Ahad, 3 Januari 2016

Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 4 - Istanbul)

Post ini bersambung dari post ini: Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 3 - Istanbul) 



Bergambar di depan hotel sebelum bergerak ke tempat seterusnya (17 Dec 2015)
Hari ketiga kami di Istanbul, after breakfast kami dibawa ke Suleymaniye Mosque yang terletak di atas sebuah bukit yang mana merupakan masjid kedua terbesar di Istanbul. Hujan pada pagi itu menyebabkan kami terpaksa membeli payung yang dijual merata-rata di kawasan masjid dengan harga 10 lira.

Seperti biasa sebelum acara bermula, kami di brief dahulu apa2 yang patut.

Get ready untuk memulakan eksplorasi



Kawasan Suleymaniye Mosque ini sebenarnya sangat besar. Ianya merangkumi beberapa tempat yang penting iaitu Ayasofya (Hagia Sophia),  Topkapi Saraya, Arkeology Museum, dan beberapa tempat lagi. AyaSofya merupakan sebuah gereja yang telah ditukar menjadi sebuah masjid di zaman Uthmaniyah di mana sebelum itu namanya adalah Hagia Sophia (refer di bawah). Suleymaniye Mosque ini selesai dibina pada tahun 1558 (pembinaan bermula pada tahun1550)

Kami sempat membeli roti ala-ala pretzel di gerai tepi jalan berharga 2 lira. Oleh sebab suasana yang sejuk jadi roti yang nampak sedap itu rasanya keras. Tetapi tidak menghalang aku yang kuat makan ini untuk menghabiskannya :P



Topkapi Sarayi kini telah menjadi sebuah muzium (mujurlah tiket muzium dah termasuk dalam pakej :P). Kawasan persekitaran di sini memang sangat menarik.. sampai tak sedar banyak betul aku selfie huhu..







Topkapi Palace (sebut Topkape Palace)
Salah satu tempat yang menarik juga di sini adalah Topkapi Palace. Ianya dibina antara tahun 1460 dan 1478 oleh Sultan Mehmed dimana istana ini menjadi rumah kepada sultan2 kerajaan Uthmaniyah (Ottoman) sehingga pertengahan abad ke 19. Suatu yang menarik tentang perkataan 'Mehmed' iaitu sebenarnya berasal dari perkataan Muhammad. Tetapi disebabkan sultan-sultan ini takut tidak mampu membawa perkataan Muhammad (dengan pemerintahan yang sempurna) dari nama Rasulullah, mereka menggunakan nama 'Mehmed' yang hampir dengan perkataan Muhammad. Kita ni bagai2 letak nama anak Muhammad kan... :P

Pintu masuk utama
Kami di depan pintu masuk utama





Tour guide kami, Adil sedang memberikan penerangan tentang muzium



Ahli2 rombongan kami
Encik hubby sentiasa jadi model utk gambar di telefon ku sambil aku selfie2 sendiri :P





Kemudian semua ahli rombongan diminta berjumpa di depan sebuah kedai/muzium sebelum ke tempat seterusnya iaitu Aya Sofya (Hagia Sophia)


Saja gatal2 nak amik gambar dengan mamat yang berpakaian tradisional Turkish tu... huhu.. kalau ambil gambar secara formal kena bayar pulak!

Bergambar depan muzium sebelum menapak ke Aya Sofya dan Blue Mosque.
En hubby di depan kedai2 yang nampak agak menarik tapi tak sempat nak membeli pun :P

Aya Sofya (Hagia Sophia)
The Hagia Sophia (dikenali sewaktu Empayar Roman Timur - gereja yang terbesar pada zaman itu ) adalah salah satu icon Senibina bersejarah yang masih dijaga sehingga kini. Semasa ianya mula dibina, ianya dikenali sebagai  Megale Ekklesia (Gereja Besar); namun begitu selepas abad ke 15 ianya dikenali the Hagia Sophia (Holy Wisdom). Apabila Sultan Muhammad Al-Fateh (1451-1481) berjaya menawan Constantinople pada tahun 1453, Hagia Sophia telah ditukar kepada sebuah masjid. Banyak renovasi telah dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh terhadap bangunan ini dan ianya terus menerus menjadi masjid selama beberapa lama. Terdapat juga beberapa bahagian yang musnah akibat gempa bumi telah dibina semula.




Tayang gigi jelah aku ni ooiii
Ruang dalaman Aya Sofya memang sangat menarik dan senibinanya sangat mengkagumkan. Aku dan hubby telah naik ke atas menerusi lorong tangga yang disediakan. Mujurlah abah dan mak tak ikut.. memang mencabar untuk naik ke atas.. namun pemandangan di atas tu sangat breathtaking.  Sukar digambarkan perasaan bila berada di tingkat atas di mana melihat nama Allah diagungkan.. juga nama Rasullullah dan nama2 sahabat2 nabi tertera di dinding Aya Sofya. Teringat pula kunjungan kami ke La Alhambra tahun 2014 di mana melihat La Alhambra yang dibangunkan oleh kerajaan Islam di Sepanyol kina menjadi icon Kristian.. sangat menyedihkan. Namun melihat Aya Sofya ini hati sedikit terubat tetapi atas dasar pelancongan, bahagian Kristian dalam Aya Sofya ini telah dihighlightkan menyebabkan hati agak sedih.. :(




Dalam lorong menuju ke atas dan turun ke bawah Aya Sofya

Di bahagian atas


Sangat cantik pemandangan dari atas Aya Sofya ni... memang senibinanya sangat mengagumkan.. tak terluah dengan kata-kata...

Ini adalah bahagian di mana ketika masjid ini adalah gereja. Bahagian gambar2 Isa & maryam diplaster untuk menutup bahagian Kristian tersebut ketika Sultan Muhamad AlFateh menitahkan untuk mengadakan sembahyang Jumaat yang pertama di masjid ini. Diceritakan bahawa Sultan Muhamad Alfateh menjadi imam pertama sembahyang jumaat setelah Constantinople ditakluk atas sebab beliau merupakan satu2nya insan yang tidak pernah meninggalkan sembahyang tahajud pada setiap hari. Aduhh... kita ni sebulan sekali pun berat :|



Blue Mosque (Masjid Biru)
Masjid Sultan Ahmed adalah salah sebuah masjid bersejarah di Turki. Walaupun ianya dikenali sebagai Masjid Biru, tetapi ianya bukanlah berwarna biru tetapi berwarna kelabu. Warna biru adalah dibahagian dalam di mana Sultan Ahmed dikatakan adalah seorang sultan yang sangat sukakan laut, maka keseluruhan interior dalam masjid bertemakan biru. Memang kebanyakan masjid dan istana yang kami lawati adalah bertemakan warna biru dan lautan. Untuk Masjid Biru ini, ruang dalamannya dihiasi tiles berwarna biru. Ianya dibina dalam tahun 1609 hingga 1616 dan ianya masih digunakan sebagai masjid hingga kini. Alhamdulillah kami berpeluang untuk menunaikan solat jamak zohor dan asar di masjid ini. Kaum waita bersolat di bahagian belakang yang dikhaskan untuk wanita dan lelaki di bahagian depan. Manakala di bahagian antara tempat sembahyang lelaki dan perempuan adalah dikhaskan untuk pelawat-pelawat yang ingin masuk ke dalam Massjid Biru ini. Kesemua pelawat yang ingin masuk perlu menutup aurat dan diberi jubah khas sebelum dibenarkan masuk ke dalam masjid ini. Pintu untuk orang yang ingin bersolat adalah berlainan dengan pintu pelawat yang sekadar ingin melawat.

mak dan abah berjalan dan berpayung seiiringan :P
Jalan menuju Blue Mosque

Sekitar interior dan kubah dalam Masjid Biru. Sangat cantik, menawan serta unik.


Setelah melawat ke Masjid Biru, kami menapak ke tempat makan utk lunch. Sempat juga aku beli 2 pasang sarung tgn yang berharga 5 lira sepasang utk mak dan abah yang kelihatan kesejukan dengan suhu musim sejuk istanbul ni..  Bukan senang nak cari menantu baik macam aku ni... ehhh... :P


Kat atas tu sebenarnya diorang pergi melawat salah satu masjid di Istanbul ni, tapi aku dan hubby tak pergi, instead kami pergi merayau ke pekan berhampiran berdua... huhu..

Kilang karpet
Sebelum ke Grand Bazaar, kami macam terpaksa atau dipaksa singgah ke kedai menjual karpet buat Turkey. Ada demo tentang karpet2 yang dikeluarkan, memang cantik dan menawan ok. Tapi harganya tak sangguplah nak tengok... kalau letak kat rumah buat takut nak pijak jer... hahaha..
Demo karpet oleh pakcik penjual karpet
Kami dihidangkan teh ala turkey yang ok lah tapi not my taste actually :P

Grand Bazaar, Istanbul
Grand Bazaar di Istanbul ini merupakan salah sebuah pasar bertutup yang terbesar dan tertua di dunia, yang meliputi 61 kawasan jalan bertutup dan lebih 3,000 kedai. Kebanayakan kedai2 di sini menjual pelbagai barangan 'authentic' Turkey seperti Turkish Delight yang sgt yummy, pashmina yang cantik2, barangan stone & glass-madem dan lain-lain lagi.


PINTU MASUK GRAND BAZAAR... awal2 masuk dah macam nak tersesat:P

Suasana di dalam Grand Bazar Istanbul bolehlah dikatakan sibuk, kami berhati2 agar tidak tersesat, maklumlan masa yang diperuntukan tu tak lama, kang jenuh pulak nak mencari pintu keluar. Rata-rata orang Melayu memang ramai. Kaya-kaya orang Malaysia ni.. sampaikan penjual kat Grand Bazar pun dapat kenal pasti kami dari Malaysia :P




Membeli pashmina dan barangan kaca/ceramik di Grand Bazaar.. gembira pegerai di atas aku banyak borong pashmina :P

Last dinner di Istanbul...sampai dah tak sanggup nak makan kebab dibuatnya sebab nasi dan kebab tapi xde kuah... alahai..
After aktiviti di atas kami pun balik ke Hotel... hati dah teruja dan berdebar-debar untuk meneruskan perjalanan... kali ini bukan menziarah lagi tapi untuk beribadah.. serius.. berdebar-debar dan tidak mampu untuk melafazkan perasaan ketika itu dengan kata-kata..
Sebelum checkout hotel di Istanbul.. bersedia untuk terbang ke Jeddah untuk menjalankan ibadah umrah


Bersambung..... Ibadah Umrah..

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan