Memaparkan catatan dengan label airport. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label airport. Papar semua catatan

Sabtu, 5 September 2015

Airmata...

Semalam aku ke KK jaga exam..mmg plan utk jalankan tugas semata2.. dan beli sekilo dua ikan bilis.. Badan tak berapa sihat sbnrnya.. perut meragam tp kukuatkan semangat utk berjuang, maklumla exam xboleh kansel, tiket flight dah book..

Disebabkan perut yg tak berapa sedap aku jadi gundah gulana, harap2 tak melarat.. sambil tu telan pil chi kit teck aun yg sentiasa dlm bekalan.. pkl 8 mlm dah di bawah selimut, bdn tak berapa larat.. tiba2 hati terfikir dan berdoa.. Ya Allah moga tak mudarat hingga esoknya..   First risau tgh jaga exam nak ke tandas.. mcm mana agaknya.. sbb aku sendirian.. tiada pembantu.. kedua, dari jaga exam aku plan terus ke airport.. aku risau mcmmana aku nak solat., risau mcm2 jd tgh jln takut tak bersih nak solat...

Alhamdulillah, bgn pagi ni walau perut masih tak berapa ok, tp better than yesterday. Urusan jaga exam dipermudahkan dllg. Sampai awal di airport dlm 11.35am, aku mkn KFC, then terfikir.. eh aku mungkin sempat zohor sblm masuk flight sbb zohor di KK 12.16 dan flight aku 1.35pm. Setelah habis mkn, aku segera ke surau. Hati sedikit runsing sbb telekung aku terletak dlm luggage dan dah hntr ke bag drop. Sampai2 di surau ambil wudhuk, sambil siap2 ada sorang mcik menegur.. sudah zohor ke dik? Aku check ipray dan ckp belum lg. Waktu just nice.. sedang bentang sejadah, azan ipray pun berbunyi, alhamdulillah..

Tiba2 hati berkata2.. ya Allah syukur kerana kau permudahkan urusanku hari ini. Syukur diberikan kesihatan.. dlm solat tiba2 hati yg sayu, menitis airmata.. aku rasa insaf.. dulu aku tak mcm ni, bnyk benda yg aku permudahkan.. solat, amalan dllg... tp Allah tak lupa aku.. dan Allah selalu permudahkan urusanku.. Sayu rasa hati.. di surau airport aku menitiskan airmata.. Ya Allah.. kukuhkanlah keimananku.. jgnlah kau jadikan diriku org yg lalai semula.. Kuatkanlah hati dan imanku Ya Allah..

Ya Allah.. Berikan hidayahMu utk aku menjadi insan yang lebih baik.. Amin..


~mel
Dan airmata kesyukuran itu terus menitis..

Ahad, 18 Mei 2014

Sedekah....

Petang Sabtu biasanya kami ke pasar malam... bila tengahari aku dah memasak..malam biasanya aku masak simple atau beli yang simple2.. So petang sabtu jawabnya beli makanan di pasar malam Taman Pauh indah.. kat pasar malam beli sate.. dan sedikit lauk pauk.. dalam perjalanan kat pasar malam biasalah.. seperti biasa ada ramai peminta sedekah.. yg buta, yg cacat dan yg sihat pun ada... Seikhlasnya aku ni kurang minat dgn peminta sedekah yg sihat wal'afiat.. kalau di Pasar Malam Tmn Tun Sardon yg biasanya aku pergi hari Rabu, ada seorang pakcik peminta sedekah yang selama-lamanya memakai simen patah tangan.. dari dulu sampai sekarang.. tgnya tak baik2.. Ya Allah semoga diberi kesembuhan moga2 minggu depan aku boleh lihat beliau tanpa simen patah tangan tu... Amin..

Dalam aku & hubby berjalan kat pasar malam tu, aku terlihat seorang pakcik buta menjual telur masin, asam jawa dan belacan... hatiku meruntun.. haa inilah insan yang patut ditolong. Beliau tidak meminta sedekah.. menjual apa yang ada.. walaupun aku sebenarnya tak memerlukan apa2 yg dijual.. aku berhenti membeli telur masin.. aku tanya pada pakcik tu.. berapa harga 3 biji telur masin tu... RM2.50 katanya. Aku hulur RM3.00 dan ambil sebungkus telur masin dan cakap kepada pakcik tu tak perlu pulangkan bakinya.. Bila selesai hubby bertanya.. ehh tak amik baki? Dia tak dgr perbualan aku dgn pakcik tu.. aku cakap tak pelah papa.. 50 sen je pun.. lagipun pakcik tu walaupun buta at least dia tak minta sedekah, dia brniaga sikit2.. so kita sedekahlah sikit2 padanya.. Pastu hubby cakap.. haa betullah.. tadi kat pasar tengok ada seorang muda dok minta sedekah, badan sihat wal'afiat.. tak patut betul.. baiklah pakcik tadi buta2 pun berniaga...

Bagi aku sekarang ni sikit2 aku cuba bersedekah.. tapi tak taulah kenapa, aku memang agak kurang ada hati dengan peminta sedekah kecuali mereka cacat.. tp itu pun kdg2 takut ada sindeket mempergunakan mereka... Sebenarnya kita boleh bersedekah di mana sahaja... tak perlu banyak.. biar kita beri sedikit pada ramai orang dan menggembirakan hari ramai org dari kita beri banyak hanya sedikit org yg gembira.. itu yang pernah aku baca...

Aku ada satu tekad dalam hati.. al kisah aku parking kereta di airport waktu aku pergi JB Khamis hari tu..  disebabkan aku pergi hanya 2 hari 1 malam, jadi aku park kereta kat airport sahaja.. kalau lama barulah aku minta kawan2 tlg hantar ke airport dan tinggal kan kereta di usm.. Aku sampai Penaang Airport dlm pukul 10.15 dan terus pi kereta.. aku expect parking 2 hari tu dalam RM50... sampai2 kat pondok parking bila aku buka tingkap, tetiba ada seorang perempuan yg bekerja di pondok parking tu menyapa dengan mesra sambil tersenyum memberi salam.. Assalamualaikum... aku pun senyum dan menjawab.. Waalaikumsalam warahmatullah... Dalam hatiku berkata.. malam2 pun ada perempuan yang jaga parking.. tak takut dia yer sorang2 kat situ.. Bila dia cakap 42 ringgit puan.. aku pun hulurkan RM52 kepadanya dan dia hulurkan kembali RM10.. bila dah start kereta baru hati terdetik.. ya Allah kenapalah aku tak sedekah kan saja RM10 tadi pada dia.. tentu dia happy.. patutnya aku balas jasanya dia yg menggembirakan aku yg memula rasa sgt letih... bila dapat ucapan assalamualaikum dengan senyuman aku rasa hilang sedikit letih aku... lagipun bila orang perempuan terpaksa bekerja sampai malam di tempat parking sorang2.. tentunya dia perlu untuk bekerja..maksudnya dia tentunya bukan orang senangkan...

Anway.. hati aku bertekad.. kalau aku jumpa lagi perempuan tu minggu ni (aku nak ke Kuching dan akan park kereta di airport lagi).. insyaallah aku nak bersedekah pada beliau... harap2 beliau ada.. menyesal tak terfikir hari tu..

Lastly.. semoga Allah sentiasa buka kan hatiku untuk membantu insan-insan yang memerlukan.. dan Allah tidak memalingkan hati dari kebaikan ke arah kesombongan..  Ya Allah tetapkanlah hatiku,,, Rabbana la tuziqqulu bana ba'daizhadaitana wahablana milladun karahmmatan innakaantal wahhab...  amin ya rabbal alamin...

~mel



Sabtu, 2 April 2011

Good Bye Melbourne..

Kami kat Melbourne International Airport.. tgh tunggu flight Air Asia di Gate 6 utk pulang ke Kuala Lumpur.. Melbourne ni sgt best utk jalan2 but a bit expensive la.. terutamanya sbb currency Australia sgt tinggi dan makin menaik.. Anyway.. we really enjoy being here..

Bye bye melbourne.. kalau ada kesempatan dtg lagi.. insyaallah... Tak sabar2 nak balik ke KL.. yiehaaaa...

~mel & faizal @melbourne