Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Isnin, 27 Mac 2017

#IKIMFM Pesona Az-Zahra



Sewaktu tengah drive ke tempat kerja, mendengar siaran #PesonaAz-Zahra di #IKIMFM oleh Ustaz Abdullah Al-Amin yang saya rasa sangat menarik. Ustaz membicarakan terdapat 7 situasi bagaimana nafkah seseorang dengan keluarganya:

  • ·         Suami yang tanggung nafkah, isteri berkhidmat kepada suami. Isteri bagi hak dalam rumah (bersihkan rumah dan jaga suami dalam bentuk psikologi) – pemberian suami kepada isteri dianggap sebagai sedeqah, Allah akan ganti dengan yang lebih baik dan dengan takdir2 yg lebih baik untuk suami tersebut. Memberi kepada keluarga 
  • ·         Suami dan isteri sama2 mampu – maka sama2 saling meredhai. Berlapang dada antara satu sama lain. Situasi ini tiada masalah tetapi perlu saling meredhai. Suami beri hak kpd isteri.
  • ·         Suami dan isteri sama2 tak mampu – Sama2 saling lengkap melengkapi, suami perlu minta redha kpd isteri ttg benda2 yg dia tak mampu dan isteri perlu redha terhadap kekurangan suami. Ini yg mewujudkan harta sepencarian. Harta2 yg terbit bersama dalam perkahwinan digelar harta sepencarian.
  • ·         Isteri lagi mampu dari suami – Suami kena minta 2 perkara, minta redha utk melepaskan hak2nya dan suami perlu lafaz hutang.
  • ·         Suami dulu tak mampu, sekarang dah ada kemampuan – Kena tunaikan balik nafkah tersebut. Jgn suami buat tak tahu bila dah ada kemampuan.
  • ·         Suami dulu mampu, sekarang dah tak mampu – Isteri kena didik nafsu untuk tidak meminta2. Berdikit2lah.
  • ·         Suami isteri tidak mampu dan tak boleh nak usaha, ada orang nak bantu – contoh tiada kemampuan untuk menanggung keluarga , mak ayah bantu. Mak ayah tolong jagakan anak kita. Walau pun begini, ikhlas tidak menafikan hak. Bukan kita terus membebankan mak dan keluarga kita, usahakan utk tidak membebankan mak ayah. Jgn bebankan orang lain dan jatuh kepada zon selesa… alaa.. tak pe mak ada…Ini yang selalu berlaku. Jgn ambil kesempatan.


PERLU DIINGAT!!


  • Apabila seorang perempuan berkahwin ketaataannya perlu 100% kpd suami. Manakala bagi seorang suami, apabila telah berkahwin dia bukan hanya berkahwin dengan isteri tetapi dia berkahwin dengan keluarga dan tanggungjawab isteri, jadi beliau perlu mengambia tahu hal ehwal mak ayah mentua beliau sama macam mak ayah kandungnya sendiri.

  • Ada lima jenis mak ayah kepada seseorang, yang perlu dilayan sama rata dan ditunaikan tanggungjawab sama rata:
  1. mak ayah kandung
  2. mak ayah tiri
  3. mak ayah susuan 
  4. mak ayah mentua 
  5. mak ayah angkat
 Beza mak ayah mentua dengan mak ayah kandung, cuma mak ayah mentua tidak layak mewarisi harta sahaja. Yang lain sama antara mak ayah kandung dan mak ayah mentua.
Kata Ustaz Abdullah: Lagi satu yang sangat menarik perhatian saya adalah tentang ada orang bertanya.. Mana yang perlu didahulukan ibu bapa sendiri atau ibu bapa mentua?? Soalan ini tidak perlu disoal kerana KEDUA-DUAnya perlu diutamakan dianggap sama rata. Perlu minta ampun kpd Allah kepada sesuatu yg kita tidak mampu.

  • ISTERI TAAT KEPADA SUAMI dan SUAMI perlu taat kepada MAK AYAH MENTUA dan menjalankan tanggungjawab kepada mak ayah mentua.
  • Kalau nak berjaya dalam hidup, mintalah doa dari mak ayah kita. kalau mak ayah dah tiada mintalah doa dari mak ayah mentua kerana doa mak ayah mentua adalah sama dengan doa mak ayah kandung.
  • Kata Ustaz = Isteri pandai tidak akan melawan,dia mudah faham.. isteri yang melawan adalah isteri yang tiada tarbiah.
  • Allah beri rezeki kpd kita kepada tanggungjawab yang kita tunaikan. Seorang ibu yang menanggung anak sendirian tanpa akan diberi rezeki melimpah ruah. tetapi si ibu perlu tuntut mebikut kaedha perundangan, tak perlu biarkan. Walaubagaimanapun si ibu perlu redha terhadap nafkah yang diberikan kepada anak-anak. 

Rabu, 24 Oktober 2012

Kalau lah...

Aku ada baca satu blog ni beberapa hari yang lepas.. salah satu kisah yg dipaparkan adalah kisah di Pulau Pinang suami tak perlu minta izin isteri untuk berpoligami.. cuma perlu dapat kebenaran mahkamah syariah jer.. ramailah wanita yang melenting.. ramai juga yang ok.. Untuk aku.. aku tak fikirpun hal tu sebenarnya.. tapi yang muncul kat kepala aku ni benda lain.. actually kadang-kadang aku selalu terfikir benda ni...

Dalam post2 aku sebelum ni aku ada ceritakan pasal my student dan kakak sebelah ofis aku yang menghadapi masalah rumah tangga.. my setudent dah bercerai, dimadu dan kakak sebelah tgh dok fikir2.. which is so sad for me.. Bagi aku, sekarang ni tak de lah fikir apa2 negatif.. cuma yg aku selalu fikirkan macam manalah hidup aku kalau suami aku tiada.. ok.. tiada tu bukan maksudnya dia pi kawen lain ke.. atau buat apa2.. tapi kita kan tak tau qada' dan qadar Allah.. tapi kita harus percaya kepada Qada' dan Qadar..

Katalah kita ni perempuan... tak semena2 suami kita meninggalkan kita.. pergi dijemput Ilahi ke.. atau apa2 lah.. (which aku doa2kan semoga ahli keluargaku semua dipanjangkan umur utk hidup bersama).. tapi katakanlah ianya terjadi.. mampu tak kita sebagai wanita menghadapi detik2 itu.. Mungkin perkara yang pertama kita perlu tanggung adalah kesedihan.. kesunyian.. tapi ada yang lebih penting dari itu... mampukah kita berdikari.. hidup sendirian, perlu menanggung anak2.. memikul tanggungjawab di dunia ini.. membesarkan anak2.. memberi makan pakai.. menguruskan segala2nya.. bersediakah kita wahai wanita??
Mungkin kita akan sangka... ahhh.. tak mungkin terjadi pada diri kita.. tapi qada qadar Allah siapa tahu.. Kalau suami kita kawen lain.. still kita boleh juga nak minta tolong dia sana sini kalau dia still ada rasa tanggungjawab pada keluarga.. tapi kalau suami kita sudah tiada.... macam mana kita nak survive..

Bagi diri aku, bila terfikir macam tu... aku rasa dari segi pengurusan keluarga dan nak tanggung keluarga tu.. insyaallah aku mampu.. aku rasa aku boleh tanggung itu semua.. aku wanita berkerja.. so financially mungkin bukan masalah bagi aku... cuma tang emosional mungkin akan takes time.. which is aku tak tau lah macam mana aku nak survive kan..  Tapi insyaallah..

Tapi terfikir juga.. utk wanita yang tidak berkerja.. surirumah.. anda macam mana? Apakah preparation anda untuk menghadapi kehidupan sendirian? Kalau suami anda tak de... how are you going to survive... emotionally, financially etc.... Jgn fikir negatif terhadap suami.. just fikir kalau sesuatu terjadi pada suami kita.. bagaimana dgn kehidupan kita nanti.. fikirkan macam mana nak besarkan anak2.. naknya kalau hidup kita bergantung sepenuhnya pada suami... nak pi pasar/supermarket pun tunggu suami.. nak buat apa2 pun tunggu suami... kalau suami xde mcm mana?Contoh kalau isteri tak pandai memandu... katakanlah kalau suami sakit.. demam.. tak larat.. mcm mana nak bawa suami ke klinik? teksi? oh.. kejamnya isteri yg terpaksa bawak suami yg sakit naik teksi...

Kalau isteri yg berkerja di rumah aka surirumah... aku berpendapat perkembangan diri tu sgt penting.. mmg mudah untuk mengharapkan suami.. tp kalaulah sesuatu terjadi pada suami kita... macam mana? Siapa pula nak dijadikan tempat kita bergantung... so at least si isteri kena tau memandu.. dan duduk saja2 di rumah tu buatlah aktiviti yg boleh menjana kewangan keluarga.. dan yg penting kalau suami bg duit.. simpan sikit2 di tempat yg kita tak mungkin ambil dan guna.. dlm keadaan aku yg berkerja ni pun aku mmg ada 'duit selit'.. bukan ape.. bila sesak2 mmg bolehlah duit selit tu membantu...

So.. just perkongsian utk para isteri... kalau kita berkerja.. simpan juga sikit2 utk masa2 terdesak.. aku ada tengok seorg RA aku dulu lah.. pakaian dia mmg cantik2.. suka melawa.. suka bershopping.. tp duit simpanan.. kosong.. bila tak de duit mula2 update status 'sesak' kat fb... jadi jgnlah abis bulan abis duit kita licin.. tinggal beberapa sen aje... simpan lah di bawah tikar ke.. bawah tilam ke.. dlm 50inggit sebulan.. jgn usik duit tu.. dan utk suri rumah pun perlu mcm tu.. duit yg suami bagi perlu disimpan sebaik mungkin.. mungkin di tempat yg suami kita pun tak tau... manalah tau apa2 terjadi.. sedikit sebanyak kita masih boleh bernafas...

Yang penting.. jgn ingat apa yang terjadi pada org lain takkan terjadi kepada kita... dan kalau ianya terjadi pada kita.. insyaallah.. kita telah bersedia...


~mel


Sabtu, 11 Ogos 2012

Bonus Raya.. fikir-fikirkanlah...

Bonus raya telah diterima oleh semua kakitangan kerajaan pada 9 Ogos.. Ada juga yang belum dapat macam suami saya yang insyaallah akan dapat lepas raya sebab proses lambat sikit.. Ramai yang ternanti-nanti akan masuknya bonus raya ni.. Macam aku hari tu.. walaupun dah tau Maybank biasanya lambat masuk (gaji aku guna Maybank.. biasanya kalau sesiapa yang CIMB dapat pagi2, aku dapat petang).. tapi pagi2 dah godek maybank2u sampai namblas kali untuk check bonus dah masuk ke idak... huhu.. Dah petang barulah masuk.. alhamdulillah separuh gaji masuk..

Penantian bonus ni walaupun setengah bulan gaji atau RM500 minimum....  ertinya tak sama antara seorang dengan orang yang lain. Ertinya tak sama di antara suami dengan isteri; antara yang single dengan yang berkahwin; antara ramai tanggungan dengan sedikit tanggungan; antara suami bertanggungjawab dengan suami tak bertanggungjawab; antara isteri yang suaminya bertanggungjawab dengan isteri yang suaminya tak bertanggungjawab; antara isteri yang suaminya kaya dengan isteri yang suaminya banyak hutang; antara mereka yang tinggal di kota dengan yang tinggal di luar bandar; antara bapa beristeri dengan bapa ramai isteri; antara ibu bersuami dengan ibu tunggal; and the list goes on... Oleh itu, apa yang remeh untuk orang lain mungkin sangat bermakna untuk yang lain.. 

Jadi.. don't take things for granted. For me.. hanya mengucapkan syukur kerana raya ni dan tahun ni rezeki sangat bertambah-tambah.. Aku percaya ini semua rezeki anak.. Allah itu Maha Mengetahui.. 



~mel
malam tadi projek tart nenas dah berjaya.. tgh fikir nak buat kuih apa lagi ni.. :)

Khamis, 14 Jun 2012

Aurat dengan Siapa?

Sambil2 marking projek student kat ofis ni dalam keadaan mengantuk yg amat aku pun browse2 google reader.. terjumpa carta aurat ni yang sagt menarik dan sangat jelas.. Hmm... fikir2 memanglah aku ni masih belum capai tahap menepati kriteria di bawah.. yang HIJAU sahaja boleh melihat aurat kita ya puan2 dan adik2 dan kakak2 sekelian... lain-lain tak boleh..  Aku rasa untuk menutup aurat keluar rumah bukan satu masalah bagi aku.. tapi nak menutup aurat di dalam rumah memang susah.. bukan bagi aku saja.. tapi mungkin terjadi pada ramai wanita..terutama bila ke rumah kaum keluarga rapat aku.. Contoh di rumah mentua... di rumah adik beradik aku.. memang jadi susah... Naknya bila dalam hati ni (syaitan la tu).. dok cakap.. err.. kang aku bertudung 24jam macam nak tunjuk alim sangat.. sedangkan aku ni jauhlah dari alimnya.. Actually ini memang terjadi pada aku.. selalu hati dok berkata begitu tapi padahal itulah kewajipan yang aku patut buat.. sebab di rumah2 tersebut ada ipar duai aku (lelaki).. yang semuanya adalah lelaki ajnabi bagiku..

So lepas ni aku kena cuba sedaya upaya utk melakukannya.. kena tanamkan semangat.. jangan bersangka buruk pada orang (hati ni kan selalu cakap.. kang orang cakap gitu.. kang orang cakap gini).. so tak yah fikir benda2 tu.. yang penting kena fikir.. aku mesti tutup aurat supaya suamiku tidak menanggung dosaku... Aku mesti cuba jugak.. Insyaallah... Amin...



~mel
Incik suami minta tolong sound sekiranya saya lalai ya... :) Saya akan cuba tak merajuk... haha...