Memaparkan catatan dengan label kebab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebab. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Januari 2016

Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 3 - Istanbul)

Post ini bersambung dari post ini: Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 2 - Istanbul) 

Day 2: Istanbul
Setelah kami menyelusuri Selat Bosphorus dan menziarahi istana musim panas Beylerbeyi Palace, kami dibawa pula ke Camlica Hill. Camlica Hill ini merupakan highest place in Istambul. Camlica Hill ini teletak di bahagian Asia Istambul dan berada pada ketinggian  268 m (879 kaki) di atas dasar laut. Dari Çamlıca Hill kita boleh melihat panorama bahagian selatan Bosphorus dan the mouth of Golden Horn. Untuk ke atas dari tempat bas di parking tidaklah berapa jauh, kiranya macam test stamina abah yang dah sekian lama tidak berjalan jauh.. apa lagi berjalan mendaki bukit.




Apa yang direnungkan oleh abah tu....
Dari Camlica Hills kami terus turun dan pi makan di sebuah restoran berdekatan dengan laut. Dalam perjalanan ke restoran kami lihat poster-poster Kamal Artatuk pemimpin yang membawa turki kepada Sekularisme dipamerkan di tepi-tepi jalan. Walaupun negara Turki ini dikatakan 90% penduduknya beragama Islam dan terdapat lebih 10000 buah masjid di sini tetapi kita dapat lihat keislaman itu seperti sudah pupus. Contohnya seperti tour guide kami, Adil yang mengaku bahawa dia seorang Islam, tapi cara beliau berkata da bercerita tentang keadaan Istanbul mahupun Turki menggambarkan beliau seperti mengagung-agungkan kependudukan Kristian di bumi Turki.


Kami berhenti di restoran untuk makan... jalan ke restoan berliku-liku jugalah :P


Hari ni makan nasi dan ikan,,, supnya masih lagi sup kacang dal

Gambar-gambar kat bawah ni di ambil selepas kami lunch. Memang cantik suasana di sini.. tapi sejuk!! Maklumlah dah lama tak tinggal di tempat sejuk.. :P

Muka menahan sejuk ke tu?

 Gambar-gambar ni selepas makan... muka pun dah semacam sebab kena turun naik tangga untuk pergi ke kedai makan tu... :P
Kami kemudiannya dibawa untuk menunaikan fardu zohor di Masjid Abu Ayub Al-Ansari yang merupakan masjid yang paling ramai dikunjungi setiap hari. Memang betul. Ramai betul pengunjung masjid ini sehinggakan tempat perempuan penuh dan kami terpaksa beratur untuk menunaikan solat.


Masjid Abu Ayub Al-Ansari (Eyib Sultan Mosque)
Kompleks masjid ini terletak dibina lebih kurang pada tahun 1458 di zaman kerajaan Osmaniyah (Ottoman) pada di mana sahabat Rasulullah SAW, iaitu Abu Ayub Al-Ansari telah dikebumikan di kawasan masjid ini.






Dari Masjid Abu Ayub Al-Ansari, kami dibawa ke Pasar Spice iaitu sebuah bazaar yang banyak menjual rempah ratus dan lain-lain lagi. Ia merupakan salah satu pasar/bazaar yang terbesar di Istanbul. Namun begitu sebelum sampai ke Spice Bazaar kami dibawa ke sebuah kedai/kilang kulit.  Di situ terdapat pelbagai macam barangan kulit terutamanya pakaian yang kebanyakannya dari kulit kambing. Yang kelakarnya sebab kami diminta untuk menyaksikan 'fesyen show' yang memperagakan baju2/jaket hasil kilang tersebut.

peragawati tengah mempergayakan pakaian :P
Baru aku perasan bahawanya aku tidak mengambil gambar di Spice Bazar tersebut. Al-kisah di Spice Bazar tak dapat nak beli apa-apa sangat sebab masa yang sangat limited. Then ada pula ahli rombongan yang sesat menyebabkan schedule seterusnya tak dapat diteruskan. Alhamdulillah ahli rombongan tersebut berjaya dijumpai setelah salah seorang yang hilang tu tetiba menjawab sms yang aku try try je hantar.. rupa2nya mereke dah sesat jauh ke arah Istanbul University... so hubby and one guy telah menapak ke sana untuk menyelamatkan mereka :P. Lepas tu kami terus dinner dan balik hotel.

bersambung....

~mel

Khamis, 5 Mei 2011

Kebab...

Teringat-ingat kebab di Melbourne.. actually one of my favourite food is kebab. Tapi bukan kebab kat malaysia coz for me kebab kat malaysia ni 'tipu punya'.. sebab daging yg sikit, sayur & bawang jer yg banyak... huhu.. Masa aku wat first degree di UK mmg Donner Kebab (kambing) adalah makanan rutin yg aku suka.. Ataupun kalau nak lagi best boleh order pizza dgn extra topping donner kebab... perghh.. sungguh lazat.. tambah pulak dgn cheese banyak2.. mmg heaven... Rindu betul dgn kebab UK..

Di NZ pun kebabnya sedap.. mmg favourite jugalah.. Since balik dan menetap kat malaysia mmg kerindu rinduan kepada kebab NZ.. Time gi Melbourne hari tu.. tgh jalan2 ternampaklah kedai kebab halal... wahhh.. terujanya aku.. So one of the days kat sana, kami pun singgah la utk beli.. Harga utk satu adalah AUD8.50.. which is kalau convert dalam RM30.. haha.. so kalau nak makan kat sana, jgn convert.. kalau tidak tak makan la jawabnya..

Aku beli Donner Kebab and hubby beli mix kebab (kambing + ayam).. Dengan harganya yg AUD8.50 tu.. kebesaran kebabnya amat melampau... haha.. patutnya kitorang beli satu dan kongsi dua org.. tp sebab dah beli sorang satu..kenalah habiskan.. hihi...
Ini lah kedainya.. hubby kat depan kedai tu bersama @amirulzahid & @akmalzahidi

Pasti halal..insyaallah..

Itu dia kebab yg sangat besar tu.. jenuh nganga mulut nak makan...

Hubby tgh layan kebab.. tak pandang kiri kanan...

Muat ke mulut ni nak masuk..huhu

Makan kat tepi padang sambil diperhatikan oleh burung-burung.. Padang ni kat tgh bandaraya Melbourne.. sejuk jugak time ni...

Ini dia donner kebab aku yg sgt besar... nyum nyum..!!


Tersadai kekenyangan setelah selesai makan... nak jalan2 tgh bandaraya pun xlarat dah..


~mel
alahai.. rindu kat kebab ni.. mana mau cari??