Memaparkan catatan dengan label suami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suami. Papar semua catatan

Isnin, 2 Jun 2025

Gosok Baju

 Setiap minggu bila aku balik Penang, salah satu kerja wajib yg aku buat aku cuba selesaikan menggosok baju encik suami untuk seminggu. Cuma mungkinlah ada sekali dua aku tak dapat tunaikan akibat keletihan, tak sihat atau kami kr mana-mana yg menyebabkan aku tak cukup masa untuk iron untuk seminggu kerja. Tapi at least aku akan iron jugala sehelai dua baju dan seluar kerja untuk encik suami sebab biasanya flight aku pagi Isnin adalah pkl 5.50 pagi. So mmg pagi² Isnin takkan sempat iron baju. 

Tadi sempat encik suami cakap.. mommy jangan lupa gosok baju papa.. seminggu. Aku cakap.. ehh.. minggu ni kerja 3 hari jer, hari ni Isnin cuti dan Jumaat dah ambil cuti raya haji.. Encik suami dengan penuh perasaan berkata.. mommy tau tak papa berdikit² pakai baju yg mommy gosok, last week time pi bengkel papa balik pakai t-shirt jer sayang nak guna baju yg dah gosok… huhu..

So petang ni walaupun panas membuak² aku dah gosok banu encik suami beyond this week. Yelah walaupun aku boss kat ofis tapi di rumah suamiku syurgaku tetap boss. So aku cubalah sedaya upaya berkhidmat sebaiknya… Semoga dapat ganjaran pahala berpanjangan hingga ke akhirat.

P/s Dapat upah pun lagi best kan? 🤣🤣

~mel

Isnin, 24 Disember 2018

Lapor Diri #KKM Putrajaya

Alhamdulillah.. hari ini 24 Disember 2108, encik suami melaporkan diri sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Kesihatan Malaysia. InsyaAllah akan ditempatkan di Hospital Balik Pulau bermula 26 Disember 2018. Syukur... hampir 5 tahun kami menantikan saat ini...

#erynazulaikha temankan papa lapor diri di #KKM Putrajaya pagi ni.

Ahad, 4 Januari 2015

Tadika Ihkaam...

Sedang mengemas almari tetiba terjumpa report kad incik suami semasa tadika.. Marilah kita blogkan untuk rujukan semasa tua nanti... 😍😍

Nama tadika: Tadika Ihkaam
Tempatnya di Taman Ibukota. Kata incik suami mungkin dah tak wujud dah tadika ni.. 

Ini keputusan tadikanya adalah biasa2 sahaja.. hahaha.. banyak B. 

Sejak dari tadika pun cikgu dah ckp pendiam.. sampai sekarang pun masih pendiam kecuali bila membebel dgn si isteri... heeeee!!

Itu saja laporan tadika... sy sendiri tak pernah ke tadika kerana arwah mak ayah tidak percaya akan keperluan tadika utk anak2.. 

~mel

Rabu, 19 Mac 2014

Beza...


Gambar di atas hanyalah gambar hiasan.. hihi.. aku masih di Sydney.. esok mlm akan pulang ke tanahair.. Mula nk live blogging bnyk2 tp tiap hari bila blk bilik dah penatt.. huhu..

Ok hari ni pun penat sebab one whole day mendengar pelbagai jenis talk.. anyway just nk cerita beza seorg isteri yg tidak bermadu dgn isteri yg bermadu.. my kawan yg bersama2 gi sydney ni adalah seorg kakak berusia 52 tahun.. dia ni pensyarah dr other center in usm.. Dia adalah isteri kedua seorg pensyarah di usm jugak.. Hubungan dia dgn first wife looks ok.. ada gmbr bersama2 dgn first wife dlm fb dllg.. lagipun dah lama dia kawen.. anak sulung pun dah umo 25++.. 

Aku ni kan suka observe org, sydney is my first time travel dgn dia.. pernah kerja dgn dia tapi xrapat.. dia ni baik lah org nya.. masa first day dtg.. of course aku sbg seorg isteri akan gtau my hubby  apa2 perkembangan.. dah smpi la.. itu la .. ini laa.. Perkara wajib klu pi mana2.. tapi bezanya dia.. first dia bkn inform hubby dia tp dia inform mak dia ttg ketibaan si sydney.. hubby dia mmg dia xinform.. aku tau sbb dia citer dia dah gtau mak dia.. anak dia.. tp dia ckp malas call hubby dia sbb nnt hubby dia mcm xkenal dia yg guna no aussie... erk! Dlm hati aku ckp, sms la dulu gtau tu adalah dia, then baru call.. kan..

Dan dlm 4 hari ni mcm dia xcontact hubby dia.. just td baru dia ckp ada sms dgn hubby dia.. aku rasa kesian pulak.. di usm nmpk diorg mcm psgan yg ok.. so aku assumekan mmg kehidupan org bermadu mcm tulah kan.. bila terpaksa berkongsi suami dgn org lain.. mmg terpaksa xboleh contact suami all the time la kot..  apa2 dia just contact anak2 dia jer.. 

Dan setahu aku hubby dia dah kawen lagi sorang.. no 3 tapi xtau la dia tau ke idak.. aku tak tergamak nak tanya.. huhu

Anyway.. itulah org bermadu.. kesian.. 

Aku sbg manusia biasa.. mungkin xmampu kot klu terjadi pd diri aku.. mmg mati aku dibuatnya.. 


~mel
nauzubillah..

Rabu, 24 Oktober 2012

Kalau lah...

Aku ada baca satu blog ni beberapa hari yang lepas.. salah satu kisah yg dipaparkan adalah kisah di Pulau Pinang suami tak perlu minta izin isteri untuk berpoligami.. cuma perlu dapat kebenaran mahkamah syariah jer.. ramailah wanita yang melenting.. ramai juga yang ok.. Untuk aku.. aku tak fikirpun hal tu sebenarnya.. tapi yang muncul kat kepala aku ni benda lain.. actually kadang-kadang aku selalu terfikir benda ni...

Dalam post2 aku sebelum ni aku ada ceritakan pasal my student dan kakak sebelah ofis aku yang menghadapi masalah rumah tangga.. my setudent dah bercerai, dimadu dan kakak sebelah tgh dok fikir2.. which is so sad for me.. Bagi aku, sekarang ni tak de lah fikir apa2 negatif.. cuma yg aku selalu fikirkan macam manalah hidup aku kalau suami aku tiada.. ok.. tiada tu bukan maksudnya dia pi kawen lain ke.. atau buat apa2.. tapi kita kan tak tau qada' dan qadar Allah.. tapi kita harus percaya kepada Qada' dan Qadar..

Katalah kita ni perempuan... tak semena2 suami kita meninggalkan kita.. pergi dijemput Ilahi ke.. atau apa2 lah.. (which aku doa2kan semoga ahli keluargaku semua dipanjangkan umur utk hidup bersama).. tapi katakanlah ianya terjadi.. mampu tak kita sebagai wanita menghadapi detik2 itu.. Mungkin perkara yang pertama kita perlu tanggung adalah kesedihan.. kesunyian.. tapi ada yang lebih penting dari itu... mampukah kita berdikari.. hidup sendirian, perlu menanggung anak2.. memikul tanggungjawab di dunia ini.. membesarkan anak2.. memberi makan pakai.. menguruskan segala2nya.. bersediakah kita wahai wanita??
Mungkin kita akan sangka... ahhh.. tak mungkin terjadi pada diri kita.. tapi qada qadar Allah siapa tahu.. Kalau suami kita kawen lain.. still kita boleh juga nak minta tolong dia sana sini kalau dia still ada rasa tanggungjawab pada keluarga.. tapi kalau suami kita sudah tiada.... macam mana kita nak survive..

Bagi diri aku, bila terfikir macam tu... aku rasa dari segi pengurusan keluarga dan nak tanggung keluarga tu.. insyaallah aku mampu.. aku rasa aku boleh tanggung itu semua.. aku wanita berkerja.. so financially mungkin bukan masalah bagi aku... cuma tang emosional mungkin akan takes time.. which is aku tak tau lah macam mana aku nak survive kan..  Tapi insyaallah..

Tapi terfikir juga.. utk wanita yang tidak berkerja.. surirumah.. anda macam mana? Apakah preparation anda untuk menghadapi kehidupan sendirian? Kalau suami anda tak de... how are you going to survive... emotionally, financially etc.... Jgn fikir negatif terhadap suami.. just fikir kalau sesuatu terjadi pada suami kita.. bagaimana dgn kehidupan kita nanti.. fikirkan macam mana nak besarkan anak2.. naknya kalau hidup kita bergantung sepenuhnya pada suami... nak pi pasar/supermarket pun tunggu suami.. nak buat apa2 pun tunggu suami... kalau suami xde mcm mana?Contoh kalau isteri tak pandai memandu... katakanlah kalau suami sakit.. demam.. tak larat.. mcm mana nak bawa suami ke klinik? teksi? oh.. kejamnya isteri yg terpaksa bawak suami yg sakit naik teksi...

Kalau isteri yg berkerja di rumah aka surirumah... aku berpendapat perkembangan diri tu sgt penting.. mmg mudah untuk mengharapkan suami.. tp kalaulah sesuatu terjadi pada suami kita... macam mana? Siapa pula nak dijadikan tempat kita bergantung... so at least si isteri kena tau memandu.. dan duduk saja2 di rumah tu buatlah aktiviti yg boleh menjana kewangan keluarga.. dan yg penting kalau suami bg duit.. simpan sikit2 di tempat yg kita tak mungkin ambil dan guna.. dlm keadaan aku yg berkerja ni pun aku mmg ada 'duit selit'.. bukan ape.. bila sesak2 mmg bolehlah duit selit tu membantu...

So.. just perkongsian utk para isteri... kalau kita berkerja.. simpan juga sikit2 utk masa2 terdesak.. aku ada tengok seorg RA aku dulu lah.. pakaian dia mmg cantik2.. suka melawa.. suka bershopping.. tp duit simpanan.. kosong.. bila tak de duit mula2 update status 'sesak' kat fb... jadi jgnlah abis bulan abis duit kita licin.. tinggal beberapa sen aje... simpan lah di bawah tikar ke.. bawah tilam ke.. dlm 50inggit sebulan.. jgn usik duit tu.. dan utk suri rumah pun perlu mcm tu.. duit yg suami bagi perlu disimpan sebaik mungkin.. mungkin di tempat yg suami kita pun tak tau... manalah tau apa2 terjadi.. sedikit sebanyak kita masih boleh bernafas...

Yang penting.. jgn ingat apa yang terjadi pada org lain takkan terjadi kepada kita... dan kalau ianya terjadi pada kita.. insyaallah.. kita telah bersedia...


~mel


Rabu, 2 Februari 2011

Petua Menawan Hati Suami..

Hah... gah betul tajuk kat atas tu.. huhu.. sebenarnya kena betulkan sikit.. Petua Menawan Hati Suami Yang SUKA Makan Sambal Belacan!! Hihi..

Ok.. hubby ku memang suka makan mende2 pedas.. masakan pedas ke. sambal belacan ke.. atau apa2 jenis sambal la.. so.. utk aku yg pemalas (sikit) memasak ni, aku selalu akan buat sambal apabila time makan supaya kalau lauk pauk lain sempoi jer.. sambal2 ni boleh 'pulih' kan selera hubbyku. Lagipun salah satu azam tahun 2011 adalah untuk mem 'boroi'kan hubbyku... huhu.. Ampunnn!!

So, hari ni aku nak share salah satu sambal yg aku buat utk hubbyku.. sambal ni resepi nyer aku dapat dari sorang peniaga gerai suatu ketika dulu sbb aku rasa sambal dia sedap.. Dan dia sgt baik sebab share resepi ni dgn aku.. tak sangka berguna diwaktu skrg.. :P

Sambal ni simple jer.. Bahan2nya cuma cili api secukupnya, belacan juga secukupnya & sebijik bawang merah (bwg kecil). Bahan2 ni semua tumis sehingga naik bau.. kemudian masuk dalam lesung, ditambah garam & gula secukupnya. Kemudian tumbuk hingga lumat.. Bila dah lumat, perahlah limau nipis.. dan ianya sedia untuk dihidang... Seperti gambar di bawah..


Rasanya.. aku rasa cam sedap jer.. huhu.. harap2 hubbyku suka la.. last week aku wat sambal belacan nenas.. pernah wat sambal mangga.. sambal bacang.. etc. Cuma sambal budu letak ikan bakar jer belum aku propose kan utk hubby ku.. huhu..

Oklah.. sape2 nak cuba silakan.. untung2 leh menambat hati suami.. kalau tak.. tambat perut sendiri jer la.. :P

Episod semasa makan:
"Mami.. ni sambal ape ni?" tanya hubbyku
"Sambal jawa" jawab aku..
"Oh.. patutlah pedas sgt.. rasa keras.. jawa rupanya.. patutla papa tak suka" kata hubbyku

Haha.. dlm hatiku cakap.. hehe.. dia tak baca blog post aku lagi ni.. keh3.. tak berjaya la pulak petua menambat hati suamiku melalui sambal belacan jenis ni.. hahaha.. dah ler sambil makan dia dok cakap berat dia makin naik.. (risau la tu nnt tak hensem :P) hihi.. kena cuba resepi lain la pulak..


~mel
hahahaha..