Rabu, 24 Oktober 2018

Rezeki



Minggu lepas saya diminta untuk memberikan tech-talk di Simposium Teaching & Learning USM di samping seramai 13 pemceramah lain. Tech-talk adalah hanya ceramah ringkas, masa diberi 15 minit tp perlu input yang benar-benar power untuk menarik perhatian audience. Saya sebenarnya agak self-conscious sebab speakers lain mmg hebat2 dan terkenal. Walaupun ramai students saya yang hadir dan beri feedback yang saya ni hebatlah.. itulah.. inilah.. tapi jauh di sudut hati saya masih risau dan ada sedikit keluh kesah.. Walaupun boss saya dah siap menjadikan tech talk tersebut Youtube video, saya tak tengok sebab saya tak rasa konfiden.

Namun semalam, saya ada appoinment mata di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM kerana mata kanan saya bengkak, sedikit kelabu dan macam ada benda tak keluar2. Bila Dr. Bakiah, pakar mata panggil nama.. terus dia cakap.. Bestnya, hari ni orang famous datang jumpa saya.. terus dia bagitau dia dengar talk saya dan rasa best sangat. Dia siap minta tips mcm mana nak buat dsbgnya. 😅😅

Kemudian pagi ni pula dipanggil meeting majlis e-pembelajaran Malaysia (MEIPTA) di UMP, saya bgtau saya mungkin tak dapat pergi sebab telah dijemput ke UMS sehari selepas hari meeting. Pengerusi MEIPTA insisted on saya pergi juga meeting sebab dia cakap dia perlukan saya untuk buat sharing session utk semua wakil IPTA sebab dia tak puas dengar tech-talk saya hari tu.. sekejab sangat tetap sangat impactful. Dia nak saya bantu semua IPTA dalam e-learning.

Alhamdulillah.. dua feedback tu sudah cukup untuk saya rasa lega.. tenang rasa dihati. Syukur sebab dapat feedback yang bagus. Sebenarnya rezeki dari Allah bukan hanya wang ringgit tetapi rezeki ketenangan hati. Bila hati tenang, jiwa akan rasa selesa dan hidup akan jadi lebih bahagia. Syukur Allah beri rezeki ketenangan hati pada pagi ini.

By the way, mata kanan saya ok, walaupun ada sedikit masalah pada salur darah tp tak serious, doc cakap not too worry that much. Power cermin mata pun ok. So, 8 bulan lagi check semula.

My talk on 'Impactful Learning Experience #USMStyle"



~PMAAZ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan