Hujung minggu mmg ni tak de plan ke mana2.. kebetulan aku bertugas ganti penggawa kat sini, so aku agak teragak2 nak jalan jauh2.. kalau sekitar pulau ni okla..kalau merentasi jambatan rasa cam tak best pulak.. Lagipun Eryna masih belum baik demam sangat.. hari Jumaat hari tu kat nursery memang panas betul badannya.. So semalam sabtu hanya lepak kat rumah.. and then petang ke Giant beli brg dapur. Alhamdulillah waktu ptg eryna dah pun kebah demam... Hubby pulak ajak gi jogging dlm pkl 6.. So kami pun berjog-lan (istilah baru..huhu) sekeliling kompleks RST yg boleh katakan besar & mengah nak habiskan satu pusingan sebab berbukit2.. Jenuh rasa tak sampai rumah walaupun b4 this mmg pernah jalan pusing RST after eryna dilahirkan..
Time kat rumah aku buar 2 projek.. Kenapa dua projek.. sebab eryna laa.. Bila eryna dok mai2 dlm exersaucer di ruang tamu, aku menjahit baju kurung Phg yg kainnya aku beli kat Kelantan dulu.. Bila eryna dok tidur dlm bilik aku ikut dalam bilik sambil menjahit manik. So dua projek dlm satu masa.. hihi..
Ni dia.. akhirnya siap baju kurung Pahang kain Viscose ni.. sebab aku beli kainnya murah.. just RM25, so tak tergamak nak hntr baju kat tukang jahit di Bukit Jambul yg tempahannya berharga RM65. Haha.. mahal tempah dari kain.. so.. slow2 aku jahit sendiri.. alhamdulillah dah siap.. dah sempat basuh tadi.. esok bolehlah pakai gi ofis.. :)
Ni pulak projek jahit manik kat baju plain aku.. baju dah lama so aku amik inisiatif jahit manik..utk mencantikkan dan meanmbah seri baju aku tu... huhu.. harap2 naik la serinya.. tapi lom siap lagila.. next week sambung.. kat leher dah banyak tmbuh bunga nyaa.. kat lengan tak sempat lagi..
Itula projek ujung minggu aku.. hihi.. ada lagi satu projek nak kait baju sejuk eryna.. tapi nak tunggu balik KL utk beli benang kaitnya... kat sini mcm xde choice sgt... kebetulan ujung minggu ni nak balik KL so dah pujuk2 hubby nak gi cari brg2 jahitan aku kat sana... dan hubby dah angguk kepala... :)
~mel
mcm xcaya esok dah kerja..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan