Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Ahad, 16 Oktober 2016

Lumut & Pangkor

10- 12 Oktober 2016
 Aku dijemput untuk menjalankan bengkel utk jabatan encik suami di Lumut, Perak. Oleh sebab kedua kami suami isteri involve dengan bengkel jadi Eryna pun ikut sama. Kami gerak dari rumah lebih kurang pukul 10 pagi dan sampai pukul 12tghari.

10 Oktober 2016 - Swiss Garden Beach Resort Lumut
  Disebabkan kami puasa hari tersebut jadi selepas sampai kami berehat2 aje.. tak pergi ke mana2. Nak explore pantai pun kurang larat. Just dok kat bilik dan Eryna makan apa yg ada aje. Mujurlah di Swiss Garden Beach Resort ni ada pokestop.. huhu.. so dok kat lobby sambil tunggu staf2 seperjuangan encik suami muncul (encik suami organiser) so dok kat lobby je ambil Pokeball.. Kami buka puasa di hotel petang tu.. mujur makanan sedap.. 3 kali tambah aku buka puasa..


Yang bestnya punyalah banyak pokemon kat sini.. kutip pokeball pun asyik habis sebab pokemon dok berkerumun kat kaki.. huhu.. dan banyak pula pokemon baru yg susah nak jumpa di Penang.. memng tak menang tangan bergelut menangkap pokemon :P




11 Oktober 2016 - Bengkel Using Elearn Effectively
Gambar cilok dari blog hubby. Yelah time bengkel mana nak ambil gambo sendiri. Dalam bengkel ini aku lebih highlight kan kepada peserta akan kegunaan platform elearning dan bagamana untuk mengoptimakan aktiviti-aktiviti yang tersedia dalam patform tersebut. Actually apa yang aku bengkelkan kebanyakkannya dari pengalama aku sendiri, so it was a very natural bengkel yang mudah dikendalikan. 

 
Alhamdulillah bengkel berjalan dengan jayanya.. semoga peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diberikan untuk peningkatan dalam pelaksanaan kursus masing-masing selepas ini.

 11 Oktober 2016 - Pulau Pangkor
 Selesai bengkel encik suami cakap boleh ke Pulau Pangkor.. dekat katanya, Aku pun ikut jer. Dari Swiss Garden Resort Hotel tu jaraknya lebih kurang 1 jam 25 menaiki kereta dan feri ke Pangkor. Berpandukan google maps kami ke Jeti Lumut (banyak juga pokestop :P) dan sesampai di jeti Lumut, feri akan berjalan dalam masa lima minit.. apalagi kelam kabut encik suami beli tiket dan kami pun terus naik feri dengan jayanya.

 Seronok Yina dapat naik feri...
 Dah sampai Pulau Pangkor.. excited juga...


Bila sampai aku dan Yina ke toilet.. bila keluar toilet tgk2 encik suami dah pegang kertas dan berrcakap dgn tokey motor.. aku tanya nak sewa motor ke? Dia cakap.. a ah.. sewa motor RM20 je pun sampai pukul 6 petang... Aku ikut je.. asalkan jgn suh aku bawak motor udahlah walaupun aku pandai juga bawak motor.. tak de lesen je dan dah berjuta tahun tak bawak motor..

 Dah ready nak menjelajah Pangkor naik motor.. hihi..
 Pakcik topi keledar senget



 Kat sini memang kenderaan utama adalah motosikal. So memang penuh dengan motosikal ajela dalam ni.. Sambil naik motor sambil aku tery juga ambil gambar. ENcik suami tak bawa laju so beranilah aku pegang henfon sambil dok belakang.. seram jega takut jatuh henfon tapi tawakkal jela.. huhu.. anyway mujur tak jatuh.. :P

Entah kenapa muka aku macam tu.. rasanya matahari panas terik. Eryna pun muka senget.. huhu.. latarbelakang adalah masjid Pulau Pangkor yang dalam pembinaan... cantik masjidnya dibuat dalam laut..  Then kami berhenti di Kota Belanda.. orang memang tak ramai dipangkor masa ni mungkin sebab hari berkerja.. so kalau nak ketenangan memang elok ke Pangkor waktu bukan cuti sekolah. Kota Belanda ni merupakan peninggalan sejarah belanda di Pangkor.. katanya sebagai pusat pengumpulan bijih timah suatu ketika dahulu.






 Awat yina tutup mata papa?










Penjelajahan ke Pulau Pangkor memang menari, encik suami bawa motor sekeliling pulau..  ada bahagian2 pulau yg memang lebih sesuai menaiki motor dari kereta. Agak adventure bila naik motor sebab bentuk muka bumi Pulau Pangkor yang berbukit2. Sampaikan ada tempat2 nya yang macam tak mampu dipanjat oleh motosikal yang kami naiki. Sampaikan encik suami guna gear 2 nak naik.. mujur tak sampai gear 1.. :P


Memang kira kami ronda sekeliling pulau. Sempat juga berhenti di satu pekan kecil untuk beli swimming suit eryna. Actually swimming suit eryna memang dah kecil sangat.. so mas anak bawa dari rumah aku macam dah rasa dia tak boleh nak pakai. Bila tiba di Swiss Garden tgk2 nak berrenang kena pakai swimming suit, tak boleh pakai ikut suka.. so alasan untuk beli swimming suit eryna mmg kuat.. Kami benti kat dua tiga kedai tapi tak de yg jual yang agak sopan.. semua seksi2 belaka.. eryna mmg particular.. tak mo yang seksi.. Mujur di kedia yang last kami berhenti jumpa satu suit gambar princess (warna pink) tapi cutting macam lelaki - harga okla RM45. Kami juga beli keropok lekor goreng tepi jalan sebab aku dan eryna dan lapar, beli lebih sikit juga kot2 encik suami yang berpuasa 10 Muharram terpaksa berbuka atas feri. Aku tak dapat nak berpuasa sama2 sebab aku kena bagi bengkel pagi tu.. biasanya tidak terlarat berpuasa sambil bagi bengkel :(
So selesai ronda satu pulau kami pun baliklah ke Pekan pangkor.. mula2 ingat nak cari sotong kering kat pekan pangkor tp bila tengok penjualnya semua 'chaya' terus tak jadi.. So aku just beli magnet 4 ketul dan gogle utk eryna berenang.. semuanya RM20 sahaja :P

Setelah pulang motor tengok2 feri dah ada di jeti pangkor.. cepat2 kami berkejar utk naik feri.. Oh ya.. tambang feri pergi-balik adalah RM10 seorang dewasa dan RM5 seorang untuk kanak-kanak.

Mula2 bila naik feri konon tak nak duduk dalam perut feri tapi nak duduk di atas bahagian terbuka. Tapi last2 masuk semula ke dalam sebab angin kuat dan sukar nak kawal eryna yang xnak duduk diam.



Akhirnya kami sampai di Jeti Lumut dalam pukul 6.30 gitu. Sempat meninjau kedai ikan kering, belilah sedikit sotong yang sedap2 tu.. bergula dan pedas, sate ikan, dllg. Dapatlah juga beli ikan kering sebagai buah tangan utk kawan2 sekerja.. sikit je pun.. asalkan ada.. Gitu gini encik suami berbuka dalam kereta ketika dah nak sampai hotel.. sampai2 dalam pukul 7.20 malam terus ke Coffee House, makan nasi utk berbuka terus.. alhamdulillah.

12 Oktober 2016
Pagi ni aktiviti bebas untuk aku dan Eryna sebab encik suami dan kawan2nya ada meeting bahagian.. Lepas bfast aku dan eryna pergi ke pantai untuk menikmati keindahan pantai di Swiss Garden. 
Yang ni kelakar.. sbenarnya dalam bekas di atas adalah bawang goreng.. jadi union.. huhu.. dua hari aku perasan.. mula2 ingat tersilap tapi kalau dah 2 hari berturut2 tulisan "union" memang penulisnya tidak berhasrat menulis onion la.. :P

Comel mommy bergaya di laut..

Eryna sempat bermain pasir.. lepas main pasir merengek nak berenang di kolam.. mommy layankan aje.. bila lagi nak layan si manja ni.. cuma agak risau sebab demam selsema yina belum begitu pulih.

Gambar mommy eryna yang ambil.. syok betul yina berenang


Suasana di kolam renang Swiss Garden. Pagi2 eryna berenang sorang2.

Setelah encik suami selesai meeting, kali naik bilik kemas2 barang. Siap2 then encik suami ajak ke pantai semula. Maklumla dia tak berkesempatan lagi ke pantai. Actually kami pernah datang swiss garden ini pada bulan Januari 2011, masa tu eryna belum pun berumur 1 tahun. Masa jalan2 tu barulah sedar waktu kami di situ, kami pernah makan bbq di teratak di tepi pantai. Tapi malangnya teratak itu sekarang dah musnah dan tidak digunakan. Di teratak itu ketika tgh makan siap ada nyanyi2 dan aku ada tujukan nyanyian Happy Birthday.. org tu main gitar dan nyanyikan lagu Happy Birthday untuk encik suami.. huhu.. (dah ditanya baru encik suami ingat kejadian romantik tu :P)



Selesai berjalan2 kami pun balik.  Aku terus balik ke Pulau Pinang sendirian dgn eryna, encik suami balik ek Tg Malim tumpang kawan beliau.

Overall best juga sekali2 berjalan sambil berkerja. Setakat bagi training bagi aku bukan masalah besar, insyaallah.. moga ada rezeki lain di masa akan datang.

~mel



2 ulasan:

  1. Tulis supaya boleh dibaca bila ingatan dah mula kurang suatu hari nanti... nanti boleh print buat buku :P

    BalasPadam