Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 18 Januari 2011

Kawan-kawan…

Sejak akhir-akhirnya facebook jadi tempat perjumpaan dengan kawan2 lama.. tak kira dari sekolah rendah atau sekolah rendah.. Bagi aku kalau sekolah menengah tu tak de la lost contact sgt sebab masing-masing masih hubung menghubungi antara satu sama lain walaupun dah masuk university atau bekerja.. tp ada juga yg terlost contact, so bila dpt tau kehidupan masing2 mcm teruja jugak mendengarnya.. huhu

Cuma yg agak fascinating bila terjumpa kembali dengan kawan2 sekolah rendah .. Aku ni mmg seorg yg kuat ingatan.. so kebanyakan kawan walaupun bukan sekelas mmg aku ingat.. rupa pun aku still leh imajin..huhu.. Anyway.. bila skrg ni aku dah jadi pendidik kepada bakal pendidik.. aku banyak kurang setuju dgn system pendidikan Malaysia yg lebih kepada ‘exam oriented’. Dan bila aku fikir2kan.. bila dah jumpa kawan2 lama ni.. mmg system ‘exam oriented’ ni sebenarnya hnya membebankan pelajar dan yg paling utama pelajar yg dapat no. 1 atau berada kat kelas A dulu masa sekolah tak semestinya masuk university dan tak semestinya jadi org berjaya kerja best-best skrg ni.. Yang dulu2 tu exam power2.. last2 kerja biasa2 jer..

Lepas tu, bila time sekolah bnyk melakukan perkara2 sebab terpengaruh dgn kawan2.. dgn paksaan peraturaan sekolah, skrg ni semuanya dah hilang.. dan bila tengok perangai masing2 masa kat sekolah dulu.. tak sangka betul skrg ni berubah sgt2.. huhu

Contoh2 yg aku dpt tgk sekarang:

  • 1. Yang masuk sekolah asrama penuh ternama, skrg kerjanya cabuk jer..
  • 2. Yang tak berapa nak pas SPM atau dok kat kelas ujung2.. skrg ni jadi org besar2, berjaya, terhormat…
  • 3. Yang dulu pendiam, skrg ni hidup penuh glamer… perghh.. tak sangka betul
  • 4. Yang dulunya bising, ganass dan selalu buat havoc.. skrg ni mcm org insaf pun ade.. hhuhu
  • 5. Yang dulunya bertudung litup dan pakai stoking hitam setiap masa + selalu tegur aku sbb tudung kejab on kejab off sekarang ni pakai tudung invisible..
  • 6. Yang dulu kaki sukan.. skrg ni kus semangat.. boleh tahan badannya… hihi
  • 7. Yang kaki jiwang… tp skrg belum bertemu jodoh…
  • 8. Yang dulu Nampak mcm tak berapa nak bertanggungjawab.. sekarang ni alhamdulillah.. Nampak la perubahan yg ketara
  • 9. Yang dulunya pemalu.. skrg dah join program MLM affiliate (betul ke eja ni).. pastu status fb berkobar2 tentang ingin mengubah nasib.. hihi.. tetiba aku rasa pelik lak.. :P
  • 10. Yang dulunya agak sombong.. sekarang ni Alhamdulillah.. mmg baik2 sgt…

Anyway, apa2 pun pengalaman hidup banyak mengubah diri kita kan.. Yang penting pengalaman2 itulah yg menjadikan siapa kita sekarang… Dan yg penting.. my best friend masih kawanku yg terbaik.. :)


~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan