Rabu, 6 Januari 2016

Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 6 - Mekah)

Post ini bersambung dari post ini: Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 5 - Istanbul) 

Selesai kami menunaikan umrah kami kali pertama, namun itu baru permulaan kami dalam cita-cita untuk menunaikan ibadah di Baitullah.  Bagi diriku yang pertama kali menjejakkan kaki ke sana, banyak yang aku ingin lakukan. Namun teringat kata2 Ustaz Anzaruddin dalam taklimat semasa dalam bas sebelum kami melakukan umrah, katanya setiap individu ada cabaran dan keunikan masing-masing dalam menunaikan umrah dan melakukan ibadah kali ini. Specifically beliau menyebut nama hubby (menjaga bapa mentua) dan aku (menjaga ibu mentua) yang akan menunaikan umrah bersama2. Which is bagi aku sangat benar kata-kata ustaz tersebut. Menunaikan ibadah di Tanah Haram adalah satu cabaran besar di mana banyak pertimbangan yang perlu diambil dan dilakukan terutama bilamana kita bersama dengan org tua kita. Percakapan, perbuatan semuanya perlu difikir masak-masak.


Walaupun dalam iPhone aku ada iPray apps, tapi aku dapati waktu solat Mekah agak tidak tepat, so aku refer kepada webbite Islamic Finder yang selalu aku gunakan diwaktu aku di luar negara untuk merujuk waktu solat. Selepas selesai umrah pertama kami balik ke bilik dan tidur setelah dalam 18 jam tidak tidur, kecuali abah tak dapat tidur katanya dalam bilik yang sempit tu, so abah pergi berjalan2 sekitar hotel Baity 5 (gambar atas) . Aku, hubby & mak tidur tak ingat dunia kot... sehinggalah selesai waktu zohor.  Kemudian aku dan hubby ambil kesempatan untuk berjalan2 pula sekitar jalan hotel tersebut aka window shopping. Basically aku suka dengan environment (shopping) kat sini.. hahaha.. kalau pasal shopping mmg no satu kan.

Hobi encik suami adalah mengambil gambar bersama-sama dengan orang asing, naknya yang identiti dekat nak sama dengan dia :P .

Ada kawasan lapang di tengah2 bandar yang penuh dengan burung gagak. Tujuan ambil gambar beg tu bukan ape.. nak tunjuk kat ibu mentuakku kot2 dia nak beranakkan beg.. hihihi

Hubby sempat berkenalan dengan mamat ni di lobby Baity 5, siap guna instagram aku follow mamat ni :P

SWISS'OTEL, MEKAH
Sesuatu yang tidak kami rancang pada umrah ini adalah untuk bertukar hotel. Ustaz Anzaruddin telah memberitahu kami bahawa Hotel Baity 5 di Mekah adalah hotel yang 'biasa-biasa' sahaja, dan tidak sebaik hotel ketika Istanbul. Cuma kata Ustaz perjalanan dari Hotel Baity 5 ke Masjid adalah 120m.  Jadi aku tidaklah mempunyai expectation tinggi terhadap hotel tersebut. Lagipun datang untuk beribadah, so aku tidaklah fussy sgt pun. Bila first time masuk Baity 5, memang agak terkejut, dengan bilik yg agak sempit memuatkan 4 katil dan tiada ruang untuk letak beg membuatkan aku rasa agak tidak selesa. Ok, aku mmmg bukan org yang fussy cuma bila tidur dgn beg besar di hujung kaki, aku rasa kurang selesa. Namun keajaiban Tanah Haram itu muncul lagi...

Tetiba aku dapat offer untuk tinggal di Swissotel, Mekah bertaraf 5 bintang.. Subhanallah.. Allahuakbar..  Hari kedua kami angkut sebahagian beg untuk ke Swissotel dengan menaiki teksi. Oleh sebab dah bayar pakej di Baity 5, jadi kami tak give up bilik di Baity 5. Perjalanan ke Swissotel naik teksi agak jauh... ingatkan jauh ler antara keduanya.. rupa2nya bila jalan kaki dekat jer.. Alhamdulillah.. dapatlah kami tinggal di hotel yang jauh lebih selesa. Kalau di Baity 5 kami berkongsi 4 orang satu bilik, di Swissotel kami duduk di dua bilik berbeza, mak abah di bilik 3734 dan kami suami isteri di Bilik 3735 iaitu di tingkat 37.
Kami dalam teksi untuk ke Swissotel, Mekah

Kat atas tu aku di pintu hadapan Swissotel Mekah ketika nak check-in. Ruang lobi hotel ni agak sibuk juga. Mula2 ingatkan hotel ni jauh dari masjid.. rupa2nya sangat dekat. Yang bestnya kalau terlambat ke masjid, keluar ruang bawah (ruang bawah ada shopping kompleks) terus keluar ke Masjidil Haram. Jadi kami boleh solat berjemaah di Masjidil Haram immediately bila kluar dari hotel...Dan swissotel ni juga sebenarnya tak jauh dari Baity 5, jadi sempat juga kami berulang ke Baity utk hantar barang, ambil barang, makan dllg.. hahaha.. dah bayar kan.. so conquer dua-dua je la.. :P

 


Checking-in di kaunter tidaklah sukar walaupun kami tiada passport.  Oleh sebab passport kami semua dipegang oleh agen, jadi untuk pergi ke hotel lain kami checkin guna fotostat passport sahaja. Hj Ismail iaitu empunya Hotel Baity 5 bagi kat kami fotostat passport dan siap terangkan kepada kami particulars visa yang ada dlm passport, takut2 kami menghadapi masalah disebabkan pertukaran hotel. Mujurlah tak de masalah walaupun guna passport fotostat untuk check in bilik. Gambar belah kanan atas ni adalah view kaabah dari bilik kami tingkat 37  waktu malam.

Subuh2 hari seterusnya kami mula ke masjid dari hotel kami. Alhamdulillah segala-galanya Allah permudahkan. Dah ler kunci hotel diberi 3 keping untuk setiap bilik. Tak pernah lagi dok mana2 hotel dapat 3 kunci :P. View kaabah dari hotel kami memang sangat menakjubkan. Kami boleh lihat orang bertawaf tanpa henti dari atas bilik kami. Tak jemu2 aku dok menatap pemandangan itu. Subhanallah. Memang indah pemandangan tu, tak boleh ditukar ganti.

View hotel kami dari Masjidil Haram. Bilik kami letaknya di tower sebelah kiri bangunan ini. Di bawah hotel ini letaknya di Abraj El Bait Complex, yang merangkumi Makkah Tower, Shopping Kompleks (dah tak ingat namanya, malas nak google :P). Gambar di atas cilok dari blog hubby faizalr.com

Encik suami di depan hotel kami. Kalau kami terlambat untuk ke masjid, kawasan marmar putih itu adalah perkarangan masjidil haram, jadi kami boleh terus solat di situ sahaja. Oleh sebab package hotel tak masuk makan malam jadi kami beli jelah makanan kat kedai2 luar masjid dan berkelah dalam bilik. Sedap jugak :P


Pada malam first tidur di Swissotel, balik2 dari masjid kami terkejut bila mana ada seorang waiter dak menunggu kat depan bilik kami. Bila ditanya, tunggu siapa, dia tunjuk kedua2 bilik kami. Beliau datang untuk menghantar buah-buahan dan kuih muih untuk kami. Oh package ada benda2 tu rupanya.. huhu... yang kelakarnya sebijik buah nenas dok dalam mangkuk buah tu. huhu... guane nak makan.. pisau yang diberi tak tajam pulak tu.. ke memang buah nenas tu untuk dilihat sahaja? :P

Waktu subuh ni kami turun untuk solat depan Kaabah. Of course kalau niat nak solat dekat Kaabah at least pukul 4.30 pagi dah ada di masjid. Waktu Subuh masuk pukul 5.30 lebih kurang. Di Mekah ada azan lebih kurang sejam sebelum waktu subuh, kata encik suami azan itu adalah azan untuk mengejutkan untuk bangun subuh. Tapi aku tengok manusia di Masjidil haram ni macam tak tidur.. Masjidnya sibuk 24 jam. Yang elok buat azan sejam sebelum subuh kat rumah kita kat Malaysia.. tapi kang ada pulak yang komplen mengganggu tidur... huhu..

Bergambar di depan kaabah selepas subuh. Lepas solat setiap waktu ada solat jenazah. Jadi aku ambil peluang untuk belajar solat jenazah secara detail. Alhamdulillah dapat ikut setiap waktu..

Alhamdulillah selepas subuh breakfast di hotel memang marbeles. Abah especially makan dengan selera dan bersemangat. Syukur dengan rezeki yang Allah beri ini, dapat juga aku berbakti kepada abah dan mak mentua serta menyenagkan mereka. Maklumla aku ni anak yatim piatu.. jadi menumpang kasih dengan mak abah mentua jela.. :P


Mak sedang menikmati breakfast. Sekali makan mmg penuh pinggan huhu.. tapi eloklah tu memberikan tenaga untuk beribadah.

Aku dan hubby bergambo dalam bilik hotel kami. Yang sebelah atas kanan tulah pemandangan kaabah dari atas hotel kami. Aku suka berdiri tepi tingkap tu untuk menikmati pemangan indah tersebut. Cuma spoil sikit ada banyak construction menganggu pemandangan tapi aku bersyukur orang lain mungkin tak berpeluang menikmati pemandangan ini.
Ditakdirkan Allah ketika dok browse facebook dipagi2 buta setelah kami berpindah ke Swissotel, aku mendapati Pak Syed Idrus Al-Hadad juga berada di Mekah pada waktu yang sama. So kami setup untuk berjumpa di Gate 87 Masjidil haram selepas subuh. Alhamdulillah, rezeki kami dapat bersua dengan Pak Syed, rasanya last kami jumpa Pak Syed time Pak Syed belanja kami makan di restoran Cina Muslim di Kelana Jaya kot 7-8 tahun yang lepas. Memang ajaib betul berjumpa di Masjidil Haram.
Di bawah Swissotel ada dua bahagian shopping kompleks. Satu bahagian esklusif di mana kedai2nya semuanya kedai berjenama. Manakala satu bahagian merupakan bahagian yang lebih murah, harga lebih kurang kedai2 yang di tepi jalan area hotel Baity 5. So kami pun merayau2 juga ke sana bila free. Adalah aku beli sepasang dua jubah.


Dalam shopping kompleks di bawah hotel aku. Sebenarnya dalam satu kompleks ni ada banyak juga hotel termasuklah swissotel ni. Ada yang lagi dekat dengan pintu masjid. Lain kali kena survey.. ehh..

hobi aku di sana... bergambar di area Kaabah. Untuk sampai ke area Kaabah untuk solat di waktu2 biasa perlu datang sangat awal sebab kalau tidak nanti gate2 yang masuk ke dalam masjid akan ditutup. Seboleh2nya kena datang ke masjid selewat2nya 1.5 jam sebelum masuk waktu. Kalau lambat sembahyang di corridor masjid je lah yer..


Tempat sebelah kiri ni kami namakan Tiang Kayu Sugi. Ianya adalah pintu masuk ke shopping kompleks dan ke lobi hotel kami. Tiang Kayu Sugi ni adalah tempat perjumpaa kami kalau2 tersesat atau terpisah bila2 masa. Biasanya aku gi masjid dengan mak mentua berdua, tapi abah biasanya dengan konfidennya pergi seorang. Alhamdulillah memang tengok abah sangat segar di Mekah, boleh tunggu di masjid antara maghrib ke Isyak, makan pun memang sangat berselera... compare dgn di malaysia.. rumah kami di Penang pun beliau tak pernah sampai sebab tak larat nak travel... :P

bersambung...

~mel


Tiada ulasan:

Catat Ulasan