Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 23 Ogos 2011

Utk Pn. Maznah...

Last week kak maznah sebelah ofisku mintak aku ajarkan dia simple technique of jahit manik.. So aku set dgn dia utk buat sessi jahit manik kat ofis pada hari Jumaat. Masa aku tgh mmeeting jumaat pukul 9 pg tu tetiba kak maznah call.. ckp yg dia xdpt dtg kerja.. MC.. bila aku tak pe la kak.. hari Isnin kita buat.. dia cakap dia tak tau berapa hari dia MC.. so.. xjadi ler nak buat kelas..

Bila balik ofis.. aku mcm teringat2 pulak cakap kak maznah yg dia just nak jahit manik simple jer kat lengan baju maryam, anak dia.. sebab baju raya maryam plain sgt.. fikir punya fikir.. + kesian kat dia.. aku pun sms.. cakap... kalau dia nak minta aku tlg jahitkan manik tu.. nnt bebila masukkan baju maryam dalam pigeonhole aku (walau pun kami sebelah bilik tp susah nak berjumpa.. haha). Dia cakap..ok & smlm dia masukkan baju dlm pigeonhole aku..

After iftar semalam, aku pun start menjahit manik kat lengan baju maryam.. aku jahit guna manik yg aku ada jer.. malas nak gi cari dah.. puas jugak nak cari manik dan sequin yg sesuai.. maklumla kedai jahit yg aku impi2 kan nak buka belum tercapai lagi impiannya.. (yo yo jer..). Ada lebih kurang 3-4 kali juga aku dok jahit and bukak bunga sequin kat lengan tu.. yg last sekali combination biru & merah.. Setiap kali tunjuk kat fesyen consultant aku (en hubby laa..) dia cakap tak cantik.. Bila tunjuk yg biru dan merah tu.. still dia cakap tak cantik gak.. sambil ngeleng2 dan muncungkan mulut.. last2 dia cakap.. warna putih xde ke? Aku cakap takde.. tetiba aku selongkar koleksi sequin.. terjumpala warna cream.. bila combine dgn merah.. nampak cantik.. so.. teruslah aku jahit ke lengan baju maryam.. semalam siap satu lengan, lepas sahur tadi.. siap lagi satu..

Dan tadi kebetulan jumpa kak maznah kat ofis.. terus aje aku bagi.. Dia cakap.. cantiknya... sure nanti maryam suka.. Bila dia tanya... berapa ringgit ni... err.. err... aku cakap.. xyah la kak.. sy ni first time jahitkan org punya.. selalu jahit sendiri punya jer... she insisted on nak bayar gak.. haha..

Ni la baju maryam.. simple jer aku jahit.. huhu

Anyway... manik baju aku pun lom abis jahit.. waaaa...

Nak jadi cerita... masa hari jumaat lepas yg aku janji nak ajar kak maznah tu.. aku dah siap bawak segala jenis alatan utk jahit manik.. dan aku pakai baju yg aku jahit manik sendiri sbg reference la konon.. bila aku gi kat my 2nd office, bebudak kat sana dok cakap... cantiknyerrr baju Dr. Aku cam biasalah cakap.. cantikkan? saya jahit sendiri tau.. haha (dgn mengadanya!!). Budak2 tu cakap.. ye ke... and one of them cakap.. Dr. ajarlah kami camne nak buat.. aku pun cakap.. u all lucky.. saya ada bawak barang2 nyer.. haha.. terus buat sessi jahit manik kat situ.. One of the girl cakap.. dia tak de baju raya tahun ni.. xde duit.. huhu..jd dia nak jahit manik utk baju dia yg lama, bg nampak baru.. So, aku dah bagi tugasan.. lepas raya aku nak tengok baju2 derang yg dah siap jahit manik.. keh3.. pastu aku siap sound.. kalau biasa, org ajar jahit manik, satu sessi dlm RM200.. tp sebab korang ni belajar dgn lecturer korang.. kena bayar ikut profesional punya fees la.. at least RM1000.. :P

Anyway.. saja gurau2.. aku sebenarnya suka ajar orang.. tak kiralah siapa.. ajar ape.. teaching is my passion.. dan dalam kehidupan ini, apabila kita dah tiada nanti.. ada dua perkara yg kita tinggalkan di dunia yg akan sentiasa membantu kita di sana.. anak2 yg soleh dan solehah.. dan ilmu yg kita ajar pada org lain dan sentiasa dimanafaatkan oleh org tersebut...

Selamat berpuasa semua..

~mel

5 ulasan:

  1. Untung la si faizal tu dpt mel.. Perfect!! Pandai masak pandai jahit.. Bijak lagi

    BalasPadam
  2. Ohhh ... Sungguh tidak adil ...

    BalasPadam
  3. kena tambah lg tu kin... Untung la si faizal tu dpt mel.. Perfect!! Pandai masak pandai jahit.. Bijak lagi.. cantik bergaya lagi macam model.. (hahaha statement tak hengat!!)

    @boss tertelan airliur ke?

    @k.hani.. apa yg tak adil? Nak belajar jahit manik gak ekk.. nnt balik Gombak kita ajar.. huhu.. caj jgn risau.. amat berpatutan.. :P

    BalasPadam
  4. Huh ... Nak yg dah siap jahit ...

    BalasPadam