Memaparkan catatan dengan label pasar malam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pasar malam. Papar semua catatan

Ahad, 18 Mei 2014

Sedekah....

Petang Sabtu biasanya kami ke pasar malam... bila tengahari aku dah memasak..malam biasanya aku masak simple atau beli yang simple2.. So petang sabtu jawabnya beli makanan di pasar malam Taman Pauh indah.. kat pasar malam beli sate.. dan sedikit lauk pauk.. dalam perjalanan kat pasar malam biasalah.. seperti biasa ada ramai peminta sedekah.. yg buta, yg cacat dan yg sihat pun ada... Seikhlasnya aku ni kurang minat dgn peminta sedekah yg sihat wal'afiat.. kalau di Pasar Malam Tmn Tun Sardon yg biasanya aku pergi hari Rabu, ada seorang pakcik peminta sedekah yang selama-lamanya memakai simen patah tangan.. dari dulu sampai sekarang.. tgnya tak baik2.. Ya Allah semoga diberi kesembuhan moga2 minggu depan aku boleh lihat beliau tanpa simen patah tangan tu... Amin..

Dalam aku & hubby berjalan kat pasar malam tu, aku terlihat seorang pakcik buta menjual telur masin, asam jawa dan belacan... hatiku meruntun.. haa inilah insan yang patut ditolong. Beliau tidak meminta sedekah.. menjual apa yang ada.. walaupun aku sebenarnya tak memerlukan apa2 yg dijual.. aku berhenti membeli telur masin.. aku tanya pada pakcik tu.. berapa harga 3 biji telur masin tu... RM2.50 katanya. Aku hulur RM3.00 dan ambil sebungkus telur masin dan cakap kepada pakcik tu tak perlu pulangkan bakinya.. Bila selesai hubby bertanya.. ehh tak amik baki? Dia tak dgr perbualan aku dgn pakcik tu.. aku cakap tak pelah papa.. 50 sen je pun.. lagipun pakcik tu walaupun buta at least dia tak minta sedekah, dia brniaga sikit2.. so kita sedekahlah sikit2 padanya.. Pastu hubby cakap.. haa betullah.. tadi kat pasar tengok ada seorang muda dok minta sedekah, badan sihat wal'afiat.. tak patut betul.. baiklah pakcik tadi buta2 pun berniaga...

Bagi aku sekarang ni sikit2 aku cuba bersedekah.. tapi tak taulah kenapa, aku memang agak kurang ada hati dengan peminta sedekah kecuali mereka cacat.. tp itu pun kdg2 takut ada sindeket mempergunakan mereka... Sebenarnya kita boleh bersedekah di mana sahaja... tak perlu banyak.. biar kita beri sedikit pada ramai orang dan menggembirakan hari ramai org dari kita beri banyak hanya sedikit org yg gembira.. itu yang pernah aku baca...

Aku ada satu tekad dalam hati.. al kisah aku parking kereta di airport waktu aku pergi JB Khamis hari tu..  disebabkan aku pergi hanya 2 hari 1 malam, jadi aku park kereta kat airport sahaja.. kalau lama barulah aku minta kawan2 tlg hantar ke airport dan tinggal kan kereta di usm.. Aku sampai Penaang Airport dlm pukul 10.15 dan terus pi kereta.. aku expect parking 2 hari tu dalam RM50... sampai2 kat pondok parking bila aku buka tingkap, tetiba ada seorang perempuan yg bekerja di pondok parking tu menyapa dengan mesra sambil tersenyum memberi salam.. Assalamualaikum... aku pun senyum dan menjawab.. Waalaikumsalam warahmatullah... Dalam hatiku berkata.. malam2 pun ada perempuan yang jaga parking.. tak takut dia yer sorang2 kat situ.. Bila dia cakap 42 ringgit puan.. aku pun hulurkan RM52 kepadanya dan dia hulurkan kembali RM10.. bila dah start kereta baru hati terdetik.. ya Allah kenapalah aku tak sedekah kan saja RM10 tadi pada dia.. tentu dia happy.. patutnya aku balas jasanya dia yg menggembirakan aku yg memula rasa sgt letih... bila dapat ucapan assalamualaikum dengan senyuman aku rasa hilang sedikit letih aku... lagipun bila orang perempuan terpaksa bekerja sampai malam di tempat parking sorang2.. tentunya dia perlu untuk bekerja..maksudnya dia tentunya bukan orang senangkan...

Anway.. hati aku bertekad.. kalau aku jumpa lagi perempuan tu minggu ni (aku nak ke Kuching dan akan park kereta di airport lagi).. insyaallah aku nak bersedekah pada beliau... harap2 beliau ada.. menyesal tak terfikir hari tu..

Lastly.. semoga Allah sentiasa buka kan hatiku untuk membantu insan-insan yang memerlukan.. dan Allah tidak memalingkan hati dari kebaikan ke arah kesombongan..  Ya Allah tetapkanlah hatiku,,, Rabbana la tuziqqulu bana ba'daizhadaitana wahablana milladun karahmmatan innakaantal wahhab...  amin ya rabbal alamin...

~mel



Ahad, 4 Disember 2011

Sepagi di Pasar Kota Kinabalu...

Hujung minggu ni aku mengajar di Kota Kinabalu. Dah beberapa kali aku dtg ke KK tapi biasanya berteman.. pernah bersama hubby dan juga kawan2 perempuan yg sama2 mengajar. Tapi kali ni aku sorang2 memandangkan lecturer lain semua lelaki... heeee.. takkan nak berjalan dgn derang... walaupun yg sorang tu bersama wife dia tapi aku malas la kacau kan.. So spjg 2 hari kat sini aku jejalan sorang2.. quite ok actually.. hihi.. puas aku merayau.. :P

Pagi ni sementara tunggu nak ke airport (flight pkl 1pm).. aku saja berjalan2 ke tepi laut sana.. tak jauh dari hotel. Di situlah ada pasar (lebih kurang pasar tani) yang unik sebab pasar tu buka 24 jam. Macam2 ada jual. Kalau pergi malam aku biasanya cari buah2an potong utk makan kat hotel. Mmg menyelerakan dan banyak sekali. Aku juga akan mencari air avocado.. huhu.. addicted pulak aku.. avocado tu di blend dgn susu cair & susu pekat bersama ais. Mcm aisblended gak la.. kira aisblended avocado la tu.. Anyway layan la gambar2 di bawah yg aku ambil di pasar tepi laut tu.. really interesting.


Kota Kinabalu
Buah-buahan/Sayur-sayuran.. aku siap beli cili api RM2 utk bawak balik Penang.. boleh?

Kota Kinabalu
Di pasar ikan masin... berjenis2 ada.. aku adalah bawak balik udang kering dan ikan bilis...

Kota Kinabalu
Sign-board Pasar Ikan Masin

Kota Kinabalu
Lagi ikan masin.. ada juga amplang, kuih cincin.. dllg..kuih tradisional


Kota Kinabalu
Haa.. yang ni rumpai2 laut serta isi macam kerang kot... tp besar...

Kota Kinabalu
Rumpai laut dalam pinggan tu hanya RM1 sepinggan..

Kota Kinabalu
Suasana di pasar...

Kota Kinabalu
Haaa... tu lah lautnya...

Kota Kinabalu
Buah-buahan.. ada RM5, RM10.. setumpuk!

Kota Kinabalu
Warisan Square...hotel yg aku duduk kat sini la.. hotel Imperial Boutec.. okla..murah..haha

Kota Kinabalu
Boleh singgah duduk dan minum air kepala fresh...

Kota Kinabalu
Ada juga jual cengkerang2.. siput2 dllg.. macam2 jenis..

Kota Kinabalu
View yg sangat unik...

Kota Kinabalu
Ikan kering timbang... err.. tapi tak sanggup nak beli daa... huhu

Anyway.. kejab lagi nak balik Penang dah.. tak sabar nak balik Penang... Winduuuuu... Dua minggu lagi nak ke Kuching... insyaallah bersama2 hubby & the geng... best..best..

~mel
Moga cepat sembuh Mr. Hubby yg kedemaman... :P

Ahad, 15 Mei 2011

Projek Weekend...

Okey.. susah betul nak cari beg yg memenuhi spesifikasi aka memenuhi kehendak aku.. hehe.. (alasan). So dah beberapa lama aku teringin nak buat beg utk keperluan mengisi barang eryna. Beg yg aku inginkan adalah simple beg yg boleh muat satu botol susu, satu @ dua keping diapers, purse/iphone purse aku dan sehelai dua sapu tangan/baju eryna..

Hari ni aku bertugas di desasiswa.. so xleh nak gi mana2 sebab menunggu kehadiran penghuni sementara desasiswa utk ambil kunci.. so terpaksa dok umah aje.. masa itulah yg aku guna utk menjahit beg kat bawah ni... hihi.. dah dirasmikan pun gi pasar malam tadi... :)


PROJEK WEEKEND
Disebabkan xde 'batting' yg sesuai, so aku guna span biasa jer utk batting beg kecil ni... ok gak!

PROJEK WEEKEND
itu dia interior dlm beg ni.. aku guna valcro jer utk jadi pelekat beg.. senang & simple..

Actually projek weekend aku ni sebenarnya aku mulakan dgn 'tempahan' dari @aliffzachary utk buat beg simple sempena hari guru esok. Nak bagi kat cikgu Rafidah katanya. So, aku pun jahitkan beg kecil itu dan kemdiannya diisi kat hari guru seperti di bawah. Esok nak bg cikgu rafidah..

projek weekend

Itu lah projek weekend aku... hajat hati nak gunting baju kurung Pahang utk diri sendiri.. ada 3 pasang kain lom berusik... + nak jahit baju kurung pertama eryna buatanku sendiri.. hihi.. tp baju kurung pertama eryna dah siap.. kakak aku dah tempah di Kelantan utk hari raya... :P

~mel


Ahad, 1 Mei 2011

Balik Gombak..

Alhamdulillah.. minggu ni dapat juga balik ke Gombak. Dengan kesibukan tiap-tiap minggu mmg bila dapt bercuti mmg rasa suka sgt. Naknya kalau dpt balik KL.. hehe.. Semalam hari Sabtu, habis aje mengajar kuliah PPG pkl 3 ptg, aku terus balik.. siap2 dan pkl 4 kami gerak ke KL. Penat? Kepenatan mmg tak terkata.. maklumla.. aku ke ofis pkl 9.30am.. print apa2 yg patut.. pkl 10 dah ada kat DK.. Dekan yg supposed to come at 10am, tetiba nak dtg 10.30 pulak. haiyaaa.. lepas 'lecture' dekan..baru la aku start kelas, then pkl 1pm, amik hubby.. pi makan di Khaleel sama2. Pkl 2 bergegas sambung kelas... pkl 3..balik rumah packing... wow.. aku rasa hectic sgt semalam.. tak pe laa.. inipun kira pengorbanan jugak..kan..

Eryna sampai2 Gombak okla.. xde la cam dulu2 bila sampai nangis.. as long as mula2 mummy ada dekat.. dia ok. Rumah Gombak ada tangga.. so eryna dah belajar naik tangga.. nampkanya bila we all pindah rumah baru nnt jenuhla nak kepung..huhu..

errr..boleh ke yina panjat ni...

boleh rasanya... nak cubala..

oh.. senang rupanya... hihihi

yeayyyy.. lari..lari.. mummy kejar tu.. :P


Petang kang nak gi pasar mlm.. kalau dah Penang.. bila pi pasar mlm kat sini mmg rasa best.. environmentnya mmg lain..

~mel