Day 2: Istanbul
Setelah kami menyelusuri Selat Bosphorus dan menziarahi istana musim panas Beylerbeyi Palace, kami dibawa pula ke Camlica Hill. Camlica Hill ini merupakan highest place in Istambul. Camlica Hill ini teletak di bahagian Asia Istambul dan berada pada ketinggian 268 m (879 kaki) di atas dasar laut. Dari Çamlıca Hill kita boleh melihat panorama bahagian selatan Bosphorus dan the mouth of Golden Horn. Untuk ke atas dari tempat bas di parking tidaklah berapa jauh, kiranya macam test stamina abah yang dah sekian lama tidak berjalan jauh.. apa lagi berjalan mendaki bukit.
Apa yang direnungkan oleh abah tu.... |
Dari Camlica Hills kami terus turun dan pi makan di sebuah restoran berdekatan dengan laut. Dalam perjalanan ke restoran kami lihat poster-poster Kamal Artatuk pemimpin yang membawa turki kepada Sekularisme dipamerkan di tepi-tepi jalan. Walaupun negara Turki ini dikatakan 90% penduduknya beragama Islam dan terdapat lebih 10000 buah masjid di sini tetapi kita dapat lihat keislaman itu seperti sudah pupus. Contohnya seperti tour guide kami, Adil yang mengaku bahawa dia seorang Islam, tapi cara beliau berkata da bercerita tentang keadaan Istanbul mahupun Turki menggambarkan beliau seperti mengagung-agungkan kependudukan Kristian di bumi Turki.
Kami berhenti di restoran untuk makan... jalan ke restoan berliku-liku jugalah :P
Hari ni makan nasi dan ikan,,, supnya masih lagi sup kacang dal |
Muka menahan sejuk ke tu? |
Gambar-gambar ni selepas makan... muka pun dah semacam sebab kena turun naik tangga untuk pergi ke kedai makan tu... :P
Kami kemudiannya dibawa untuk menunaikan fardu zohor di Masjid Abu Ayub Al-Ansari yang merupakan masjid yang paling ramai dikunjungi setiap hari. Memang betul. Ramai betul pengunjung masjid ini sehinggakan tempat perempuan penuh dan kami terpaksa beratur untuk menunaikan solat.
Masjid Abu Ayub Al-Ansari (Eyib Sultan Mosque)
peragawati tengah mempergayakan pakaian :P |
Baru aku perasan bahawanya aku tidak mengambil gambar di Spice Bazar tersebut. Al-kisah di Spice Bazar tak dapat nak beli apa-apa sangat sebab masa yang sangat limited. Then ada pula ahli rombongan yang sesat menyebabkan schedule seterusnya tak dapat diteruskan. Alhamdulillah ahli rombongan tersebut berjaya dijumpai setelah salah seorang yang hilang tu tetiba menjawab sms yang aku try try je hantar.. rupa2nya mereke dah sesat jauh ke arah Istanbul University... so hubby and one guy telah menapak ke sana untuk menyelamatkan mereka :P. Lepas tu kami terus dinner dan balik hotel.
bersambung....
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan