Memaparkan catatan dengan label rezeki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rezeki. Papar semua catatan

Rabu, 24 Oktober 2018

Rezeki



Minggu lepas saya diminta untuk memberikan tech-talk di Simposium Teaching & Learning USM di samping seramai 13 pemceramah lain. Tech-talk adalah hanya ceramah ringkas, masa diberi 15 minit tp perlu input yang benar-benar power untuk menarik perhatian audience. Saya sebenarnya agak self-conscious sebab speakers lain mmg hebat2 dan terkenal. Walaupun ramai students saya yang hadir dan beri feedback yang saya ni hebatlah.. itulah.. inilah.. tapi jauh di sudut hati saya masih risau dan ada sedikit keluh kesah.. Walaupun boss saya dah siap menjadikan tech talk tersebut Youtube video, saya tak tengok sebab saya tak rasa konfiden.

Namun semalam, saya ada appoinment mata di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM kerana mata kanan saya bengkak, sedikit kelabu dan macam ada benda tak keluar2. Bila Dr. Bakiah, pakar mata panggil nama.. terus dia cakap.. Bestnya, hari ni orang famous datang jumpa saya.. terus dia bagitau dia dengar talk saya dan rasa best sangat. Dia siap minta tips mcm mana nak buat dsbgnya. 😅😅

Kemudian pagi ni pula dipanggil meeting majlis e-pembelajaran Malaysia (MEIPTA) di UMP, saya bgtau saya mungkin tak dapat pergi sebab telah dijemput ke UMS sehari selepas hari meeting. Pengerusi MEIPTA insisted on saya pergi juga meeting sebab dia cakap dia perlukan saya untuk buat sharing session utk semua wakil IPTA sebab dia tak puas dengar tech-talk saya hari tu.. sekejab sangat tetap sangat impactful. Dia nak saya bantu semua IPTA dalam e-learning.

Alhamdulillah.. dua feedback tu sudah cukup untuk saya rasa lega.. tenang rasa dihati. Syukur sebab dapat feedback yang bagus. Sebenarnya rezeki dari Allah bukan hanya wang ringgit tetapi rezeki ketenangan hati. Bila hati tenang, jiwa akan rasa selesa dan hidup akan jadi lebih bahagia. Syukur Allah beri rezeki ketenangan hati pada pagi ini.

By the way, mata kanan saya ok, walaupun ada sedikit masalah pada salur darah tp tak serious, doc cakap not too worry that much. Power cermin mata pun ok. So, 8 bulan lagi check semula.

My talk on 'Impactful Learning Experience #USMStyle"



~PMAAZ

Ahad, 6 Julai 2014

Ramadhan...

Sudah hampir 1/3 Ramadhan berlalu.. cepatnya kan.. rasa tak sempat berbuat apa2.. namun syukur kpd Allah kerana masih diberi peluang meraikan ramadhan kali ini dgn penuh limpahan rezeki dariNya... Setiap hari tak kurang rezeki terhidang di atas meja, dari pizza, lasagna, nasi, lauk pauk, kuih muih bagai... 



Dalam keadaan kita menikmati rezeki Allah.. ada juga insan yg tak bernasib baik.. tadi terbaca didada akhbar, seorg anak mati dipukul ayahnya semata2 kerana meminta kebenaran utk berkerja sementara kerana mereka sekeluarga hanya mkn bubur setiap hari... Ya Allah.. ada lagi keluarga yg tak mampu menikmati juadah sebagaimana diriku dan keluarga.. hinggakan mungkin ayahnya sangat stress atau rasa tercabar hingga ketahap membunuh.. Aduhh.. Sedangkan kita kdg2 makan berlebihan..lepas makan tersandar kekenyangan.. 

Sedihkan.. Rasanya masih ramai yg begini...

Lihatlah pula persiapan raya kita.. pakaian raya perlu sedondon.. itu belum lg pakaian tambahan.. anak2 baju pelbagai.. kasut lagi.. yg perempuan ditambah aksesori tudung dllg.. kalau boleh yg dlm pun nk tukar.. langsir nsk tukar.. kalau ikut hati cadar pun nak sedondon.. ya Allah kdgkala terasa angkuhnya kita di bumi Allah ni.. nikmat apalagi yg tidak kita perolehi.. tapi sejauh mana syukur kita pada Allah.. bonus 500 pun rasa tak cukup.. sedangkan 500 tu adalah nikmat terindah utk org2 seperi cerita diatas..

Lastly.. aku berdoa pada Allah semoga memurahkan rezeki kami, murahkan rezeki keluargaku dab keluarga suamiku, murahkan rezeki semua umat islam.. Semoga dgn adanya rezeki yg cukup menjauhkan kami dari perlakuan yg keji dan menjadikan kami org yg tidak terdesak... 

Allah.. Allah.. Allah.. Jadikanlah hati2 kami sentiasa merasa cukup atas rezekimu dan bersihkan dan lembutkan hati kami untuk sentiasa bersedeqah kpd umat Islam yg memerlukan.,

Semoga Allah melindungi diriku & keluargaku sepenuhnya.. Amin..


~mem

Sabtu, 11 Ogos 2012

Bonus Raya.. fikir-fikirkanlah...

Bonus raya telah diterima oleh semua kakitangan kerajaan pada 9 Ogos.. Ada juga yang belum dapat macam suami saya yang insyaallah akan dapat lepas raya sebab proses lambat sikit.. Ramai yang ternanti-nanti akan masuknya bonus raya ni.. Macam aku hari tu.. walaupun dah tau Maybank biasanya lambat masuk (gaji aku guna Maybank.. biasanya kalau sesiapa yang CIMB dapat pagi2, aku dapat petang).. tapi pagi2 dah godek maybank2u sampai namblas kali untuk check bonus dah masuk ke idak... huhu.. Dah petang barulah masuk.. alhamdulillah separuh gaji masuk..

Penantian bonus ni walaupun setengah bulan gaji atau RM500 minimum....  ertinya tak sama antara seorang dengan orang yang lain. Ertinya tak sama di antara suami dengan isteri; antara yang single dengan yang berkahwin; antara ramai tanggungan dengan sedikit tanggungan; antara suami bertanggungjawab dengan suami tak bertanggungjawab; antara isteri yang suaminya bertanggungjawab dengan isteri yang suaminya tak bertanggungjawab; antara isteri yang suaminya kaya dengan isteri yang suaminya banyak hutang; antara mereka yang tinggal di kota dengan yang tinggal di luar bandar; antara bapa beristeri dengan bapa ramai isteri; antara ibu bersuami dengan ibu tunggal; and the list goes on... Oleh itu, apa yang remeh untuk orang lain mungkin sangat bermakna untuk yang lain.. 

Jadi.. don't take things for granted. For me.. hanya mengucapkan syukur kerana raya ni dan tahun ni rezeki sangat bertambah-tambah.. Aku percaya ini semua rezeki anak.. Allah itu Maha Mengetahui.. 



~mel
malam tadi projek tart nenas dah berjaya.. tgh fikir nak buat kuih apa lagi ni.. :)