Isnin, 27 Mac 2017

#IKIMFM Pesona Az-Zahra



Sewaktu tengah drive ke tempat kerja, mendengar siaran #PesonaAz-Zahra di #IKIMFM oleh Ustaz Abdullah Al-Amin yang saya rasa sangat menarik. Ustaz membicarakan terdapat 7 situasi bagaimana nafkah seseorang dengan keluarganya:

  • ·         Suami yang tanggung nafkah, isteri berkhidmat kepada suami. Isteri bagi hak dalam rumah (bersihkan rumah dan jaga suami dalam bentuk psikologi) – pemberian suami kepada isteri dianggap sebagai sedeqah, Allah akan ganti dengan yang lebih baik dan dengan takdir2 yg lebih baik untuk suami tersebut. Memberi kepada keluarga 
  • ·         Suami dan isteri sama2 mampu – maka sama2 saling meredhai. Berlapang dada antara satu sama lain. Situasi ini tiada masalah tetapi perlu saling meredhai. Suami beri hak kpd isteri.
  • ·         Suami dan isteri sama2 tak mampu – Sama2 saling lengkap melengkapi, suami perlu minta redha kpd isteri ttg benda2 yg dia tak mampu dan isteri perlu redha terhadap kekurangan suami. Ini yg mewujudkan harta sepencarian. Harta2 yg terbit bersama dalam perkahwinan digelar harta sepencarian.
  • ·         Isteri lagi mampu dari suami – Suami kena minta 2 perkara, minta redha utk melepaskan hak2nya dan suami perlu lafaz hutang.
  • ·         Suami dulu tak mampu, sekarang dah ada kemampuan – Kena tunaikan balik nafkah tersebut. Jgn suami buat tak tahu bila dah ada kemampuan.
  • ·         Suami dulu mampu, sekarang dah tak mampu – Isteri kena didik nafsu untuk tidak meminta2. Berdikit2lah.
  • ·         Suami isteri tidak mampu dan tak boleh nak usaha, ada orang nak bantu – contoh tiada kemampuan untuk menanggung keluarga , mak ayah bantu. Mak ayah tolong jagakan anak kita. Walau pun begini, ikhlas tidak menafikan hak. Bukan kita terus membebankan mak dan keluarga kita, usahakan utk tidak membebankan mak ayah. Jgn bebankan orang lain dan jatuh kepada zon selesa… alaa.. tak pe mak ada…Ini yang selalu berlaku. Jgn ambil kesempatan.


PERLU DIINGAT!!


  • Apabila seorang perempuan berkahwin ketaataannya perlu 100% kpd suami. Manakala bagi seorang suami, apabila telah berkahwin dia bukan hanya berkahwin dengan isteri tetapi dia berkahwin dengan keluarga dan tanggungjawab isteri, jadi beliau perlu mengambia tahu hal ehwal mak ayah mentua beliau sama macam mak ayah kandungnya sendiri.

  • Ada lima jenis mak ayah kepada seseorang, yang perlu dilayan sama rata dan ditunaikan tanggungjawab sama rata:
  1. mak ayah kandung
  2. mak ayah tiri
  3. mak ayah susuan 
  4. mak ayah mentua 
  5. mak ayah angkat
 Beza mak ayah mentua dengan mak ayah kandung, cuma mak ayah mentua tidak layak mewarisi harta sahaja. Yang lain sama antara mak ayah kandung dan mak ayah mentua.
Kata Ustaz Abdullah: Lagi satu yang sangat menarik perhatian saya adalah tentang ada orang bertanya.. Mana yang perlu didahulukan ibu bapa sendiri atau ibu bapa mentua?? Soalan ini tidak perlu disoal kerana KEDUA-DUAnya perlu diutamakan dianggap sama rata. Perlu minta ampun kpd Allah kepada sesuatu yg kita tidak mampu.

  • ISTERI TAAT KEPADA SUAMI dan SUAMI perlu taat kepada MAK AYAH MENTUA dan menjalankan tanggungjawab kepada mak ayah mentua.
  • Kalau nak berjaya dalam hidup, mintalah doa dari mak ayah kita. kalau mak ayah dah tiada mintalah doa dari mak ayah mentua kerana doa mak ayah mentua adalah sama dengan doa mak ayah kandung.
  • Kata Ustaz = Isteri pandai tidak akan melawan,dia mudah faham.. isteri yang melawan adalah isteri yang tiada tarbiah.
  • Allah beri rezeki kpd kita kepada tanggungjawab yang kita tunaikan. Seorang ibu yang menanggung anak sendirian tanpa akan diberi rezeki melimpah ruah. tetapi si ibu perlu tuntut mebikut kaedha perundangan, tak perlu biarkan. Walaubagaimanapun si ibu perlu redha terhadap nafkah yang diberikan kepada anak-anak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan