Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Rabu, 21 April 2010

Nyampah #fb

Hari ni mood aku ok.. walaupun setelah kepenatan dan sedikit kesengalan tangan kiri akibat injection di hospital pagi tadi.. Petang ni mmg la rasa penat dan ngantuk kat ofis tapi malas pulak nak tidur. Sambil2 membaca thesis student aku online sikit2 utk menghilangkan mengantukku..

Tetiba ada seorg "friend" yg aku tidak kenali menegur di Facebook. Actually aku mmg sebenarnya malas nak chat dgn org.. tak kirala kat mana.. facebook ke, gtalk ke, ym ke.. kalau xde apa2 yg penting aku tak layan. Tapi entah macam mana mood aku baik aku jawablah sapaan hamba Allah yang aku tak kenal ni. Namanya tak familiar, meaning that dia bukan kawan sekolah aku, bukan sedara mara aku, bukan kawan ada2aje, bukan kawan online aku, bukan kawan twitter... pendek kata mmg namanya tak familiar langsung. Tapi sebab pompuan aku pun tak kisahlah.. So gini conversationnya.

"Hello", dia menyapa
"Hai" aku menjawab
"Who are you" dia bertanya

Terkedu kejab aku... ehh.. dia menyapa aku, pastu dia tanya aku sape plak.. seingat aku aku dah lama tak add org kat FB.. yang aku add sekarang ni pun penjual2 tudung, penjual2 baju preganant, dan penjual brg2 yg aku minat (cthnya tupperware dsbgnya). Bila check email.. dia yg add aku suatu masa dahulu.. dulu2 tu aku baik hati.. approve jer sape2 yg rekuess friend.. skrg ni kurang dah aku buat kerja2 gitu..

Dlm seminit aku jawab... "i'm mel, u?" Minah tu terus jawab.. "Bye".

Eh.. pulak.. arrogant pulak aku rasa minah ni.. dia tanya aku aku dah jawab, dia wat gitu. Sombong betul. At least ckp ler sorry, i tak kenal u ke.. hape ke.. ni terus bye.. Oleh sebab aku bengang dgn minah tu.. aku terus jer pergi kat ruangan belah kiri bawah... haa... nah ko.. nak sangat,, menyombong tak tentu pasal.. baik aku remove jer dari friend aku.. huhu..

So.. aku pun remove je la minah tu.. aku tak de lah terhegeh3 nak kawan dgn dia.. My friends who know me, know who I really am and I think after this years of leaving schools and universities, my friends who know me well are still there, even kawan2 sekolah rendah pun masih berhubung rapat walaupun it was like loooonggg time ago. So I don't think I need arrogant person like that minah to be a friend. Baik remove je la kan. Ramai lagi kawan2 lain yg boleh dibuat kawan.. dan bersopan santun..

So.. skrg ni mmg dah malas nak add org2 yg tak kenal. Tapi ada jugak kawan2 yg kenal online yg baik2 dan pernah jumpa dan at last jadi kawan baik... tu lah kan..

apa2 pun jgn ler sombong sgt.. walaupun dengan org yg kita tak kenal.. sia2 jer buat dosa ptg2 ni sakitkan hati org... huhu


~mel
yeyyy kejab lagi dah nak balik...

3 ulasan: