Pada 24-27 November 2016 adalah hari konvokesyen USM yang ke 54 di Dewan Tunku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia. Sebelum2 ini saya memng selalu hadir konvokesyen dan beberapa orang pelajar saya telah pun bergraduat. Tetapi kali ini agak special sebab 5 orang graduan ijazah kedoktoran (Doktor Falsafah dan Doktor Pendidikan) adalah di bawah penyeliaan saya (3 Penyelia Utama dan 2 Penyelia Bersama. Selain itu terdapat 4 orang pelajar Sarjana Pendidikan yang bergraduat yang juga di bawah penyeliaan saya dalam konvokesyen kali ini.
Tahniah kerana mendapat title 'Dr" dari USM, kepada:
- Nur Kaliza Khalid (Pensyarah KUIS)
- Gerard Boey Kong Hoong (Taylors College)
- Nurhanim Saadah Abdullah (Pensyarah UTHM)
- Jayaron Jose (Pensyarah di University of Oman)
- Siti Zuraidah Md Osman (Pensyarah Politeknik Sultanah Bahiyah)
Juga Tahniah kepada graduan2 Sarjana Pendidikan, USM di bawah penyeliaan saya:
- Fadliyana Fathil (juga mendapat A dalam thesis beliau - bangga saya!)
- Ruzaina Abd Jabbbar
- Wan Zarimi Wan Ismail
- Ayub Mat
Pada hari pertama konvokesyen, (24 November) Sidang Pertama saya pergi menghadiri atas jemputan Jayaron Jose yang beria2 meminta saya hadir. Cerita tentang Jayaron ada dalam
entry ini.
|
Saya hadir konvo ni sesi pagi ditemani oleh pembantu saya Molli |
|
Jayaron menerima ijazah kedoktoran beliau |
|
Siti Zuraidah menerima ijazah kedoktoran beliau |
Bersama-sama dengan pelajar-pelajar Ijazah Kedoktoran (Doktor Pendidikan) di bawah seliaanku.
|
Gerard Boey, Nurhanim Saadah, aku dan Nur Kaliza |
|
Yang ni tambah Thenmolli, pembantu dan bakal pelakar PhD saya |
|
Yang hujung sekali tu bonda Nurhanim Saadah |
|
Sefie dengan NurKaliza, perserverance beliau dalam proses mendapatkan segulung ijzah kedoktoran adalah sangat tinggi.. Alhamdulillah akhirnya berjaya |
|
Selfie dengan Gerard, a very good professional man.. teringat saya panggit dia dan Nurkaliza.. kedua2nya mengadap saya untuk pembetulan akhir.. kedua2nya ada problem dalam menulis Bab 5.. aakhirnya kedua2 bergraduat bersama-sama.. walaupun kaliza bermula lebih awal dari Gerard. |
|
Saya dan Nurhanim Saadah. Beliau adalah seorang pelajar yang sgt berdisiplin. Banyak cabaran di akhir pengajian memandangkan biasiswa beliau tamat dan bermacam dugaan yang perlu ditempuh. Dihujung2 tu masing2 berdebar juga bagi pihak beliau, tapi alhamdulillah akhirnya berjaya. Lepas ni beliau perlu berkorban utk suami beliau pula... jgn lupa tu Hanim.. Ismail masih lagi perlu selesaikan perjuangan. |
|
Ucapan terima Kasih dari Hanim. Alhamdulillah semoga lebih ramai lagi yang berjaya. Semua ini bukan untuk apa2.. hanya untuk bekalan saya di akhirat nanti.. Moga segala ilmu dimanafaatkan.. InsyaAllah. |
Hari kedua saya bertugas untuk perarakan akademik. Kebetulan bertugas bersama Izzal Asnira, rakan FB yg mula2 tidak dikenali last2 rupa2nya dia masuk USM sebagai pensyarah juga.
|
Suka sangat gambar ni... rasa macam perempuan melayu terakhir pulak :P |
|
Bersama2 lecturer lain dari pusat pengajian yang sama dengan saya |
Setelah habie bertugas (25 November) Sidang Ketiga, bertalu2 telefon berbunyi.. pelajar2 sibuk mencari untuk ambil gambar.. huhu.. Alhamdulillah.. semuanya ingat kat saya yang kerdil ini.. :D
|
Saya, Fadliyana & Izyani Raiha |
|
Saya dan Ruzaina. Ruzaina dulu memang selalu kena marah dgn saya. Sampai dia pernah cakap dia tak sukakan saya sebab asyik serba tak kena jer.. huhu.. selamba je dia sound saya.. tapi kan saya marah sebab nak bagi awak buat betul2 Ruzaina.. haa.. tengok siapa yang happy.. |
|
Wan Zarimi, Naiematon, Ayub, saya, Suhaimi dan Ruzaina
|
|
Akhirnya korang berjaya... ada rasa nak marah saya lagi tak sebab asyik kena bebel?? :P |
|
Saya dan Fadliyana. Alhamdulillah dia salah seorang dari 2 pelajar yang dapat A untuk tesis. Dia memang rajin dan berdisiplin. Kejab2 muncul minta bantuan. Selalu minta clarification. Ada potensi untuk sambung PhD
ALHAMDULILLAH... more to go...
~mel
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan