Khamis, 27 Januari 2011

Tudung Syria..

Sejak akhir2 ni aku memamg sangat suka pakai tudung syria.. kalau dulu masa tudung syria baru2 keluar mmg aku cam pandang 'serong' terhadap tudung tersebut.. masa tu aku rasa semua tudung syria saiz s.. so mmg aku agak kureng nak pakai sebab tak menutup dada..

Aku start try tudung syria bila aku dapat gift 2 helai tudung syria dari seorg penjual online. Before that mmg takut nak beli sbb takut tak pakai.. tp bila dah org bagi aku pakaila.. Dan bilapakai rasa selesa.. muka pun takde la nampak weird ke ape.. nampak ok jer.. so since then aku berjinak sedikit demi sedikit pakai tudung syria ni...

Tapi kenapa aku suka pakai tudung syria ni? Ada dua perkara utama:
  1. Mudah dipakai sebab biasanya ianya ngam2 dgn bentuk muka aku.. kalau terbesar sikit boleh tarik kebelakang.. meaning that aku tak perlu pakai brooch pun boleh pakai dah tudung ni & terus terletak kat kepala. Dengan adanya baby Eryna skrg mmg masa utk bersiap tu perlu disingkatkan, kalau pakai tudung bawal.. mmg selalu problem.. kat 'jambul' kemek la.. kedut laa.. dana macam2... dan bila pakai tudung awning pulak, kadanh awkning bila tak digosok dgn betul mmg nampak macam 'slebet' jer.. So, tudung syria ni senang, dlm masa 15 saat jer siap.. pakai inner, sarung outer... dah siap.. sgt mudah... kalau nak melawa sikit baru ler letak brooch kat mana2.. kalau tak tak yah letak brooch pun kat mana2..
  2. Mudah nak bawa smayang... Biasanya waktu zohor mmg solat di ofis.. ambil air sembayhyang di bilik air yg berhampiran.. kalau pakai tudung bawal mmg susah nak menggayakan semula lepas amik air smayang.. kalau pakai tudung awning agak mudah.. kalau pakai tudungsyria pun mudah juga... tapi bila aku dah pakai semula tudung pas amik air smayang, bagi aku, malas nak dah bukak balik even di ofis sendiri yg aku sorang jer penghuninya.. tapi bila pakai tudung awning.. mmg sah kena bukak dan pakai telekung sahaja sbb bila sujud kang awning tu akan 'menikam' kat sejadah dan dahi tak sampai ke sejadah... haiyyaa.. sgt susah.. kalau pakai tudung bawal aku belasah jer walaupun nnt akan kedut sikit kat jambul dia after kita lepas solat.. bila pakai syria ni mmg senang.. mudah tak yah nak tanggal.. sbnrnya lagi selesa nak solat sbb boleh jadi 'perisai' utk rambut kot2 ada yg teringin dan keluar dari telekung + tak yah pakai anak tudung (aku mmg tak suka pakai anak tudung..) So, senang kan!
Ok.. itu sebabnya aku suka pakai tudung syria skrg ni.. dan semakin menambah pulak nampaknya koleksi syria aku.. termasuklah dgn inner aladin ku... :P

~mel
selamat 'bersyria'..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan