Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Isnin, 24 Oktober 2016

Jayaron..

Kisah konvokesyen lagi...

Selain dari tiga pelajar iajazah kedoktoran di bawah penyeliaan saya sebagai Penyelia, ada 2 orang lagi pelajar ijazah kedoktoran yang bergraduat pada hari ini di mana saya adalah Penyelia Bersama. Salah seorang antaranya adalah Jayaron Jose, seorang graduan PhD berasal dari Karalla, India dan kini bertugas sebagai seorang pensyarah Bahasa Inggeris di Universiti of Oman. Sebenarnya dia lah yang paling beria meminta saya hadir ke konvokesyen sampaikan sanggup memberikan kad jemputan khas utk saya hadir. Disebabkan kesungguhan tersebut saya berjanji untuk hadir sesi pagi tadi walaupun saya akan bertugas pada hari esok.

Jayaron dalam proses menerima ijazah kedoktorannya.


Setelah selesai upacara konvokesyen saya berjumpa dgn Jayaron dan kawannya Raj, seorang pelajar PhD dari Sri Lanka. Jayaron beria2 mengucapkan terima kasih kepada saya dan saya cakap it's my job, Jayaron. Kejayaan awak adalah usaha awak sendiri.. kata saya..  "No no no, Dr. I'm here because of you.. if not because of you i don't think I am able to finish my finish my PhD. You are the turning point in my PhD, you helped me to get through my troubles. I almost gave up my study if not because of you. I really owe you that much!" kata Jayaron. Ok saya agak terharu ketika itu. Si Raj pula menyampuk, "It's true Dr. jayaron kept on telling me you are the one who help him, he always said that he owe you. I wish I also got you as my supervisor". Oh.. aku speechless... aku tak lah rasa bantuan aku sebesar mana... tapi ianya sgt besar rupanya pada Jayaron.

Alkisah.. Jayaron sebenarnya bukan student saya. Entah macam mana, pada satu hari Jayaron muncul di pintu ofis saya, meminta izain utk berjumpa. So asaya pun cakap ok. Masuk ofis dia menceritakan bahawa dia baru gagal dalam pembentangan proposalnya pada hari tersebut. Dia kena sangat teruk semasa proposal dan dia dikehendaki melakukan pembentangan semula. Salah seorang penilai memberitahu beliau agar pergi berjumpa saya dan minta beliau bertanya agar saya jadi penyelia bersama dan menukar peyelia bersama sedia ada sebab apa yang beliau ingin lakukan lebih kepada kepakaran saya. Masa tu Jayaron  betul2 merayu supaya saya menerima beliau sebagai student saya. Kerana simpati kepada beliau, saya cakap ok. Terus jam2 tu sy tengok apa dia nak buat, memang kelam kabut dan tidak fokus. Setelah itu saya cakap, ok dia kena ikut cakap saya dan revamp research dia. Alhamdulillah, 3 bulan selepas itu dia re-propose dan lulus dgn jayanya. Dan seterusnya saya banyak bantu dia (tapi jarang jumpa sbb dia di Oman).. kebanyakkannya melalui email. 

Dan dipendekkan cerita akhirnya beliau berjaya dalam viva dan akhirnya berkonvokesyen pada hari ini. Actually sy agak terharu bila bantuan yang saya rasa tidak seberapa dan semata2 atas dasar tanggungjawab saya sebagai seorang 'guru' diingat oleh 'anak murid saya'...

Syukur ke hadrat Allah.. semoga ilmu yg sy curahkan menjadi bekalan di akhirat nanti... Amin..

~mel
241016


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan