Jumaat, 1 Januari 2016

Umrah Turki 15-23 Disember 2015 (Part 2 - Istanbul)

Day 2 - Istanbul
Post ini adalah sambungan dari post ini: Umrah Turki - 15-28 Dis 2015 (Part 1) :
Kami sampai di Istanbul dalam pukul 7.30 ptg waktu Istanbul. Sampai2 di airport dijemput oleh agen kat sana, Adil namanya..

Dalam group nak ke tempat bas yang sedang menunggu untuk membawa kami ke restoran untuk makan malam. Sebenarnya tah tak selera nak makan sebab letih... tapi oklah kan org bawak makan kita makan je la..
Hiasan dalam restoran ini menyebabkan aku cakap... woww!

Bersemangat abah makan sup kacang dal ala Turki di Sehir Restoran, Istanbul. Kami dijamu donner kebab dan nasi.

 Dinner beramai2...

 After dinner kami keluarlah restoran... masing-masing kesejukan. Istanbul dalam musim sejuk sekarang ni.. so apalagi memang keluar asap dari mulut. Dah lama tak menikmati suhu sejuk sebegini. Gambar2 di atas tu adalah gambar di luar restoran tempat kami dinner.

 Dengan encik suami yang ala ala hip hop gitu :P

Kami check in di Hotel Hilton Garden Inn, Istanbul lebih kurang pukul 11 malam.  Kami diberi bilik twin sharing yang kami rasa sgt ok. Kami rest for the night and looking forward for the next day.

Pagi2 dah bfast di hotel then kami mengambil kesempatan utk bergambar di depan hotel sambil menunggu ahli kumpulan yang lain. 

 Kucing Istanbul menyambut kedatangan kami... konon2 lah encik hubby tu menengok map :P

Menyelusuri Selat Bosphorus
Selepas sarapan pagi kami menaiki bas bertolak ke Galata Bridge  untuk menaiki cruise di selat Bosphorus. Bosphorus merupakan selat yang membahagikan Laut Hitam dari Lau Marmara (Laut Marmar) dan memisahkan antara benua Asia dan benua Eropah. Istanbul ni terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Istanbul kawasan Eropah (lebih kecil) dan Istambul kawasan Asia.

 Dalam cruise ketika menyelusuri Selat Bosphorus. Ini sebahagian dari ahli group... huhu.. tak semua dalam gambar.











LOVE THIS PIC SO MUCCHHH!


Naik cruise tu memang best. Cuma suhu yang sangat sejuk menyebabkan last2 kami terpaksa masuk ke dalam cruise utk memanaskan badan, Bila dah masuk dalam tu mula lah kelaparan. Mujurlah ada bawak bekalan biskut dalam henbeg.. so mengunyaplah kami sementara menunggu pengkhiran cruise. Overall naik cruise tu memang puas hati.

Di sinilah cruise berlabuh

Setelah cuise berlabuh,,, ambil gambar dulu...



Beylerbeyi Palace
Setelah cruise berlabuh kami dibawa pula ke Beylerbeyi Pakace yang dibina antara 1862 hingga 1865. Ia adalah sebuah istana musim panas untuk entertain tetamu atau ketua negaa dari luar negara.. oleh yang demikian istana tu tiada alat pemanas sebab tidak digunakan pada musim sejuk.
Apa maksudnya tu bang??

 Sempat ambil gambar semasa dalam pejalanan je istana Berlerbeyi


Abah, encik Hubby, mak & me
 
Jalan nak pi toilet sebenarnya ni :P. Toilet kat sini kena bayar 1 lira sebab guna toilet kat restoran dalam kawasan Palace ni.

 
 Layan jelah gambar-gambar ni ya... dalam kawasan Istana.. sangat menarik




 Encik hubby menjaga ibubapa beliau dengan sebaik mungkin :P

Dari Beylerberi Palace kami ke Camlica Hill untuk melawat highest peak of Istanbul.... bersambung...

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan