Jumaat, 23 April 2010

TQ kak Izz..

Semalam aku dapat satu parcel dari KL.. pemberian dari Kak Izz.. Kak izz adalah salah seorg kawan online aku yg agak lama.. kami mula2 berkawan dari zaman multiply lagi.. memang berkenalan dari sana.. dulu di multiply lah tempat kami bercerita.. walaupun masa tu aku dah ada fb tapi masa tu fb masih belum popular lagi di malaysia.. Ramai juga kawan2 yg aku kenal thru multiply tapi yg masih lekat tinggal beberapa org saja lagi.. dan yg masih berhubung cuma Si Koosem a.k.a Rya yg aku jumpa buat pertama kali semasa aku gi Singapore tempohari. Memang baik orgnya.. Hinggakan dah nak balik di airport pun dia dtg bersama ibunya utk menghantar aku. walaupun masa tu first time jumpa tapi dah macam adik beradik.. macam dah kenal lama..

Berbalik kepada parcel dari kak izz.. Oleh kerana awal2 org pejabat desa dah call aku gtau parcel tu ada di pejabat desa, lepas kerja aku terus minta hubby singgah di pejabat desa utk ambil.. tak sabar2 dah. Bila buka parcel tu terbeliak mata aku... wahhh.. cantiknya.. Hubby pun cakap..wahh lawanya.. Kak Izz memberikanku sehelai jubah warna hitam bersulam emas yg sgt cantik.. Aku ni jenis sempoi jer mmg jarang ler pakai baju yg glamer2 ni.. huhu.. gi kerja pun kadang pakai seluar & blouse simple2 jer.. Hubby cakap.. baiknya kawan aku... Tapi mmg aku rasa lawa sangat.. Teruja gila.. huhu..

Anyway.. thanks kak izz for the gift.. buat susah2 jer but really appreciate it.. Hari ni nak gi kenduri kawen.. so boleh la melawa pakai jubah pemberian kak izz tu.. Amacam?



P/s sori kualiti gambar kurang memuaskan.. coz masa amik gambar smlm dah gelap.. :p

~mel
bestnyer rasa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan