Jumaat, 8 Januari 2016

Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 8 - Mekah)

Post ini bersambung dari post ini: Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 7 - Mekah)

Post ini merupakan pos terakhir cerita di Mekah. Next post will be pengalaman kami di Madinah. Hari selepas trip merupakan hari2 untuk kami beribadah. Namun ada sedikit kekangan yang aku rasakan sebab aku sangat-sangat berhajat untuk berdoa di Multazam. Menurut Ustaz Anzaruddin, kalau tak dapat nak berdoa di multazam, berdoa di kawasan yang selari dengan multazam dah memadai. Tapi bagi diriku tak begitu, aku ingin berada di multazam untuk berdoa.. berada betul2 di hadapan multazam utk berdoa. So aku nyatakan hajat kepada hubby untuk tawaf dan seterusnya berusaha untuk mencapai hajat dihati. Untuk mencapai hajat tersebut kami terpaksa melakukan tawaf berdua sahaja. Bukan tak nak ajak mak dan abah tetapi kami kasihan dalam nak mencapai hajat kami takut mak dan abah dihimpit dan ditolak oleh bangsa-bangsa lain yang besar2. So satu pagi dalam pukul 9, kami berdua ke Masjidil Haram untuk bertawaf dan mencuba mendapatkan Multazam yg kami hajati. Orang ramai yang bertawaf sekitar pukul 9 pagi kira oklah.. tidaklah crowded sangat. Alhamdulillah.. Kami tawaf berhampiran dengan kaabah.. sgt2 dekat sekali. 

Kemudian selesai sahaja tawaf, hubby menarik aku untuk mencuba mendekati pintu Kaabah. Subhanallah.. semuanya lelaki yang berbadan besar di situ.. kecuali hubby dan aku. Kami mencelah masuk di tepi2 orang yang berebut2 menempatkan diri di pintu Kaabah dan akhirnya hubby berjaya memanjat betul2 di depan pintu kaabah, dan aku di belakangnya berjaya juga memegang pintu kaabah. Sambil itu kami berdoa selama mungkin. Ya Allah masa tu tak kisah kena tolak atau apa2 pun, yang penting berdoa dan terus berdoa di Multazam impian kami. Alhamdulillah kami berjaya. Syujur tak terkata. Kemudian kami menunaikan solat sunat tawaf betul-betul di hadapan kaabah iaitu berhampiran multazam (meaning di kawasan orang tawaf).

Muka kami suami isteri setelah berjaya mendapat apa yang kami hajati. Kami solat sunat tawaf di kawasan belakang kami tu di pagar berwarna hijau. Syukur Allah makbulkan hajat kami. Macam tak percaya tapi itulah yang kami dapat... bagi kami satu keajaiban...

Selesai tawaf kami ke kedai2 berhampiran window shopping. On the way back to the hotel, di kawasan Masjidil Haram tiba ada seorang lelaki melambai2 dan memanggil aku. Bila ku amati.. subhanallah.. kawan sekolah aku yakni Ketua Kelas aku masa form 4 dan 5 rupanya. Mazri namanya. Aku memang tak pernah jumpa dia since sekolah, dan terjumpa dia di sini adalah satu lagi keajaiban. Dia cakap memula dia nampak aku dia ingatkan aku ni seorang budak PMR yang berjalan dengan abang dia.. haha.. perasanlah pulak aku dibuatnya. Anyway.. Mekah memang bumi yang memberikan keajaiban...
Aku, hubby & Mazri, classmate @ ketua kelas aku form 4 & 5
Hari-hari terakhir kami di Mekah memang terasa amat pantas. Namun alhamdulillah kami diberi kesihatan yang baik kecuali adalah satu ketika aku batuk & sakit tekak. Mujurlah bekalan dari Pusat Sejahtera USM mencukupi.

Mak diwaktu menunggu hubby dan abah di Tiang Sugi.
Kawan-kawan aku mengirim Bedak Arab (Kokuryu) dari sini. Puas juga mencari di Mekah, akhirnya jumpalah juga dengan harga 25 Riyal satu. Katanya bedak ni akan membuatkan muka kita licin macam perempuan Arab.. huhu.. walaupun sebenarnya bedak ni buatan Jepun dan dikilangkan di Filipina.


Antara DUA DARJAT
Pada hari terakhir kami berpindah semula ke Baity 5 untuk memudahkan kami berurusan dan berasama group Umrah Turki kami. Berada di 2 hotel yang berlainan taraf benar-benar menginsafkan kami akan wujudnya darjat manusia walaupun di Kota Mekah. Semasa kami tinggal di Swissotel yang bertaraf 5 Bintang, segala-galanya mudah. Turun hotel dah boleh solat, habis solat berjemaah tidak perlu bersesak2 sangat untuk keluar balik ke Hotel kerana bilangan jemaah 'just nice'. Tiada tolak menolak antara jemaah, tiada sekatan dan lain-lain lagi. Berbeza dengan di Baity 5, keadaan untuk kembali ke hotel selepas solat memang sangat sesak, bertolak-tolak dan memang kesian bila ku bawa mak melalui jalan ke hotel sebab terpaksa melalui rempuhan manusia. Hotel Baity 5 walaupun hotel biasa2 sahaja tapi merupakan hotel yang agak dekat dengan Masjidil Haram. Bila berjalan ke arah hotel Baity 5 aku melihat lebih ramai jemaah yang menghala ke hotel yang lebih jauh. Mungkin ada juga yang lebih 500m dari Masjidil haram. Ada kawan aku menyatakan hotel yg pernah dia duduki lebih 1km dari Masjidil Haram. Aduhai... betapa bertuahnya aku mempunyai rezeki untuk tinggal di hotel yang mungkin org lain tidak berpeluang untuk duduk. Di sinilah muncul dua darjah di Tanah Suci ini.. org yang berada/berduit dapat beribadah dgn mudah dan selesa.. jelas dapat aku lihat dan alami. Manakala yang biasa-biasa sahaja terpaksa bersesak bersama ribuan manusia lain untuk berpeluang beribadah. Namun bagi aku kedua2 pengalaman dua darjat yang aku lalui ini sangat indah. Aku berkata kepada suami, sebenarnya aku tak kisah pun tinggal di Baity 5 sebenarnya, cuma kalau kami berdua sebilik mungkin lebih selesa. Jaraknya pun tak jauh sangat dari masjid. Mungkin sebab kami terpaksa berkongi 4 orang menyebab ketidak selesaan yang melampau. Anyway, syukur Allah mempermudahkan urusan kami dan memberi peluang untuk merasai  dua situasi yang berbeza.

Muka masing2 muram akan meninggalkan Tanah Haram. Hanya mampu tersenyum sumbing :P

Tawaf Wida'
Kami melakukan Tawaf Wida' pada pagi terakhir di tanah suci sebelum bergerak ke Madinah. Tawaf Wida' adalah tawaf selamat tinggal... sesudah selesai tawaf wida' kita tidak lagi dibenarkan solat di Masjidil Haram, membeli belah di kawasan sekitar dllg. Jika melakukannya kita kena bayar dam. Sesungguhnya sayu hati kami untuk meninggalkan Masjidil Haram.. sesungguhnya tempat ini sangat istimewa. Sepanjang di tanah haram ini hati sentiasa tenang, rasa gembira dan sememangnya keajaiban demi kejaiban muncul.  Patutlah insan yang pernah hadir di sii dengan hati yang tulus ikhlas hanya kepadaNya terasa ingin kembali lagi. lagi dan lagi.... Bas kami ke Madinah datang agak lewat juga.. dalam pkl 3 petang... akhirnya aku meninggalkan kota suci Mekah dengan perasaan yang bercampur baur... 

bersambung... 

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan