Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Khamis, 28 Januari 2016

Al-Fatihah...

Pagi2 tadi mendapat perkhabaran pemergian kak Aidah Maheran Md Aznan petang semalam.. Kak Aidah atau aku lebih gemar memanggilnya dengan Kak Nur merupakan sahabat lama alam maya.. since 2006.. Blognya dari Kamar Sepiku selalu juga aku baca dulu-dulu.. banyak post yang memberikan peringatan untuk kita sebagai manusia dalam blog beliau... Namun dah agak lama beliau dah tak update blog.. lebih banyak beliau update di FB sahaja.. Kami selalu bermessage di FB, kadang2 melalui SMS bila aku dapat perkhabaran dia masuk hospital... Sejak akhir-akhir ini Kak Nur selalu juga keluar masuk hospital... Last beliau menghantar message di FB untukku adalah pada 20 Disember yang lalu, ketika aku di Mekah memintaku mendoakan kesihatannya. Sebelum tu beliau menghantar petua bagaimana untuk menghalau tikus untuk aku yg phobia tikus ni...:(


Bila mendapat perkhabaran tadi hariku tiba2 menjadi mendung.. terasa sayu dihati. Banyak kali aku berhasrat ingin menziarahi beliau, tp tak kesampaian. Mungkin tiada jodoh untuk aku bersua dengan beliau. Still sampai di ofis pagi ini aku masih melayan sedih.. dan sayu.  Dalam hati mendoakan moga Kak Nur ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang Soleh. Al-Fatihah.


Salah satu post di akhir2 kehidupan blogging Kak Nur adalah apakah persediaan diriku???  Yang mengingatkan kita bahawa mati itu akan datang bila-bila masa tanpa mengenal usia. Hidup ni umpama dua siang... Hari ini hidup, esok mati... 


~mel
Hujan lebat dalam hatiku.. 

1 ulasan:

  1. Al-Fatihah ! Semoga cikgu tenang di sana , Aaminn . ='(

    BalasPadam