Pagi2 Isnin ni perlukan inspirasi nak bekerja la.. haha.. Actually kelebihan menjadi seorang pensyarah berbanding dengan jadi cikgu adalah waktu mengajar tak se'hectic' seorang guru.. Semester ni aku ajar satu kursus saja.. which is kongsi dgn sorang Prof ni, tapi aku yg menyelia... So aku dah bahagikan kelas kepada dia.. the first 7 weeks aku yg mengajar.. (iaitu 1 jam kuliah + 2 jam tutorial).. and lagi 7 weeks prof ni akan mengajar.. so 2 weeks after raya cina aku akan lega sikit..tak yah repare utk mengajar... hehe..
Walaubagaimanapun.. biasanya pada semester 2 ni akan ada observation latihan mengajar.. Semester ni aku dapat 2 buah sekolah di tgh2 bandar Pulau Pinang dgn 6 org guru pelatih utk di observe. Actually hari tu aku mintak nak ke sekolah2 kampung di area Sg Ara & Balik Pulau.. Entah mcm mana tetiba dapat kat tgh bandar pulak.. tak pe la.. mana2 pun ok asalkan dekat.. Masih aku ingat masa mula2 aku jadi lecturer kat sini.. maklumla lecturer baru.. aku kena observe kat area Kulim.. bukan tgh bandar Kulim..tp nunnnnnn di ceruk 30km++ jauh ke dalam kampung2.. kalau hujan lalu banjir lah.. memang keluar pukul 6.30pg dari usm pun aku tak boleh sampai utk observe kelas waktu pertama.. haha..
Selain dari mengajar & observe LM.. kena wat research.. which skrg agak slow sbb grant aku tak apporve :(.. waaa..sedih betul.. walaubagaimanapun writings utk research ada banyak.. cuma asyik terbengkalai jer sbb xde inspirasilah tu.. (konon2nya).. Kalau org yg study master @ phd mmg taula.. betapa sukarnya nak menulis & mencari inspirasi.. haha.. asyik terlanggar dinding jer..
Selain dari mende2 kat atas.. aku adalah org yg manage e-learning utk school aku.. so kalau lecturer2 lain ada problem & perlukan bantuan terpaksalah bg tutorial 1 to 1 utk derang.. err.. susah jugak mende ni sbb sometimes lecturer2 senior ni tak berapa tau guna2 tools yg aku atau org yg dok ngadap pc 24jam rasa sgt mudah... errr.. bayangkan je la..
Okla.. stop dulu coz nak develop satu webpage utk Conference yg akan dianjurkan oleh School aku pada bulan September nanti... cheeraaaa...
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan