Memaparkan catatan dengan label favourite. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label favourite. Papar semua catatan

Isnin, 25 Julai 2011

Mengait..

Lama blog tersadai.. tak sempat nak update disebabkan banyak betul kerja.. memang betul2 banyak kerja.. aktivi menjahit mmg tak dapat langsung nak buat.. anyway disebabkan nak ke NZ lusa.. aku sempat2kan juga mengait topi utk eryna..sajala kan.. sebenarnya nak pergi shopping pun tak de masa.. so sambil2 lepas makan la.. sambil baring2 (?? boleh gak tu).. aku kaitla sikit2.. akhirnya siap.. kait topi ni takmakan masa.. kejab jer boleh siap.. (tapi still perlukan kesungguhan.. haha)

koleksi benang2 kait yg aku beli kat satu kedai ni.. actually gi kedai tu nak wat bisness kad.. last2 nampak dia jual benang kait.. huhu

Aku sedang mengait.. gambar hubby yg dok sebelah ambil.. sambil dia ngadap pc aku mengait..

Itu dia Yina dgn topi barunya... dah test 2-3 kali dan dia tak buang.. kalau tak mmg apa2 atas kepala dia buang... termasuklah sepit rambut,, reben dan seangkatan dgnnya..

Cantik tak saya! Tak sabar nak main salji ni.. :D


~mel
tak sabar nak bercuti.. kepala dah sgt sarat dgn kerja....

Isnin, 13 Jun 2011

Tart Nenas


Tart Nenas, originally uploaded by melati.a.

Smlm time konference ada gerai2 jual mcm2.. one of the kedai jual kuih raya.. haha.. aku mmg suka mkn kuih raya.. apa lg..aku belilah satu pack tart nenas kegemaran aku.. Pas tu siap order utk raya coz kuih dia mmg sedap2 semuanya.. dapat minggu ketiga raya.. Nanti xyah beli dah kuih raya lain.. xmo jd mcm tahun lepas.. aku dh beli kuih.. pastu hubby order lak.. sampai raya haji kotak kuih tu xbuka.. last2 bg kt cik tong.. membazir sungguh!

So, this year biar mommy jer order kuih raya yer papa.. papa cuma standby utk bayar jer.. hihi..

~mel

Khamis, 5 Mei 2011

Kebab...

Teringat-ingat kebab di Melbourne.. actually one of my favourite food is kebab. Tapi bukan kebab kat malaysia coz for me kebab kat malaysia ni 'tipu punya'.. sebab daging yg sikit, sayur & bawang jer yg banyak... huhu.. Masa aku wat first degree di UK mmg Donner Kebab (kambing) adalah makanan rutin yg aku suka.. Ataupun kalau nak lagi best boleh order pizza dgn extra topping donner kebab... perghh.. sungguh lazat.. tambah pulak dgn cheese banyak2.. mmg heaven... Rindu betul dgn kebab UK..

Di NZ pun kebabnya sedap.. mmg favourite jugalah.. Since balik dan menetap kat malaysia mmg kerindu rinduan kepada kebab NZ.. Time gi Melbourne hari tu.. tgh jalan2 ternampaklah kedai kebab halal... wahhh.. terujanya aku.. So one of the days kat sana, kami pun singgah la utk beli.. Harga utk satu adalah AUD8.50.. which is kalau convert dalam RM30.. haha.. so kalau nak makan kat sana, jgn convert.. kalau tidak tak makan la jawabnya..

Aku beli Donner Kebab and hubby beli mix kebab (kambing + ayam).. Dengan harganya yg AUD8.50 tu.. kebesaran kebabnya amat melampau... haha.. patutnya kitorang beli satu dan kongsi dua org.. tp sebab dah beli sorang satu..kenalah habiskan.. hihi...
Ini lah kedainya.. hubby kat depan kedai tu bersama @amirulzahid & @akmalzahidi

Pasti halal..insyaallah..

Itu dia kebab yg sangat besar tu.. jenuh nganga mulut nak makan...

Hubby tgh layan kebab.. tak pandang kiri kanan...

Muat ke mulut ni nak masuk..huhu

Makan kat tepi padang sambil diperhatikan oleh burung-burung.. Padang ni kat tgh bandaraya Melbourne.. sejuk jugak time ni...

Ini dia donner kebab aku yg sgt besar... nyum nyum..!!


Tersadai kekenyangan setelah selesai makan... nak jalan2 tgh bandaraya pun xlarat dah..


~mel
alahai.. rindu kat kebab ni.. mana mau cari??



Ahad, 30 Januari 2011

Projek Hujung Minggu..

Hujung minggu mmg ni tak de plan ke mana2.. kebetulan aku bertugas ganti penggawa kat sini, so aku agak teragak2 nak jalan jauh2.. kalau sekitar pulau ni okla..kalau merentasi jambatan rasa cam tak best pulak.. Lagipun Eryna masih belum baik demam sangat.. hari Jumaat hari tu kat nursery memang panas betul badannya.. So semalam sabtu hanya lepak kat rumah.. and then petang ke Giant beli brg dapur. Alhamdulillah waktu ptg eryna dah pun kebah demam... Hubby pulak ajak gi jogging dlm pkl 6.. So kami pun berjog-lan (istilah baru..huhu) sekeliling kompleks RST yg boleh katakan besar & mengah nak habiskan satu pusingan sebab berbukit2.. Jenuh rasa tak sampai rumah walaupun b4 this mmg pernah jalan pusing RST after eryna dilahirkan..

Time kat rumah aku buar 2 projek.. Kenapa dua projek.. sebab eryna laa.. Bila eryna dok mai2 dlm exersaucer di ruang tamu, aku menjahit baju kurung Phg yg kainnya aku beli kat Kelantan dulu.. Bila eryna dok tidur dlm bilik aku ikut dalam bilik sambil menjahit manik. So dua projek dlm satu masa.. hihi..

Ni dia.. akhirnya siap baju kurung Pahang kain Viscose ni.. sebab aku beli kainnya murah.. just RM25, so tak tergamak nak hntr baju kat tukang jahit di Bukit Jambul yg tempahannya berharga RM65. Haha.. mahal tempah dari kain.. so.. slow2 aku jahit sendiri.. alhamdulillah dah siap.. dah sempat basuh tadi.. esok bolehlah pakai gi ofis.. :)


Ni pulak projek jahit manik kat baju plain aku.. baju dah lama so aku amik inisiatif jahit manik..utk mencantikkan dan meanmbah seri baju aku tu... huhu.. harap2 naik la serinya.. tapi lom siap lagila.. next week sambung.. kat leher dah banyak tmbuh bunga nyaa.. kat lengan tak sempat lagi..

Itula projek ujung minggu aku.. hihi.. ada lagi satu projek nak kait baju sejuk eryna.. tapi nak tunggu balik KL utk beli benang kaitnya... kat sini mcm xde choice sgt... kebetulan ujung minggu ni nak balik KL so dah pujuk2 hubby nak gi cari brg2 jahitan aku kat sana... dan hubby dah angguk kepala... :)

~mel
mcm xcaya esok dah kerja..

Khamis, 27 Januari 2011

Tudung Syria..

Sejak akhir2 ni aku memamg sangat suka pakai tudung syria.. kalau dulu masa tudung syria baru2 keluar mmg aku cam pandang 'serong' terhadap tudung tersebut.. masa tu aku rasa semua tudung syria saiz s.. so mmg aku agak kureng nak pakai sebab tak menutup dada..

Aku start try tudung syria bila aku dapat gift 2 helai tudung syria dari seorg penjual online. Before that mmg takut nak beli sbb takut tak pakai.. tp bila dah org bagi aku pakaila.. Dan bilapakai rasa selesa.. muka pun takde la nampak weird ke ape.. nampak ok jer.. so since then aku berjinak sedikit demi sedikit pakai tudung syria ni...

Tapi kenapa aku suka pakai tudung syria ni? Ada dua perkara utama:
  1. Mudah dipakai sebab biasanya ianya ngam2 dgn bentuk muka aku.. kalau terbesar sikit boleh tarik kebelakang.. meaning that aku tak perlu pakai brooch pun boleh pakai dah tudung ni & terus terletak kat kepala. Dengan adanya baby Eryna skrg mmg masa utk bersiap tu perlu disingkatkan, kalau pakai tudung bawal.. mmg selalu problem.. kat 'jambul' kemek la.. kedut laa.. dana macam2... dan bila pakai tudung awning pulak, kadanh awkning bila tak digosok dgn betul mmg nampak macam 'slebet' jer.. So, tudung syria ni senang, dlm masa 15 saat jer siap.. pakai inner, sarung outer... dah siap.. sgt mudah... kalau nak melawa sikit baru ler letak brooch kat mana2.. kalau tak tak yah letak brooch pun kat mana2..
  2. Mudah nak bawa smayang... Biasanya waktu zohor mmg solat di ofis.. ambil air sembayhyang di bilik air yg berhampiran.. kalau pakai tudung bawal mmg susah nak menggayakan semula lepas amik air smayang.. kalau pakai tudung awning agak mudah.. kalau pakai tudungsyria pun mudah juga... tapi bila aku dah pakai semula tudung pas amik air smayang, bagi aku, malas nak dah bukak balik even di ofis sendiri yg aku sorang jer penghuninya.. tapi bila pakai tudung awning.. mmg sah kena bukak dan pakai telekung sahaja sbb bila sujud kang awning tu akan 'menikam' kat sejadah dan dahi tak sampai ke sejadah... haiyyaa.. sgt susah.. kalau pakai tudung bawal aku belasah jer walaupun nnt akan kedut sikit kat jambul dia after kita lepas solat.. bila pakai syria ni mmg senang.. mudah tak yah nak tanggal.. sbnrnya lagi selesa nak solat sbb boleh jadi 'perisai' utk rambut kot2 ada yg teringin dan keluar dari telekung + tak yah pakai anak tudung (aku mmg tak suka pakai anak tudung..) So, senang kan!
Ok.. itu sebabnya aku suka pakai tudung syria skrg ni.. dan semakin menambah pulak nampaknya koleksi syria aku.. termasuklah dgn inner aladin ku... :P

~mel
selamat 'bersyria'..