Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Rabu, 19 Januari 2011

Spot Check!!

Ptg smlm aku dpt call dari pejabat Desa utk tolong buat spot check kat dua buah bilik kat blok aku. Satu bilik didiami oleh student Master & satu lagi didiami pelajar Intensif bahasa dari berasal dari negara China. pejabat gitau aku yg student master ni bawak pelajar luar tinggal di biliknya.. dan pelajar dari CHina ni bawak MAKnya duduk bersama. Dalam pukul 10.30mlm aku naik atas ke tingkat 8, before that aku ada mintak student2 MPD temankan aku. Bukan ape, sebab budak china ni pun disyaki memasak dlm bilik.. jadi kalau ada brg nak kena rampas mmmg tak terangkut dak aku sorang. So sampai aku di tingkat 8, tiga org student dah tunggu aku..

Kami bergerak ke bilik student china tu.. sampai2 kat bilik tu pintu terbukak dan ada sorang student china sdg tido.. Puas aku kejut.. tak bangun2.. Tetiba ada sorang perempuan dtg.. xde la tua.. rupa2nya itulah MAK budak ni.. bila aku speaking dgn dia, dia blur!! Alahai.. tak reti ckp English rupanya.. yg si anak ni walau puas dikejut tak bangun2. So aku ketuk bilik sebelah, ada 2 student China yg fasih berbahasa Inggeris. So aku mintak derang jadi translator. Mengikut student ni mmg MAK dia ni duk sekali since beberapa lama dah hingga roommate dia lari & apply utk dok bilik lain..

Bila aku tanya mak dia (secara translate).. mak dia cakap dia dok hotel dan dtg sbb anak dia sakit. Tapi budak2 yg translate kat aku tu cakap.. mmg mak dia dok sini.. tak de nye dok kat hotel. Derang mmg xpernah bercakap dgn budak tu pasal mak dia jadi 'perisai' yg halang derang dari berkomunikasi dgn anak dia...punyala teruk.. pastu aku cakap yg aku perlu saman anak dia dan dia kena keluar dari hostel serta merta.. Fuhhh.. terus dia mengamuk.. Aku pun dah takut sebenarnya (tapi buat2 cool jer la)..haha.. dia ckp dia tak nak bayar dan tak nak keluar.. aku cakap pulak..ok..kalau dia tak nak keluar aku akan panggil Security... bila dgr panggil Security baru dia nampak gabra. PAstu bg alasan anak dia sakit la, nnt kalau tghmalam sakit camne la.. bla.. bla.. Aku cakap kalau anak dia sakit, aku yg akan bawak pi hospital.. even budak2 tukang translate ni pun cakap, kalau anak dia sakit takkan la derang nak biar.. budak2 translate ni siap berapi2 cuba nak terangkan pd mak budak ni yg dia tak boleh duduk kat hostel ni sekali dgn anak dia!!

Bila aku insists on dia kena keluar jugak mlm td dari hostel.. dia pun siap2 amik beg & pakai kasut.. tapi dengan muka tensen. Pastu dia meraung, menangis meleleh2 airmata.. adehhh.. last2 aku cakap.. ok mlm td dia boleh stay kat bilik tu tp by 7am pagi dia kena keluar dan aku xnak tgk dia ada kat blog BLOK aku lagi.. So, mlm td dia tidurla lagi dibilik tu.. Sambil2 tu siap borak dgn bebudak china translator tu.. derang siap cakap..kalau takut nak tinggalkan anak wat pe suh anak dtg belajar kat sini.. pastu bila tanya kat dia berapa lama nak duk kat sini.. dia cakap may be seminggu.. sebulan.. atau mungkin setahun!! Tak faham betul.. agaknya kalau anak dia kawen nanti nak tidur sekatil gak dengan menantu dia kot!! haha... Budak china translator tu pun siap cakap, dia sendiri anak tunggal dan mmg mak ayah dia risau dia kat sini.. so hari2 dia telefon mak dia..

Aku pun xfaham mak ayah yg macam ni.. mmg kita sygkan anak kita.. kan but apa2 pun perlu ada limit tentang sejauhmana kita perlu bersama anak2 kita.. dan paling penting.. kita kena selalu ingat (sebagai org Islam).. anak, suami, isteri, keluarga tu semua hanya pinjaman utk kita semata2.. walau bagaimana sygnya kita pada mereka, mereka adalah hak Allah.. Tapi tulah mmg sukar nak buat kan.. tapi setakat suh anak pi belajar dan tak sanggup nak tinggalkan tu patutnya tak berlaku la kan..

Anyway, pagi ni aku mintak org pejabat check & xde dah mak budak tu dlm bilik.. tp nnt mlm aku ingat aku nak gi check semula..

Yg lagi satu spot check tu biasa jer la.. mmg student tu bawak student luar dok bilik.. aku bagi saman.. dan pagi ni suh dia bayar saman..huhu


Harap xdelah kes yg susah2 nak settle lagi..huhu.. poning kepala den...


~mel

5 ulasan:

  1. ...dan aku xnak tgk dia ada kat blog aku lagi..


    hehehe dari dok blok sampai ke blog dia menumpang ye Mel.. kehkehkeh

    susah jadi fello kan

    BalasPadam
  2. hahahaha... jahat betul keyboard ni.. :P

    BalasPadam
  3. Tak bg org pegi blog dia pulak..

    BalasPadam
  4. eh.. manade... cuba tgk betul2.. :P

    BalasPadam