP ni aku rasa amat teruja dgn pembangunan sebuah universiti yang mana ramai anak2 melayu hasil tajaan petronas berada di sini.. makmal2 yg aku gi tengok pun sgt best.. kat USM ni mmg kalah laa.. huhu... tp aku xnak pi ngajar kat sana sebab ofis lecturer sgt tak best.. haha... macam dok dlm akuarium.. isi perut akuarium semua boleh nampak.. :P


~mel



1 ulasan: