Memaparkan catatan dengan label melbourne. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melbourne. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2011

Kebab...

Teringat-ingat kebab di Melbourne.. actually one of my favourite food is kebab. Tapi bukan kebab kat malaysia coz for me kebab kat malaysia ni 'tipu punya'.. sebab daging yg sikit, sayur & bawang jer yg banyak... huhu.. Masa aku wat first degree di UK mmg Donner Kebab (kambing) adalah makanan rutin yg aku suka.. Ataupun kalau nak lagi best boleh order pizza dgn extra topping donner kebab... perghh.. sungguh lazat.. tambah pulak dgn cheese banyak2.. mmg heaven... Rindu betul dgn kebab UK..

Di NZ pun kebabnya sedap.. mmg favourite jugalah.. Since balik dan menetap kat malaysia mmg kerindu rinduan kepada kebab NZ.. Time gi Melbourne hari tu.. tgh jalan2 ternampaklah kedai kebab halal... wahhh.. terujanya aku.. So one of the days kat sana, kami pun singgah la utk beli.. Harga utk satu adalah AUD8.50.. which is kalau convert dalam RM30.. haha.. so kalau nak makan kat sana, jgn convert.. kalau tidak tak makan la jawabnya..

Aku beli Donner Kebab and hubby beli mix kebab (kambing + ayam).. Dengan harganya yg AUD8.50 tu.. kebesaran kebabnya amat melampau... haha.. patutnya kitorang beli satu dan kongsi dua org.. tp sebab dah beli sorang satu..kenalah habiskan.. hihi...
Ini lah kedainya.. hubby kat depan kedai tu bersama @amirulzahid & @akmalzahidi

Pasti halal..insyaallah..

Itu dia kebab yg sangat besar tu.. jenuh nganga mulut nak makan...

Hubby tgh layan kebab.. tak pandang kiri kanan...

Muat ke mulut ni nak masuk..huhu

Makan kat tepi padang sambil diperhatikan oleh burung-burung.. Padang ni kat tgh bandaraya Melbourne.. sejuk jugak time ni...

Ini dia donner kebab aku yg sgt besar... nyum nyum..!!


Tersadai kekenyangan setelah selesai makan... nak jalan2 tgh bandaraya pun xlarat dah..


~mel
alahai.. rindu kat kebab ni.. mana mau cari??



Sabtu, 23 April 2011

PTPTN


3-4 minggu aku mmg tersangat busy.. masa rehat aku rasanya just masa tidur. Dah beberapa hujung minggu aku berkerja, so tak berkesempatan nak update blog. Actually banyak perkara yg nak di blogkan tapi disebabkan tak de masa so senyap je la..

Anyway.. nak berbalik kepada kisah Melbourne.. ada kisah yg hampir menyebabkan kami tak jadi ke Melbourne... iaitu kisah hubby di blacklist oleh PTPTN. Tujuan kami ke Melbourne utk ke Conference Global Learn 2011. Petang nak ke Melbourne, my brother hantar kami ke LCCT. Waktu kami sampai di LCCT untuk bertolak ke Melbourne.. kami terus checkin, solat and kami makan kejab kat McD, kemudian terus nak ke gate utk tunggu kat gate. Kami mmg agak awal tp aku mmg lebih suka awal dari tergopoh2 kemudian.


Sampai di Immigresen, bagi pasport, tiba2 pegawai immigresen tu cakap hubby tak dibenarkan keluar negara kerana blacklisted PTPTN. Kami sgt terkejut sebabnya setiap bulan bayar PTPTN. Then kami diarahkan ke pejabat.. kat pejabat tu jumpa 2 org pegawai lelaki yg cakap tak boleh buat apa2 coz hanya PTPTN shj yg boleh whitelist balik. Kami cakap.. mcm mana nak whitelist mlm2 buta (time tu dlm pkl 9.00 mlm & flight kami pkl 10.30). Diorang cakap tak boleh bantu and derang just bagi no pejabat PTPTN.. call pun mmg tak de org angkat. Masa tu aku dah sangat gabra dan rasa nak nangis dah!! Takkan aku nak ke Melbourne sorang!! Bukan xpernah ke luar negara sorang tapi dah rancang nk gi dgn hubby mmg tak sanggup rasanya nak gi sorang. Then aku cakap kat derang, kalau kitorg tunjukkan bukti pembayaran tiap2 bulan derang xleh consider ke? Kalau hubby tak bayar bolehlah kami terima.. ini kami bayar tiap2 bulan!! Time tu ada sorang pegawai pompuan terdengar kata2 aku. Dia tanya nak tunjuk camne?

Aku cakap boleh bukak cimbclicks and tgk transaction bulanan account my hubby. Kebetulan mmg bawak laptop & broadband. So kami buka and tunjuk terus statement account yg menunjukkan transaction bulanan yg bayar ke PTPTN dan siap ada monthly schedule utk bayaran bulan2 seterusnya. So dia suruh kami print.. gitu gini gitu gini dekat 9.45 pun belum settle. Last2 dlm pkl 10 baru kami dibenarkan keluar pejabat. Tapi dgn amaran lepas balik ni mesti minta PTPTN whitelistkan & rayuan lepas ni tak dilayan lagi!! Terpaksa kami berlari ke gate.. sampai2 org dah suruh boarding.. nak terkucil pun tak sempat!! Sgt tension masa tu.




So.. untuk sape2 yg lom bayar PTPTN silalah check status anda. Sebab kalau u all start bayar lambat..kemungkinan di blacklist tu amat besar. Dan even dah bayar pun u all takkan di whitelist automatik! Kena contact PTPTN utk status. Patutnya PTPTN ada system utk update status org yg dah bayar. Sistem skrg ni sgt menyusahkan org. Kononnya PTPTN ni nak membantu rakyat tp nampaknya dalam kes kami.. sgt tidak membantu... menyusahkan lagi adala. Bayangkan kalau sorg tu jenis tak gi oversea.. tetiba dah berumur nak ke Mekah... tetiba xdpt pi Mekah sbb kena BLOCK PTPTN??? hahaha..

Anyway... pengajaran sungguh!!

~mel

Ahad, 3 April 2011

Mini Cacti..

Ada banyak perkara yg nak cerita pasal Melbourne trip.. tengokla nanti kalau ada masa aku update sikit2.. Btw kat melbourne aku xde shopping ape sgt pun.. mmg tak plan nak shopping apa2 pun.. Lagipun Australian currency skrg tgh naik.. lebih tinggi dari USD so mmg kena tukar duit banyak.. huhu.. so.. no shopping laa..

Anyway, Pada hari Khamis petang kami pergi ke St. Kilda beach, saja jalan2.. tengok2 ada market yg amat menarik.. ada dua perkara yg aku beli kat situ.. yang pertama adalah beads marble.. (nnt kalau ada masa aku update pasal beads ni).. dan yg kedua adalah mini cactus.. yg sgt2 kecik dan diletak dalam bekas yg ada magnet belakangnya utk dijadikan fridge magnet.. hihi.. harganya AUD6.50. Bila nak beli tu penjual tu siap tanya.. 'are u travelling to somewhere in the next few days?' aku cakap yes. Pas tu dia tanya.. 'by flight?' aku cakap yes la jugak.. haha.. Then dia pun terus amik mini cactus tu dan pack elok2 mcm kat bawah ni..

photo 3.JPG
Penjual tu letak bubble rap dan bagi mini cantus tu terletak kemas dlm bekas kat atas ni.. so selamat dibawak.. xde goyang2...

photo 4.JPG
Ini dia mini cactus bermagnet yg aku beli kat market tu... sgt comel..hihi...

photo 5.JPG
Penjual tu siap bekalkan instruction tentang penjagaan mini-cactus ni. Rasa2nya kat malaysia mungkin ada mende ni.. tp dah jumpa kat sana.. beli je la sbb minat kan!


~mel

Sabtu, 2 April 2011

Good Bye Melbourne..

Kami kat Melbourne International Airport.. tgh tunggu flight Air Asia di Gate 6 utk pulang ke Kuala Lumpur.. Melbourne ni sgt best utk jalan2 but a bit expensive la.. terutamanya sbb currency Australia sgt tinggi dan makin menaik.. Anyway.. we really enjoy being here..

Bye bye melbourne.. kalau ada kesempatan dtg lagi.. insyaallah... Tak sabar2 nak balik ke KL.. yiehaaaa...

~mel & faizal @melbourne

Rabu, 30 Mac 2011

Melbourne (Day 3- Live)





Semalam aku dapat PM dari seorg kawan yg duk di Melbourne.. aku terlupa sungguh yg dia pernah gtau yg dia kat Melbourne skrg ni, baru nak abis PhD.. Azhari nama dia. Bila di baca status fb aku dia terus message & bg no fon dia. Aku message & bagi no fon aku, mlm tu terus dia sms. Apalagi aku cakap kat dia.. bawakla kitorg jln2. Rupa2nya dia dok kat Malaysian Hall, tak jauh dari hotel yg aku duduk. Pagi tadi kitorg arrange nak jumpa kat station tram terdekat.. dia tanya nak gi mana? Aku ckp nak jalan2 cari tempat shopping jer (walau xtau nak shopping ape pun..). Aku cakap dia, ada member aku sama kerja kat USM cakap kat dfo murah.. dia cakap..ok.. dia bawak gi dfo. Mula aku tak tau ape mendenya dfo tu.. rupa2nya Direct Factory Outlet.. huhu..


So, destinasi pertama pg tadi adalah dfo. Azhari ajar kami naik tram. First day hari tu mmg kami ada try naik tram..tp turun balik sebab xde duit siling nak beli tiket.. dan tak tau nak beli kat mana pulak tiket tu.. last2 tadi bila diajar, baru tau tiket tram boleh beli kat 7e. Kami mmg rajin gi 7e sebab kat situ jer dapat beli air murah sikit.. cam dua botol besar AU$5 atau $7. So hari ni ke mana2 kami ikut azhari dgn menaiki tram. Takdela termengah2 cam smlm jalan kaki. Semalam kami naik tram gak.. tp naik tram free jer pusing satu bandar. Kat dfo xde shopping ape pun.. cam xberapa meriah.. tapi ada kedai Levis, so hubby @fullfilth rembat sehelai Levis (mmg dari msia dah plan nak cari levis sehelai). Harga boleh tahan.. Then beli beberapa buah buku yg agak murah. Aku tak beli apa2 sbb nak beli baju pun cam xberapa nak sesuai..huhu.. so just jln2 aje.
Lepas tu @amirulzahid yg bersama2 dgn gerombolan kami cakap dia nak cari kasut sukan. So azhari cakap, dia akan bawak kami ke tempat factory outlet pelbagai jenama sukan. Perghhh.. bila sampai kat situ.. kami semua melopong. Mula2 ke FOS Nike.. harga mmg sangat murah. Tergoda sungguh. Then kami ke kedai2 FOS yang lain cam Adidas, QuickSilver, Kathmandu, Russell, dan ada gak kedai2 factory utk brg2 dalam org ppuan.. haha.. :P. Mmg suka sungguh kami di situ, so adalah beberapa barang yg dirembat di situ.. Lupa pulak.. time aku tgh dok sibuk pilih baju kat Russell.. bila keluar jer.. cari2 hubby xde.. puas kitorg pusing2 cari dia.. tp xjumpa.. gabra dah aku.. jenuh cari.. last2 jumpa dia dah lepas ke jalan atas sbb tak perasan kitorg sok tgh try2 baju kat dlm Russell tu.. huhu.. mujur jumpa.. kalau tak meraung aku kat tepi jalan tu.. :P

Dari situ kami balik ke citycentre.. masing2 dah lapar..azhari bawak kami ke kedai malaysian halal, OldTown Kopitiam Mamak.. so dapatlah kami makan nasi setelah 3 hari dtg sini. Harga nasi kandar adalah AU$10.95 sepinggan..haha..kalau convert aku tak makan laa.. so apa2 jgn convert duit malaysia.. :P Dari kedai makan, jalan2 city balik,jln2 kat RMIT university, cantik betul universitinya, lalu kat library yg cantik... then jalan kat Docklands & Yarra Riverbank, di kat Melbourne Exhibition Centre.. ambik gmbr sana sini, then Azhari ajak gi another dfo. Kitorg ikut jela walaupun kaki mmg ada rasa lenguh...huhu..Kat dfo tu aku dapat beli beberapa mekap branded murah.. huhu.. suka hati...

Hari ni mmg jln kat city centre aje laa.. Penatnya mmg penat.. sebelum balik, mcm smlm, kami tapau makanan dari kedai halal di tepi Flinders Street Station iaitu Lord of the Fries. Kedai ni 100% vegetarian dan halal. Semalam kami beli burger.. bigburger.. tak terabih nak makan.. hari ni kami beli hotdog pulak.. tak terabih jugak.. sgt besar.. Hari ni cuaca agak sejuk..hujan renyai2 lak tu.. hubby pakai baju lengan pendek jer coz semalam cam panas sgt.. hari ni kesejukan.. last2 pinjam sweater org baru beli..huhu.. jadi perasmi la tu.. kalau tak mesti beku.

Sampai hotel.. kepenatan.. tp sempat lepak kat lobby bawah utk check internet jab.. huhu..


~mel


Ahad, 13 Mac 2011

Beg..




Semalam pagi2 hubby dah mengemas atas almari tempat kami menyimpan beg. Ada satu beg warna oren kepunyaanku yg aku gunakan dulu2 utk berulang alik dari Msia-NZ. Beg tu sangat kuat.. dan last aku guna time pergi ke NZ pada penghujung 2008 and before that aku ke Spain. So beg tu mmg banyak berjasa.. Bila hubby angkat jer beg oren tu.. 'pup'' tangkainya tercabut.. so hubby cakap.. hmm.. camne nak bawak ke Melbourne ni.. reput dah semuanya... So, berakhirlah riwayat beg oren ke dlm tong sampah besar di Saujana ni.

So, kami pun siap2.. fikir2 pergi QBMall lah.. beli beg yg ada brand sikit.. bukan jenama "POLO' Giant coz ada beberapa trip tahun ni.. so biarlah beli yg tahan lasak. Sampai di Jusco QBMall ada sales.. alhamdulillah.. so dapatlah kami sebijik beg warna biru... jenama POLO yg asli, bukan tiruan.. haha... kenapa pilih warna biru? sbb mudah dikenalpasti bila beg tu lalu atas belt kat airport nnt.. mmg aku selalu cam tu... cari beg biar warna yg bukan hitam.. supaya aku tak pening cari kat airport.. huhu.. Beg yg ni mmg pilihan hubbyku.. dia tgk terus terpikat.. sampai kat rumah pun asyik dok cakap, bestnyer beg tu.. :P

Beg yg berharga RM549... huhu.. tak termampu den nak beli... after 70% diskaun dpt RM164.. keh3.. mujur..

Eh..muatla eryna masuk dlm beg ni.. boleh la seludup nanti.. eryna tak ikut utk trip ni coz aku kena present dlm konference + attend aktiviti konference.. tp insyaallah bulan 7 nnt kami ada trip lagi utk bercuti.. dan eryna akan ikut...


Apa?? Eryna tak boleh ikut??? Waaaa....

Nak ikut..nak ikut... :P

~mel