Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Rabu, 2 Februari 2011

Petua Menawan Hati Suami..

Hah... gah betul tajuk kat atas tu.. huhu.. sebenarnya kena betulkan sikit.. Petua Menawan Hati Suami Yang SUKA Makan Sambal Belacan!! Hihi..

Ok.. hubby ku memang suka makan mende2 pedas.. masakan pedas ke. sambal belacan ke.. atau apa2 jenis sambal la.. so.. utk aku yg pemalas (sikit) memasak ni, aku selalu akan buat sambal apabila time makan supaya kalau lauk pauk lain sempoi jer.. sambal2 ni boleh 'pulih' kan selera hubbyku. Lagipun salah satu azam tahun 2011 adalah untuk mem 'boroi'kan hubbyku... huhu.. Ampunnn!!

So, hari ni aku nak share salah satu sambal yg aku buat utk hubbyku.. sambal ni resepi nyer aku dapat dari sorang peniaga gerai suatu ketika dulu sbb aku rasa sambal dia sedap.. Dan dia sgt baik sebab share resepi ni dgn aku.. tak sangka berguna diwaktu skrg.. :P

Sambal ni simple jer.. Bahan2nya cuma cili api secukupnya, belacan juga secukupnya & sebijik bawang merah (bwg kecil). Bahan2 ni semua tumis sehingga naik bau.. kemudian masuk dalam lesung, ditambah garam & gula secukupnya. Kemudian tumbuk hingga lumat.. Bila dah lumat, perahlah limau nipis.. dan ianya sedia untuk dihidang... Seperti gambar di bawah..


Rasanya.. aku rasa cam sedap jer.. huhu.. harap2 hubbyku suka la.. last week aku wat sambal belacan nenas.. pernah wat sambal mangga.. sambal bacang.. etc. Cuma sambal budu letak ikan bakar jer belum aku propose kan utk hubby ku.. huhu..

Oklah.. sape2 nak cuba silakan.. untung2 leh menambat hati suami.. kalau tak.. tambat perut sendiri jer la.. :P

Episod semasa makan:
"Mami.. ni sambal ape ni?" tanya hubbyku
"Sambal jawa" jawab aku..
"Oh.. patutlah pedas sgt.. rasa keras.. jawa rupanya.. patutla papa tak suka" kata hubbyku

Haha.. dlm hatiku cakap.. hehe.. dia tak baca blog post aku lagi ni.. keh3.. tak berjaya la pulak petua menambat hati suamiku melalui sambal belacan jenis ni.. hahaha.. dah ler sambil makan dia dok cakap berat dia makin naik.. (risau la tu nnt tak hensem :P) hihi.. kena cuba resepi lain la pulak..


~mel
hahahaha..

2 ulasan: